Ramadhan berbaki beberapa hari lagi, dah masuk sesi kedua dan kita akan bertemu 10 malam terakhir di mana salah satunya merupakan malam lailatulqadar. Tahun ini, merupakan tahun yang sangat mencabar dalam kami menyambut ramadhan. Hampir seluruh Klang tiada air disebabkan paip pecah. Dugaan sungguh di awal Ramadhan. Hampir lima hari air tiada tetapi mama mengambil hikmah disebalik kejadian ini. Dengan tiada air, mama dapat bersahur bersama mak & abah di Bangsar pada Ramadhan pertama. Dengan tiada air, mama dapat berbuka puasa bersama mereka tanpa perlu menunggu hari minggu. Sungguh, terkadang terasa penat jugak travel ulang alik dari Klang ke Bangsar. Kalau ikutkan, bukannya jauh sangat pun tetapi disebabkan keadaan jalan yang selalu jem, memang penat sikit lah. 😄
Sayangnya Emak…
Emak : Angah...bukak puasa rumah mak ke?
Me : A ah...pas keje angah datang sana
Emak : Haaa...mak suh abah beli lauk dah
Macam tu lah emak setiap kali tahu yang anak-anaknya nak datang berbuka puasa bersama-sama. Seronok emak nak masak walaupun lauk yang di masak simple je. Bagi anak-anak, ada ikan masak asam pedas pun dah sedap asalkan air tangan mak. 😋
Alhamdulillah, dapat jugaklah beberapa kali mama menemani mak ke surau untuk berterawih. Terkadang, moment-moment ini akan jadi kenangan terindah dalam hidup kita. Manfaatkan masa yang terluang bersama kedua ibu bapa kita. Dan terima kasih Allah kerana memberi diri ini masa untuk berbakti kepada mak abah.
Kasihnya Abah…
Me : Abah beli lauk eh? Ada ketam tak? heeee 😆
Abah : Tak, mak ko suh abah beli ayam
Me : Sengih je lah
Usai berbuka,
Abah : Hari Rabu ni ko buka puasa sini ke ngah?
Me : tak lah abah...hari sabtu baru datang
Abah : Abah nak beli ketam
Me : terharu 😭
Macam tu lah abah. Kasihnya tidak terucap tapi mama tahu, abah sangat kasihkan anak-anaknya. Terkadang seorang abah itu tidak menegur (berbual) kerana tidak tahu apa yang perlu dibualkan tetapi kita sebagai anak kenalah memainkan peranan. Pandai-pandailah cari topik yang sesuai untuk dibualkan. Abah memang seorang yang baik..sangat baik. Walaupun ada sesuatu yang tidak baik tapi bagi mama, abah adalah abah yang terbaik di dunia. Mama memandang abah dari sudut ABAH (bapaku).
Abah dan emak - dua insan ini yang sangat mama sanjungi. Jasa dan pengorbanan ini memang tidak dapat mama balas sampai bila-bila. Mama hanya boleh titipkan doa disetiap saat dan ketika. Mudah-mudahan Allah memelihara abah dan emak, menyayangi dan mengasihi abah dan emak. Temukan kami di syurgaMu Ya Allah. Aamiin
Sedih pulak..terlalu banyak yang abah dan emak korbankan untuk membesarkan kami 8 beradik. Dan sekarang, anak-anak mak abah dah besar dan masing-masing dah berkeluarga. Terima kasih mak...terima kasih abah. Terima kasih Allah kerana memberikan kesempatan bagi kami menatap wajah kesayangan kami, mak dan abah.
Sampai sini dulu...jumpa lagi. Sayonara !!