Isnin, 10 April 2017

Sambutan Birthday Untuk Abah

Assalamualaikum..

Lama nau tak dengar cerita, banyak sangat kerja yang perlu dilakukan...huhu
Hari ni mama ayu amek kesempatan gak untuk menulis, kang berabuk pulak blog ni
Dah masuk bulan Rejab pun ni, eloklah kalau kita berpuasa sunat kan...mama ayu ntah bila
nak start ni, hihihi. 

Malam tadi punye cerita, kami sekeluarga menyambut hari lahir abah yang ke 63 tahun. Semoga Allah memberi keberkatan dalam hidup abah. Sambutan yang tidak dirancang tetapi akhirnye menjadi pulak. Semuanya berhubung melalui wasap je...teknologi komunikasi yang amat berkesan di abad ini...Syukur Alhamdulillah


Alang-alang sambuat birthday abah, hari ni jugak 9 April merupakan anniversary mama ayu yang ke-18 tahun. dah lama teringin kek sr ni, minta en suami singgah Secret Recipe semata-mata nak beli kek


Abah kesayangan kami ni suka sangat makan sate, so bila birthday abah je...menu wajib adalah sate. Decide punye decide, kitorang booking kat Sate Samuri Klang, Bandar Botanic. Sebenarnya birthday abah 10hb, kitorang sambuat advance sehari lah. Isnin anak2 sekolah, bila masa pulak nak berkumpul kan..


Order dulu....tuan punye birthday tak sampai2 lagi


Yang mana dah sampai, kami makan dulu...anak2 dah lapar


Anak2 duk meja asing sbb dah tak muat....cucu mak abah ramai, ni pun tak x cukup korum lagi....hehe


Acara potong kek...oh ye, bulan 4 ni pun sekali gak dengan birthday adik perempuanku + anaknya lelakinya, Iman pun sambut birthday bulan ni



Pedulikan orang sekeliling tu, jom nyanyi untuk atok...hihi
Gambar potong kek x de lah pulak...kat hp along, lupe lah tu nk wasap kt kami2 ni


Complete semua dah sampai & makan2. Perut pun dah kenyang...ape lagi JOM BALIk

Terpancar wajah kegembiraan seorang abah bila anak2 buat surprise. Terima kasih abah sebab menjaga kami 8 beradik. Banyak kenangan yang tak mungkin dapat kami lupakan. Terima kasih Allah kerana mengurniakan kami abah & mak yang baik hati. Sob sob sob...terharu ko
Birthday mak bulan 7, dah tahu tempat kesukaan mak...ala2 Seoul Garden pulak

Jumpa lagi, sayonara !!