Selasa, 16 Januari 2018

Tahun Baru 2018

Assalamualaikum semua

Lama nau mama ayu x bersiaran, bukan x de benda nak cerita tp kekangan masa yang terlalu bz nye + nak menulis pun perlukan idea kan...haha. Mood menulis tak mari lor 💃
ok lah, kang berabuk pulak blog ni.

Rasa-rasa macam nak tulis cerpen ke, puisi ke, novel?...hmmm tgklah nanti kalau diberi kesempatan. Rasanya masih tidak terlambat untuk mama ayu ucapkan welcome tahun 2018, selamat tinggal tahun 2017 yg pastinya meninggalkan seribu kenangan dalam hidup ini. 

Sebenarnya, apa jua dugaan, kisah suka duka yang kita lalui, tanda kasihnya Allah pada hambaNya. Kita harus bersyukur apabila diberi kenikmatan hidup di dunia ini. Pengalaman menjadikan manusia lebih tabah dan mematangkan fikiran. Semoga tahun ini dan tahun2 akan datang memberikan sinar baru dalam kehidupan harian kita.

Bila kita resah...ingatlah Allah
Bila kita diuji...ingatlah Allah
Bila kita gembira...ingatlah Allah

Apapun yang kita lakukan, ingatlah Allah. Yakin lah bahawa Allah ada untuk menjaga kita.

Ya Allah,

"Jadikan aku, anak-anakku dan zuriat keturunanku golongan yang tetap mendirikan solat. Perkenankan permintaanku ini." Aamiin

Jumpa lagi di lain bicara. Sayonara !!

Khamis, 21 Disember 2017

Jenjalan Cuti Sekolah

Assalamualaikum semua...

Buat apa tu? Selamat bercuti, selamat bekerja, dan selamat lah semuanya. Mood menulis x mari2 lg ni...bercinta rasanya nak siapkan PSM1 ni..haha. Ntah kenapa penyakit M melanda terus minggu ni. Tak dapat lah nk karang ayat2 cinta, idea ilek 😌😖

Hujung minggu lepas merealisesikan impian mak tercinta nak ke rumah adik di Ipoh. Jom lah mak kita jalan2...kang x de benda pulak budak2 ni nk karang ayat masa buat karangan nnt " aktiviti cuti sekolah"....hehe

Moh layan gambo


Padat ko...merasmikan kete baru hihi. Dak wany punye penangan sampai nenek dia pun dh pandai buat peace yo😄




Singgah makan dulu di RNR Tapah. Request by dak kembar ni nak makan kfc. Masa ni baru 4 hari dorg berkhatan. Jalan sambil pegang seluar ha...lawak tul 


2 1/2 jam perjalanan dr KL...sampai IPOH dah


Di Kem PGA Ulu Kinta, Perak. Tenang je masuk kt kawasan ni


Aktiviti malam minggu - ape lagi kasi kenyang dulu perut ni


Adikku belanja....haha. Bukan selalu kan. Alhamdulillah, lain kali leh lanje lg


Ok, perut pun dah kenyang...kita g Meru pulak, lepak2 & main mainan. Korang tengok dak kembar tu...masa main langsung x rasa sakit wei....elok je dia sampai berlari2. Sampai rumah je terus sakit balik...huhu


Dak yana dgn keretanya. Ini je pun yang dia leh main kan. yg lain tu x sesuai dgn umurnya


Dak wany ni, ko bg motor ni, abis satu taman dia pusing..haha. Apa2 pun anak2 mmg seronok. Mama pun join sama hihi.

Ok. nk bg tips sikit ni...kalau korg g sini, survey2 dulu harga ye sbb lain tempat lain harganya. Masa mama tanye tempat yg first tu, naik motor ni RM25/15 minit, yang kereta kecik tu pulak RM10/15 minit gak. Pastu g tempat lain pulak, dapat lah RM20/20 minit utk motor & RM10/20min utk kereta. Haaa, sib baik x amek yg mula2 tu, dapatlah bebudak ni main lama2 sikit kan + jimat lah duit RM10 sebab sewa 2 motor kan.
Dan 1 lg tips, mak2 ni jgn bwk duit byk2 sbb nnt abis kena paw ngan anak2 haha

Jumpa lagi, sayonara !!

Nota kaki : aku rindu, rindu yang tidak terucap 😢

Khamis, 14 Disember 2017

Khatan Dak Kembar

Assalamualaikum semua..

Lama x jenguk blog ni, perghhh..dah bersawang rasanya haha...
Ntah nape kebizian melanda. Hujung2 tahun ni banyak pulak assignment yang harus disiapkan. Sib baiklah nak mengadap paper final 1 je...itu pun semput dah rasa2 ni.

Cuti sekolah telah 3 minggu berlalu. Belum sempat lagi mama nak penuhi permintaan anak2. Dorang dok sibuk nak tgk cite STARWARS. Tapi sebab anak2 tengah berpantang lagi, kita tunggu sampai dah baik. Ini pun esok mama nak ke Ipoh, rumah adik di sana. Mak teringin sangat nak pergi, gigihlah mama ayu kena drive jugak. Lagi pun, lepas ni kemana-mana pun memang mama yang kena drive kan. Dah tak jadi co-pilot 😢😢. Nak tido pun dah x boleh....

ok lah, jiwa kena kental hokey...semangat kena KUAT.

Ini kejadian hari ahad yang lepas.



Muka ada senyum...kita tgk senyuman ni kekal sampai keluar dewan berkhatan ke idak ye😉


Dak kembar & rifqi


Tengah tunggu giliran, sib baik along dah daftarkan dulu, kalau tak..alamatnye lambat lagi lah nak nunggu. Dorg punya giliran no 8,9,10


Tada...selesai dah. Majlis berkhatan ni di buat di Masjid Jamek, Abdullah Hukum Jalan Bangsar anjuran Masjid Saidina Abu Bakar. Sorang bayar RM50 . Kalau x, g klinik swasta sekaran ni, mau dekat2 RM300 sorang.


Tengok muka tu semua, senyum menawan korang ye...selamat berpantang..haha
Makan nasi + ikan bilis je lah korang...tp mama x sampai hati, hari kedua dah bagi makan ayam goreng, tp bg sikit je lah

Selesai sudah anak2 ni berkhatan. Syukur pada Allah kerana dipermudahkan segala urusan. Dak kembar ni memang cekal betul...x nangis pun. Good boy anak2. Nanti dah baik, mama bawak makan shushi king.

Jumpa lagi, sayonara !!