Selasa, 29 Mac 2016

Sukan KSK 2016 - Badminton & Dart

Assalamualaikum uolss..


Helo!Helo!Helo!
Buat ape tu? Hehe....siaran tergendala dari hari sabtu yang lalu 26/3/2016. Kelab Sukan dan Kebajikan TM Bukit Raja (KSK) mengadakan 1st event untuk tahun ini. Perlawanan badminton dan dart untuk ahli kelab. Rasanya kehadiran tidak berapa memuaskan, sebab mama ayu pun tak dapat join event kali ini. Gambar ni diambil oleh rakan-rakan sekerja yang lain. And 1st time jugak untuk acara-acara sebegini, mama ayu merangkap cameragirl tidak dapat hadir untuk event kali ini.

Random post...



Inilah tempat sukan bagi TM Bukit Raja. Kalau korang ada apa2 event nak buat, bolehlah membuat tempahan untuk dewan ini. Dewan ini agak besar juga dan antara kemudahan yang disediakan untuk permainan adalah seperti dart, ping pong, badminton dan juga futsal yo...


Berlangsungnya acara dart dan perkiraan markah oleh pengadil


Masing-masing tengah menunggu giliran untuk bermain. Ada lebih kurang 10 team beregu yang bertanding kali ini


Tu diaa...yang dapat hadiah tu tersenyum lebor, terbaiklah korang


Tak pasti pulak gambar ini di ambil sebelum atau selepas pertandingan. Banner yang kat tengah2 tu tahun ni kena ganti baru lah ye, dh hampir 2 tahun digunakan...huhu 


Team penentuan juara dan naib juara ( dah tentu2 dapat hadiah kan...)

 

Team untuk menentukan tempat ke3 dan ke4 tapi no 4 tak de hadiah.....kuikuikui

Bagi acara dart untuk wanita, disebabkan 3 orang je yang masuk pertandingan ni, maka wajiblah ke33 wanita tu dapat hadiah kan. Cer kalau kalau mama ayu masuk...agak2 korang boleh menang tak, hahaha. Of course lah kan, see the leg hokey...

Jumpa lagi...sayonara !!

Selasa, 22 Mac 2016

Boboiboy The Movie

Assalamualaikum oulss..

Sape dah tengok cerita Boboiboy the Movie? Bestkan cerita die...
Ok lah, sebab tak nak menghampakan harapan anak2 nak g tengok cite ni..gigihlah mama ayu register GSC online untuk book tiket. Masa g NU Sentral minggu lepas, tak dapat nak tengok sebab ramai sangat orang walhal dah beratur panjang masa tu...huhu

Overall, cerita Boboiboy The Movie ni memang best giler...mama ayu bagi 5 bintang, hehe
tapi yang tak bestnye, bila kitorang masuk je wayang, cerita dah start ko...menci tau

So korang, jangan tak tengok cerita Boboiboy The Movie ni tau, supportlah filem tempatan. Chaiyokk...

Seawal pukul 930 pagi dan tercangok kt Setia City Mall. Movie kul 1020 pagi, tengok kat belakang tu..pintu kedai pun belum bukak lagi..hehe


Bergambar bersama adudu


Mama ayu & the bongsu liyana...bukan kitorang je yang datang awal ye...ramai lagi yang datang bersama family masing-masing, bawak anak2 tengok wayang


Anak sulong - Wany


Tengah tunggu masa nak masuk panggung, sebelum tu wajiblah beli popcorn & ape2 lagi untuk sarapan kat dalam ye...anak2 request kentang putar sorang satu ko...huhu

Jumpa lagi...sayonara !!





Isnin, 21 Mac 2016

Pizza Hut

Assalamualaikum.

Jumpa lagi uolls. Hari ni mama ayu nak cerita pasal Pizza Hut pulak. Korang tau tak yang Pizza Hut ada buat promosi. Sekeping pizza hanya RM 5 + RM 1 untuk tambahan soup ataupun air. Ni semua penangan dok borak2 ngan member opis pasal pizza...balik keje je terus mama ayu ke pekan klang semata2 untuk beli pizza...hahaha



Iklan pizza


Hasil tangkapan di pizza...tapi ade cerita sedih sebab orang kat kaunter tu tersalah amik order, maka dapat 1 je soup mushroom tu, kalau nak lagi kena harga lain, tak dapatlah harga RM1 yang mama ayu nak...huhu 


Sorang satu untuk anak2...jangan berebut ye...hehe


Yang ni pulak time mama ayu kt school...makan bersama rakan2 sepengajian.Disebabkan UTMSpace berdekatan dengan Ampang Park dan The Intermark, memang banyak pilihan tempat untuk makan. Hahaha, memang susah nak diet lah kalau macam ni kan.

Sayonara !!