Khamis, 24 November 2016

Jamuan Akhir KSK NMO Bukit Raja

Assalamualaikum semua...

Salam Jumaat, penghulu segala hari. Semoga hari-hari yang kita lalui mendatangkan kebahagian kepada kita semua. In shaa Allah. So, ari ni nak cite pasal jamuan akhir KSK NMO Bukit Raja 2016. Ni kira aktiviti makan-makan akhir tahun lah..hehe

Restoran Zamzam Seksyen 9, Shah Alam tempat dituju.
Address: Jalan Tengku Ampuan Zabedah G 9/G, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Open today · 10AM–11PM

Antara muka-muka yang datang awal...sedapnya makan kat sini, nasi arab mandy dia memang terbaik lah.Ayam & kambing dia tersangat lah juicy nye..delicious bangat. Anak2 mama ayu mesti suka makan nasi arab ni sebab tak de sayur...hehe


Disebabkan group kami tak sampai 100 orang, dipersilakan makan kat bawah je lah. Kalau nak buat kat atas kena lebih 100 orang, baru leh dapat makan kat dewan..huhu
 

Mereka berdua ni merupakan tunggak utama dalam menjayakan Kelab KSK ni. Penasihat kelab aka my bos tak dapat datang pulak...exec2 semua ada kursus kat Melaka. Tinggal lah kami2 ni je. Kalau pasal makan, bos tak de pun boleh ON kan...haha


Hampir 4 tahun menjadi BENDAHARI - dorang tak bagi mama ayu pencen ni...adoiii


Muka-muka AJK Kelab KSK bagi tahun 2016 
 

Yang ni pulak, staf yang menyambut hari lahir untuk bulan 11/12-2016. Semua ahli dapat hadiah hari jadi, kita buat 2 bulan sekali. Cumanya kali ini celebrate kt tempat best sikit. Kalau tak, opis mama ayu je lah jadi mangsa...hihi
 

Seperti biasa setiap tahun akan ada pemenang untuk merebut Piala Pusingan AGM Selangor Barat. Pada tahun ini, piala ini sekali lagi milik team STA/KA ( 2 tahun berturut-turut dorang menang ), tahun depan tak pasti lagi...tunggu next event pulak
 

Mak-mak dara pingitan...hehe


Tempat dah penuh, AJK kenalah makan lewat sikit kan...duduk je lah mane2 tempat yang kosong...hihu
 

Dah kenyang, lepak kat luar kejap

 Sebelum balik, kena bergambar dulu. Kalau ikutkan memang ramai, tapi sebab team semua ada kerja masing-masing, dah balik awal dah...tinggal lah kami2 ni yang sempat bergambar. Kenangan perlu ada untuk tatapan anak cucu nanti...hihi

Jumpa lagi. Sayonara !!
 

Selasa, 22 November 2016

Hari Kecemerlangan Anak-anak

Assalamualaikum semua..

Sana sini orang dok update kecemerlangan anak masing2 kan kat FB. Alhamdulillah...anak2 mama ayu pun macam tu jugak lah. Bebudak ni bukanlah kategori pelajar genius tetapi kalau pencapaian pelajaran dorang ada peningkatan pun, dah cukup baik bagi mama ayu. Step by step lah katakan...janji apa yang dipelajari boleh dipraktikkan satu masa nanti. Tak cerita panjang, kita layan gambar lah..


Disebabkan majlis graduasi Liyana di buat pada hari Ahad 22/11/2016 - time tu mama ayu pun ada kelas (nk skip tak boleh sebab ada test 2), bergegas mama ayu balik rumah untuk meraikan majlis dak liyana ni. Lagipun ini anak yang last kan, pasni semua dah sekolah rendah/menengah penuh. Dah tak de anak sekolah tadika lagi...yeay


Anak-anak PASTI Al-Hikmah tahun 2016. Anak2 syurga...comel je kan
Banyak betul acara yang dipersembahkan oleh anak2 PASTI ni, perut mama ayu time ni memang dah lapar gila lah, sebab tak sempat nak makan kan tadi - duk bergegas balik tapi kena jugaklah ikut dorang punya time...huhu


Tengah tunggu giliran nak ambil sijil


Thats my little girl...liyana


Bergambar bersama murid2 6 tahun


View dekat sikit...


Acara terakhir...bebudak ni menyampaikan lagu dulu sebagai hiburan untuk mak ayah


Dak liyana ni tahu jek mama dia snap gambar...hahaha
Masa ni ibu bapa dah beratur amek makanan...its makan time pulak
Gambar makanan nan ado nye mama ayu snap sebab dah kebulur...hihi, overall makanan kat situ mama ayu bagi 3 bintang je lah...so so je kesedapannya


Beralih pulak cerita dak kembar. Tahun ni dak imin dapat no-3 dalam peperiksaan akhir tahun sekaligus dapat menjadi murid yang ada peningkatan pembelajaran sepanjang tahun 2016 ni. Alhamdulillah, tengok balik keputusan kedua2 kembar ni, memang ada peningkatan


Penganugerahan sijil dari pengerusi PIBG sekolah


Dapat 2 hadiah...


Kenangan bersama mama & liyana

Syukur ke hadrat ilahi dengan anugerah yang diberikan. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Semoga anak-anak faham dan sedar kasih sayang yang diberikan. Dan semoga anak-anak mama ayu membesar menjadi seorang mukmin yang soleh dan solehah. Ya Allah, Kau peliharalah anak-anakku. Lindungilah mereka, tetapkan iman dihati mereka dan Kau permudahkan urusan mereka di dunia & akhirat. Aamiin

Sekian, jumpa lagi. Sayonara !!

Ahad, 20 November 2016

Futsal anjuran KSK Bukit Raja

Assalamualaikum..


Last acara sukan untuk tahun ni. Kebizian melanda, sib baik ari sabtu ari tu mama ayu tak de kelas. Dapatlah berjimba2 sikit...hehe. Petang nanti nak jemput en suami pulak kat airport. Kebiasaanya bila buat futsal, kitorang akan pilih U One Sport Centre, Bandar Baru Klang. Tempat yang besar dan selesa, parking pun senang. 


Inilah janji melayu. Kata jumpa kul 9 tapi orang2 yg kat atas ni je yang ada..yg lain x sampai2 lagi...hmmm


Kul 9 masih dok lepak kat mamak.


Macam biasa, janji kul 9...kul 930 baru start lah kan huhu


Sebelum bermula acara, kita baca doa dulu mohon keberkatan


It's time to senam robik. Lupa lak nak amek video


Acara bermula


Semangat depa2 ni main futsal


Pas main, kita minum dulu


Sesambil tunggu team yang lain main, kita snap lah gambar apa yang ada


Pic ni mama ayu suka sebab yg pakai baju merah tu bukanlah bapa dak kecik tu, tapi cute sangat dia melayan budak ni...hehe


Sesi penyampaian hadiah tempat ke-5 (saguhati)


Saguhati lagi...(tempat ke-4)


Tempat ke-3


Tempat ke-2


Juara futsal pada musim ini...terbaik lah


View selepas perlawanan futsal


Sebelum balik kita bergambar kenangan bersama. Diapit oleh 2 bidadari kelab KSK...ecece
Kalau tak de kami, memang tak de lah hadiah tu kan...hehe

Itu jelah nak cerita pun..biar gambar je yang berbicara, penat nk karang2 ayat ni...hihi

Jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 16 November 2016

Lunch Date

Assalamualaikum semua..

Hehe...seminggu menyepi, banyak keje pulak sepanjang minggu lepas. Event sana sini & disebabkan mama ayu pegang jawatan dalam kelas KSK, kena lah uruskan apa yang patut. Sib baik ada teman yang menemani. Tapi ari ni mama ayu nak cerita kisah semalam lah. Lunch date dengan mak & adik kesayangan ditemani oleh anak2ku & anak buah. Lagipun groupon ada buat offer, so haruslah grab cepat2 eh. Untuk korang yang suka makan kat Seoul Garden ni, sometimes groupon ada buat offer murah2...1 kepada dlm RM30 jek tp kali ni dorang offer kat IOI Puchong je.


Kami sampai dalam kul 12pm, memang ngam2 time makan lah tu kan. So, secara sahnya kami yang merasmikan dulu masuk kt Seoul Garden ni...hehe


Aiskrim...kecur air liur ko


Mak mama ayu memang suka makan kat sini sebab mak kata banyak variety sayur. Sampai2 jek terus amek nasi sbb dah lapar kan. Mama ayu makan shushi dulu tapi rasanya kali ni tak banyak pilihan shushi tapi merasalah jugak.


Wany & aliya...sebelum2 ni tak bawak lagi dorang ni makan bersama ngan mak, baru kali ni dapat bawak...tak rugi lah bawak dorang sebab memang jenis kuat makan kan..tambah2 lagi dak Awie tu, mahu 1 kilo udang untuk dia je...hihi


Me & adik kesayanganku. Kami 2 beradik je perempuan, yang lain semua lelaki.


Happy tummy..

.
Bergambar bersama nenek kesayangan..

.

Penuh meja ko...gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati...hehe


Pas makan ada masa lagi...kita main bowling lah pulak. Bukan selalu pun kan. Lagipun kat IOI Bowling ni dorang bagi main 2 frame tapi bayar utk 1 frame je..kira macam buy 1 free 1 lah ni


Makku yang sporting...terbaik


Us..wahili's family


Haaa...baru nampak muka dak awie kat sini. Dah besar2 ni susah nau nak amek pic dia


Enjoyyy.....next time kita together2 lagi

Masa main bowling tu, kat luar hujan lebat. Sib baik bila dah abis game, hujan pun dah teduh. Usai habis tu, adikku Seha hantar mak balik ke Bangsar. Mama ayu & anak2 terus balik ke Klang. Sib baik jem tak teruk sangat, dalam kul 530 sampai rumah. Satu hari keluar, ibarat macam g kerja pulak...hehe. Apapun semoga ikatan ini terus mekar selamanya. In shaa allah

Jumpa lagi, sayonara !!