Khamis, 5 April 2018

Fasa Kehidupan

Assalamualaikum semua..

Moga kita semua dilindungi Allah SWT dan kehidupan hari ini dan akan datang dipenuhi dengan kegembiraan dan kecerian.


Kredit to Mr Google

Papagi lagi dah ada ilham untuk menulis. So kita tengok apa yang orang tua-tua kata. Sebenarnya kalau diikutkan, apa yang orang tua-tua kata tu ada benarnya. Sebab mereka lebih berpengalaman dan telah mengharungi rencah kehidupan di dunia ini. Melalui pengalaman dan pemerhatian mereka, maka lahir lah ayat di atas. Haaa...korang kat fasa mana ni? Ke masih mencari jodoh...hehe

Fasa 1 - usia 5 tahun perkahwinan
Fasa ini memang banyak menguji kesabaran. Maklum lah kan, orang kata baru nak mulakan hidup. Masa ni, ye lah kan..baru kawin & banyak perkara @ benda yang perlu dilakukan. Kena kuat dari segi persediaan fizikal dan mental. Mana tak nye, dah kawin..mestilah nak cari rumah sendiri - tidak kira beli mahupun sewa. Pastu dah ada rumah, mesti lah nak ada barang-barang dalam rumah kan. Tak kan nanti bila mak abah ko datang, rumah kosong jek. At least keperluan yang perlu ada is dapur, peti ais, mesin basuh, tv, katil dan sebagainya. Haaaa, banyak kan nak kena ada bila duk rumah sendiri. Mama dulu pun masa baru nikah, dah start cari untuk sewa. Masa tu en suami kata kalau nak cari rumah, cari yang dekat ngan tempat kerja mama. En suami kerja jauh tidak apa asalkan tempat keje mama dekat. Nampak tak, betapa sayangnya en suami pada mama...hehe. Dan bila dah kawin, dah tentulah nak ada anak kan. Anak tu penguat kasih sayang dan keluasan rezeki. Walaupun di awal-awal perkahwinan, pernah sampai tak cukup duet nak belanja, tapi kami dapat mengharungi liku-liku kehidupan ini. Semuanya berkat kesabaran yang tinggi. Pastu sikit tips nak bagi ni, susah senang biarlah kita & suami kita je tahu. Tak perlu nak cerita kat orang kesusahan kita sebab perkahwinan itu menyatukan dua hati. Membentuk keperabadian diri. Susah senang mesti diharungi bersama. Once ko dah pilih lelaki itu menjadi suamimu, maka ko harus menerima dia seadanya dalam hidup. Sebab tu jodoh dan pertemuan semua adalah dengan keizinan Allah jua. Jaga lah jodoh yang ada ini kerana Allah nak bagi rasa kenikmatan hidup berumah tangga.

Fasa 2 - usia 10 tahun perkahwinan
Melalui fasa ini, kira kita telah berjaya ke satu tahap yang agak stabil. Ini lah masa kita melihat anak-anak membesar, membeli harta (kereta, rumah dsb) dan masa ini lah kita bertungkus lumus dalam mencari rezeki bagi menampung kehidupan. Waktu ini, Allah bukakan pintu-pintu rezeki melalui anak-anak dan pekerjaan yang kita lakukan. Masa ni lah, orang kata nak buat anak pun kan...haha (maksudnya menambah bilangan anak). Dan masa inilah anak-anak yang kecil tadi akan melalui alam persekolahan dan meningkat remaja. Di sini cabarannya adalah anak-anak, tentang bagaimana kita mencorakkan anak-anak ini. Baik didikan, makan baiklah semuanya. Tersalah didikan maka tersasarlah. Masa ini memang sangat menguji tahap kesabaran yang amat tinggi.

Fasa 3 - usia 15 tahun perkahwinan
Berada di tahap ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ada antara kita yang kecundang di tengah jalan. Sejauh mana hubungan yang terjalin boleh pergi, bergantung kepada sifat dan perbuatan kita sehari-hari. Fasa ini menjadikan hidup lebih stabil kerana kemungkinan di waktu ini, hutang-hutang seperti kereta, rumah, telah dapat dijelaskan (selesai). Tiba masa di fasa ini, kita bermuhasabah diri untuk mencari redha Allah SWT. Tidak kira muda atau tua, kita semua akan dijemput oleh Allah. Banyak-banyak lah membuat amalan agar segala yang kita lakukan diredhai Allah. Bagi mama, kalau dah melepasi fasa ini, kesefahaman diantara dua jiwa telah berjaya. Mungkin secara asasnya bukan sepenuhnya tetapi pemikiran kita akan lebih kepada rasional. Sebab itu, ada masa kita menerima dan ada masa kita memberi. Kasih sayang dalam sesebuah rumah tangga harus dipupuk, perlu dibaja setiap hari supaya ia terus mekar di hati. Hiduplah kita dengan kasih sayang kerana Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Haaa...3 fasa je ke? utk 20 tahun, 30 tahun cmne pulak kan...pikir-pikir lah sendiri ye. Dah sampai zaman kertu, apa lagi nak pikir kan? Jom lah kita sama-sama saling ingat mengingati dan saling sayang menyayangi. Ingat Allah sentiasa, dan Allah akan ingat pada kita. Mudah-mudahan kita semua di bawah lindungan kasih sayang Allah.

Jumpa lagi, sayonara !!