Jumaat, 22 April 2022
Doa Mak
Assalamualaikum semua...
Lama nau tak menulis ni, bizi lah sangat kan sampai tak sempat nak baca blog, tak sempat nak berfb dan macam-macam lagi lah. Korang apa khabar? Dah masuk malam ke 19 puasa ramadhan tahun ini. Moga kita bertemu dengan malam lailatul qadar. In shaa Allah.
Hari demi hari berlalu, terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan. Ada masanya kita akan rasa down sangat-sangat. Begitulah lumrah kehidupan. Ada masa kita happy, ada masa rasa sedih, ada masa kita sibuk, ada masa kita senggang. Ada orang yang tidak bertemu ramadhan tahun ini. Ada orang hanya dapat menjalani sedikit ibadah puasa. Allahu, begitulah takdir Allah SWT. Kita sebagai hambanya, hanya mengikuti rentak kehidupan di alam ini.
Ok lah...hari ni ada perkhabaran baik yang aku terima. Minggu depan, hari Isnin dapat interview untuk kenaikan pangkat. Harapnya rezeki berpihak kepadaku. Petang tadi call mak, minta mak doakan moga interview aku itu berjalan dengan lancar. Hajat di hati nak mohon kekosongan di Melaka tetapi belum ada rezeki. Kita cuba mohon di sini dulu, andai kata ada rezeki akan datang, boleh mohon di sana.
Pernah ke kita terfikir, takdir Allah itu ada sebabnya. Mungkin Allah hilangkan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Bukanlah bermakna yang lama itu tidak baik, tetapi Allah mahu gantikan dengan yang lebih baik lagi. Aku sebagai hamba Nya bermohon agar suatu masa nanti akan ada sinar yang menyinari hidup ini. Terkadang apa yang telah Allah takdirkan, mungkin ada sebab yang mungkin kita tidak tahu di masa akan datang. Mungkin Allah handak aku berbakti kepada orang tuaku. Andai satu masa nanti ditakdirkan aku perlu menjaga orang tuaku, aku perlu korbankan masa dan tenaga untuk itu. Bersedialah aku dari sekarang dan aku harap anak-anak dan orang yang aku sayangi memahami aku seadanya. Hidupku hari ini adalah demi menjaga anak-anak, hadiah dari Allah SWT dan amanah untuk aku bela dan menyayangi mereka. Sungguh, hidup ini sangat indah takdirnya. Bersangka baik sentiasa. Akan sampai waktunya Allah beri yang indah-indah, bersyukurlah sentiasa.
Selagi ada mak abah, marilah kita berbakti kepada mereka. Doaku semoga kedua-duanya sihat sentiasa. Walaupun mereka masih berniaga kuih muih di kampung...ikutkan hati ini, mahu saja suruh mak dan abah tak perlu berniaga tetapi permintaan pelanggan mahukan mereka terus berniaga, aku redha je lah. Honestly, buat kuih ni penat tau...aku masa sekolah dulu, uli kulit karipap tu memang tugas aku lah...siap pakej kelim karipap lagi. Tapi masa tu kudrat masih muda, tak de lah rasa sakit tangan-tangan ni. Laa ni dah tua (eh! tapi tak de lah tua sangat, tengah 40-an gitew)...buat lebih 200 biji karipap dah cukup melenguhkan tangan dan lenganku. Haisshhhh....camane lah abah boleh gelek karipap hari-hari dengan faktor umur yang dah lebih 60-an. Disebabkan kuih mak dan abah sedap-sedap belaka, layankan je lah tekak orang-orang Melaka nak makan kuih muih mereka.
Sebagai anak, jangan malu untuk meminta doa dari mak abah kita. Tak salah kalau kita telefon mereka dan minta mereka doakan kita. Dan aku tahu, tidak ramai dari kita yang boleh buat macam ini. Mungkin sebab kita rasa kita dah besar, boleh berdikari sendiri tetapi doa mak tiada hijabnya. Bak kata orang, tembus sampai langit ke tujuh lah. Minta lah doa dari emak/ibu/mama/mummy/ummi kita...in shaa Allah hidup kita akan lebih bahagia.
Ok lah, sampai sini dulu. Sambung nanti ye
Sayonara !!
Langgan:
Catatan (Atom)