Sabtu, 15 Jun 2019

Aidilfitri 2019 - part 2

Assalamualaikum semua

Dah masuk pertengahan Syawal dan banyak rumah terbuka di sana sini. Sape-sape yang menerima jemputan tu, boleh lah beraya sesambil merapatkan ukhuwah di antara kita. Mama di kampung sehingga raya ke-3, pastu gerak ke Villa Selasih di A Famosa Resort, Melaka. Sib baik masih di Melaka, so dekat sikitlah mama nak drive 😅. 

Tak nak cerita Panjang, biar gambar jelah berbicara.









Ber bbq sambal mandi kolam...malam tu acara makan-makan dan tengok bola. Sebab siaran TV telah di konker oleh kaum lelaki, maka mak-mak pun tido lah awal.

Menyediakan sarapan pagi sebelum tahlil bermula


Tahlil arwah buat ayah mertua, mak mertua dan suami






Bermaafan di pagi syawal ke-4



Bersama family Keisha


Family Kaklong



Anak-anak teruna

Family Ucu


Anak-anak dara


Geng mak-mak

Kisah raya kami. Pukul 11 bergerak ke Kuala Lumpur dan raya tahun ni, mama tak berapa merasalah jem di jalan raya. Yahooooo!! Jem sikit-sikit je lah tapi still ok sebab tak sangkut lama sangat 😉

Sampai sini dulu, sayonara !!



Isnin, 10 Jun 2019

Aidilfitri 2019

Assalamualaikum semua..


Dikesempatan ini mama nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog ini. Mana yang terkasar bahasa dan tersilap bicara tu, mama mohon ampun dan maaf andai ada yang mengguris hati dan perasaan, samada secara sengaja ataupun tidak.


Cantik tak...hasil tangan mama menganyam ketupat bersama mak 😄

Tadaaa...dah siap, sesambil tunggu malam raya ni kan, kita siapkan ketupat dulu. Esok pagi tinggal nak masak rendang ayam dan kari daging




Kisah malam raya, kita ber bbq ramai-ramai. Siap order sate untuk malam takbir tapi gambar tak de 😂

Family photo
👇
👇
👇
👇
👇
Family along (poklong)

My Family (makngah)

Family uda (pok de)

Family achik (makcik)

Family aman (pak ndak)

Family ajis (pak njang)

Family ajak (pak lang)

Family adik (poksu)

Geng mak-mak

Menantu mak abah

Walaupun adik yang sorang tu (ajak) beraya di perantauan, gambar tetap dikirim pengganti diri. Tunggu hujung bulan ni, dia balik KL, bolehlah bawak jenjalan nanti.

Raya pertama & kedua ni, mama dan adik beradik lain berkunjung di rumah mak dan bapa saudara serta rumah sepupu sepapat di Merlimau, Melaka.

Raya ketiga dengan keluarga belah arwah suami pulak. Sib baik berkumpul masih di Melaka, so dekat jelah mama nak pergi. Yang tu nanti mama sambung ye..

Jumpa lagi, sayonara !!