Khamis, 8 Julai 2021

Aku menulis kerana kamu

 Assalamualaikum semua...

Salam Jumaat yang penuh barakah...hujan di waktu tengahari menganjak ke petang. Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa sangat nyaman rasanya. Andai di waktu ini aku berada di tepian pantai, alangkah indahnya kurasakan. Rinduuuu

Begitulah Allah menguji manusia. Saban hari terdengar kematian demi kematian dijemput ilahi. Ntah sampai waktunya, masa itu akan tiba. Namun, selagi diri ini masih bernafas, selagi diri ini masih bernyawa, tuntutan sebagai hamba Allah perlu dilaksanakan. Ya Allah, Kau angkatlah penyakit Covid ini ke sarangMu. Izinkan kami hidup seperti biasa. Menikmati keindahan alam ciptaan Mu Ya Rabb.

Dia...dia bukan yang pertama tetapi dia telah bertakhta di hati. Satunya yang telah mengetuk pintu hati ini untuk menerima kehadiran sang kekasih. Kerana rasa ini ikhlas...rasa ini sesuatu yang pelik dan indah...maka ku teruskan jua walaupun terdapat halangan di tengahnya. Aku yakin, andai tiba masa...Allah jua lah penentu segalanya dan aku sangat yakin bahawa Allah sayangkan aku sebagai hambaNya. Moga kasih dan sayang ini terus mekar dan mewangi sehingga ke pusara.

Dia bukan yang pertama tetapi dia istimewa dalam hatiku. Secebis rasa itu walaupun amat payah untuk aku lupakan, aku tidak mampu menolaknya. Terkadang aku terfikir mengapa itu berlaku pada diriku. Namun, apa yang berlaku tidak dapat ku undur lagi. Aku tidak mahukan apa selain perhatian dan kasih sayangmu buatku. Hanya setitis kasih itu sudah mencukupi buat diriku. Aku bahagia bersamamu.

Bukan mudah untuk memahamkan orang keliling. Hanya kuasa Allah sahaja yang mampun mengubahnya. Moga redha Allah bersama langkah kita. Niat yang baik pasti akan Allah kabulkan...in shaa Allah.

Aku sayang Allah

Aku sayang keluargaku

Aku sayang kamu

Aku sayang orang-orang disekelilingku

Moga kita hidup dalam keadaan aman dan bahagia.

Jumpa lagi...sayonara !!