Rabu, 7 Disember 2016

Dinner ZBC Bukit Raja @ Aliya Hotel

Assalamualaikum semua..


Tengah buat ape tu? Haha
Sesaja nak update cite malam tadi. Buat julung kalinya kami di jemput untuk majlis makan malam & kesyukuran ZBC Bra. Kali ni dinner ni untuk team Bukit Raja sahaja, tak campur dengan area lain...tu yang seronok sikit, makan pun dengan aman walaupun menu hidangan tidak berapa menarik. Sebenarnya makanan yang disediakan bukanlah tak sedap tapi sebab masakan daging tu macam tak masak, merah semacam je mama ayu tengok (kalau orang yang suka makan daging half cook mungkin ok kot). Tapi bukan taste mama ayu lah... 
Overall bagi 2 bintang je lah...huhu




Tu dia....tema pakaian merah putih ko, dah macam tema puteri umno pulak 


Me & kak arpah


Ladies in the red + white...kalau dah ladies tu kan, bila ada tema camni opkos nak kena cari baju baru kan...walaupun baju warna merah tu sebenarnya ada je tapi mesti gak nak grab satu yang baru. so kepada mereka yang beli baju baru tu pastu menang pulak tu, kira bertuah lah...hehe


Antara muka-muka yang hadir malam tu


So sebab tema merah putih, dorang pun dengan sportingnya berpakaian mengikut tema. Ye lah, tak kan nak pakai baju hijau ke, biru ke...kang orang pandang lain macam pulak..hihi


Selepas upacara baca doa dan perasmian by Dato' Zuraidah. It's time to having dinner
Credit to all my friends yang bg gambar kat wasap 


Sporting betul deme2 ni....siap pasang lampu lagi masa Dato' Zu nyanyi lagu. Patutnya pihak hotel kena tutup lampu time ni, baru fefeling diva sikit...haha


Alhamdulillah....speechless sebab bos bagi nama mama ayu untuk naik pentas semalam


Penerima2 anugerah sebab dah majukan TM Selangor....bangga wei


Dapat cabutan bertuah sekali tau....i like no 13
Agak2 korang lah kan...kalau ada cabutan bertuah kan mesti nama mama ayu naik hehe
So sebelum nak pergi mana2 event yang ada cabutan bertuah tu, doa banyak2 supaya Allah perkenankan permintaan kita


My best friend pun dapat gak...


Muka ada senyum sebab dapat hadiah...hihi


Member ni memang dia dah aim utk dptkn cabutan bertuah vacuum cleaner - hajat tercapai tu...syukur


Bergambar bersama my bos


Semoga ini menjadi kenangan kepada mama ayu dan kawan2 yang lain. Yang tak dapat anugerah tu, next time cuba lagi. Setahun ada 4 quarter, so kena berusaha lagi untuk dapatkan. Jumpa lagi, sayonara !!

Khamis, 1 Disember 2016

Cuti Sekolah

Assalamualaikum & selamat pagi nan indah

Bulan 12 dah kan...betapa cepatnya masa berlalu. Kepada anak-anak sekalian, Selamat Bercuti. 


Anak-anak semua bercuti di rumah neneknya. Sesambil tu leh tolong nenek buat keje. Tolong nenek gentel karipap, potong kentang dan macam-macam lagi lah....hihi



To all my reader, Selamat Bercuti bersama family tersayang. Daa...sayonara !!