Jumaat, 22 Mac 2024

Serahkan Urusan Pada Allah

 Assalamualaikum semua...

Selamat berpuasa...dah masuk 11 hari, sekejap je masa berlalu. Semoga puasa tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Syukur alhamdulillah, terlalu banyak nikmat yang Allah beri. Walaupun di uji dengan bermacam masalah, semoga Allah jua memberi jalan penyelesaianNya.

Aku serahkan segala urusan kepada Allah, moga kami sekeluarga selalu dalam rahmat kasih sayang dari Nya. Pembukaan tahun 2024 yang indah, hajat untuk menunaikan umrah pertama sebelum umur menginjak ke 45 dikabulkan Allah. Betullah seperti yang di kata, menunaikan umrah ni bukannya mudah tetapi andai masa itu tiba, segalanya menjadi mungkin. Sungguh disaat aku tidak punya apa, Allah lorongkan untuk menunaikan umrah bersama emak tersayang. Betapa perancangan Allah itu Maha Hebat. Berbekalkan duet penjualan saham TM, dapat juga aku ke sana. Tujuanku hanya satu, memohon pengampunan sesungguhnya kepada Allah SWT. Betapa aku insan yang sangat berdosa, mengharapkan pengampunan dari Allah SWT. Sungguh aku harapkan taubatku diterima Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Allahu...betapa besarnya kasih sayang Allah.

Buat emak yang sangat angah sayangi, terima kasih atas segalanya. Emaklah penguat angah untuk meneruskan sisa kehidupan ini.

Buat anak-anak yang mama kasihi, terima kasih kerana menerima baik buruk mama. Mama tetap akan buat yang terbaik untuk semua dan sentiasa mendoakan agar anak-anak mama berjaya di dunia dan akhirat, mendapat pekerjaan yang baik dan mendapat jodoh yang baik. Semoga anak-anak mama sentiasa hidup dalam kasih sayang sesama kalian dan saling hormat menghormati.

Buat adik beradikku, terima kasih atas keprihatinan kalian pada adik & kakakmu ini. Angah doakan semoga kita semua berbahagia dengan kehidupan & keluarga masing-masing, saling bertolak ansur dan sentiasa ingat mengingati.Semoga ukhuwah yang terjalin menjadi semangat kepada anak-anak/anak-anak buah untuk saling bersama di bawah satu bumbung.

Buat rakan-rakan sekerjaku, terima kasih di atas tunjuk ajar dan bimbingan di tempat baru. Walaupun kita di bawah satu bumbung TM, banyak lagi pengalaman dan pengetahuan yang perlu aku pelajari. Honestly, i'm happy di sini bersama rakan-rakan semua.

 Alhamdulillah untuk semuanya...

Dan ada pencapaian lagi di tahun ini. Berkat pergi tengok rumah dengan mak, akhirnya salah satunya dapat di beli juga. Terima kasih Allah kerana memudahkan urusanku. Ya Allah, aku serahkan segalanya kepadaMu, hidupku, matiku, ibadahku, urusanku, anak2ku kepadaMu. Bimbinglah kami ke jalan yang lurus,  matikan kami dalam keadaan husnul khatimah. Tetapkan iman kami...Aamiin Ya Rabbal'alaaminn...

Terima kasih Allah, terlalu banyak yang perlu disyukuri. 

Sayonara!!