Isnin, 21 Mac 2016

Pizza Hut

Assalamualaikum.

Jumpa lagi uolls. Hari ni mama ayu nak cerita pasal Pizza Hut pulak. Korang tau tak yang Pizza Hut ada buat promosi. Sekeping pizza hanya RM 5 + RM 1 untuk tambahan soup ataupun air. Ni semua penangan dok borak2 ngan member opis pasal pizza...balik keje je terus mama ayu ke pekan klang semata2 untuk beli pizza...hahaha



Iklan pizza


Hasil tangkapan di pizza...tapi ade cerita sedih sebab orang kat kaunter tu tersalah amik order, maka dapat 1 je soup mushroom tu, kalau nak lagi kena harga lain, tak dapatlah harga RM1 yang mama ayu nak...huhu 


Sorang satu untuk anak2...jangan berebut ye...hehe


Yang ni pulak time mama ayu kt school...makan bersama rakan2 sepengajian.Disebabkan UTMSpace berdekatan dengan Ampang Park dan The Intermark, memang banyak pilihan tempat untuk makan. Hahaha, memang susah nak diet lah kalau macam ni kan.

Sayonara !!

Puteri Beach Resort Port Dickson

Assalamualaikum uolls

Bersiaran semula dari rumahku, tengah mc sebab mata sakit (naik bengkak2 sebab jangkitan kuman ). Korang semua macamne? Sihat-sihat belaka hendaknye..

Cuti sekolah minggu lepas mama ayu & family bercuti di Port Dickson (2hari 1malam je). Kami bermalam di Puteri Beach Resort. Resort ni terletak di Teluk Kemang, selepas Politeknik Port Dickson. Jom layan gambar...


On the way ke PD tu kami keluar dari rumah awal...seawal kul 730 dah kuar rumah, masing2 tak sabar nak mandi kolam katenye...hehe. Singgah sekejap di Seremban untuk sarapan. Bila ke PD wajib bersarapan di sini sebab en suami suka makan nasi lemak kat sini. Kena dengan selera en suami...


Sempat snap gambar ni masa kt traffic light...welcome to Port Dickson


Sampai awal, so kite jengok2 ape yang ade kat sini...kolam besar


Sambil2 tunggu nak check in, anak2 main kat taman permainan




Disebabkan sampai awal sangat, kami keluar balik g ronda2 kat PD ni, sebelum tu bergambar kt ruang depan hotel. peace yo



Gambar kat atas ni diambil di Hibiscus Grand Lexis - saje jengok2 ape yang ade kat sini, hotel atas laut ko...maybe boleh jadikan wish list next vacation


Sambil jenjalan cari makan, kami pun singgah di satu kedai kat tepi jalan tu...ingat nak beli t-shirt untuk family day bulan 4 nanti kat Tanjung Bidara Beach Resort, maka terbeli jugak t-shirt kat sini...beli yang ada promosi, murah ko


Hasil carian t-shirt untuk family day...cantik tak? 


Sesambil nak tunggu masa untuk  check in tu, solat zohor dulu. Hotel ni ada sediakan surau yang besar jugak. Ni surau untuk wanita ye...memang selesa


Barangan yang di bawa. Sebab anak mama ayu ramai kan...kena lah bawak macam2 jenis makanan. Lepas mandi, dah tentu perut lapar kan...makan je ape yang ade ye anak2


Mama ayu book hotel yang ada 2 bilik di www.agoda.com. Senang guna online ni, boleh dapat murah sikit daripada kita walk in sebab boleh dapat sehingga 70% diskaun. Harga untuk 1 malam RM320.


Bahagian dapur - mamang luas tapi tak boleh masak yo


Bilik 2 - 2 katil kecil


Bilik 1 - setiap bilik disediakan sejadah untuk solat & ada iron sekali...tak perlu nak minta2 kat reception tu.


Ruang tamu - memang luaskan. Sesuai untuk keluarga besar mama ayu..hehe


Bilik air tapi tak de bathtub...cuma bilik airnya ada 1 sahaja.


View dari balkoni bilik - anak2 dah tak sabar nak mandi kolam


Dari balkoni bilik ni, dapat lihat resort Hibiscus Grand Lexis


Sesaje amik pic. Indahnya ciptaan Allah S.W.T


Masa untuk mandi kolam..

Ok lah, setakat ini story mama ayu masa cuti sekolah minggu lepas. Untuk family besar ni, memang sesuai bawak famili ke sini. Bilik yang luas dan selesa. Jumpa lagi di percutian akan datang ye...sayonara !!



Khamis, 10 Mac 2016

Gerhana Matahari

Assalamualaikum..


Semalam 9/10/2016 terjadinya gerhana matahari di bumi Allah ini. Semua dok standby nak tengok kejadiaan yang jarang sekali berlaku. Rasanya dalam pukul 7.00 - 8.30 pagi. Subhanallah..Allah Maha Besar menunjukkan kehebatan di langit dan di bumi. Terasa kerdilnya kita sebagai hamba, semoga perjalanan hidup kita semua diberkati-Nya. Aamiin


Alhamdulillah...banyak juga masjid-masjid dan surau-surau menganjurkan solat sunat gerhana matahari, termasuklah surau opis tempat keje mama ayu


Dari lensa camera h/phoneku....gambar di ambil saat berhenti di traffic light


View dari tempat parking keretaku..


Gambar ni diberi oleh rakan whatsapp....owh, baru ku tahu kalau nak tengok gerhana matahari ni, kena pakai cermin mata ala2 korang nak tengok cite 3D, kalau tak pun...leh guna negatif filem
ps : ada yang guna filem x ray pun adooo...haha

ok, bye...sayonara !!