Khamis, 3 Januari 2019

Makan tengahari di Restoran Nasi Kambing 40 hari

Assalamualaikum semua..

Bila ko nak menulis jadikan draft, sekali semua tulisan itu hilang...huaaaa rasa nak nangis bila kena type balik.

Tapi disebabkan kenangan itu untuk dikenang, mama tulis lah lagi sekali walaupun presentationnya tak sama macam yang asal. 😐

Trowbek kisah viva kami @ UTM JB. 18/12/2018. Seawal pagi pukul 8.00 pagi mama dah keluar rumah. Sebelum ambil Azean di Bukit Subang, mama singgah sekolah dak kembar dulu sebab nak buat pertukaran sekolah. Dorang dapat masuk asrama Peyakin Klang dan mama perlu uruskan pemindahan sekolah mereka. Pergi pejabat sekolah, pegawai yang nak cop surat tu tak datang lagi, so mama tinggalkan dulu borang. Hari Khamis baru ambil balik. Ingatkan dah lambat, terus shoot ke Bukit Subang, sebelum tu siap-siap isi minyak dan topup touch & go. Pas ambil Yan, ambil Farah dan ambil Anip di Ibusawat LTS, Subang. Perut dah lapar sebab tunggu Anip lama sangat. Hampir 40 minit menunggu, sampai je ajak pergi minum dulu, hakak-hakak dah lapar. Pekena roti canai yang sangat lah gebu dan lembut. Sedap eh...macam nak makan dua keping jek..haha

Perjalanan ke JB mengambil masa dalam 4 jam gitew. Ye ke? Kami singgah di Restoran Nasi Kambing 40 Hari di Yong Peng, Johor. Exit tol Air Hitam, restoran ni dari tepi highway dah nampak dah cuma nak masuk ke dalam tu ambil masa dalam 10 minit jugak. Fisrt time nak makan kat sini. Sebelum ni, arwah suami duk cerita je dia makan nasi kambing power kat sini. Nak bawa kami sekeluarga tapi tak berkesempatan.😭

Jom lah layan gambar..


Muka happy nak makan nasi kambing yang viral tu..



Amekkaw...beratur panjang, padahal waktu ni dah pukul 230 petang okey


Akhirnya….set nasi ni hanya RM13 sahaja


Makanan kami berempat. Kalau kita pergi satu keluarga, boleh lah makan dalam dulang/talam. Harga satu dulang RM 48 jek. Murah kan....dan kalau makan ramai-ramai tu boleh ambil 1 jug air, baru RM 12. lebih jimat ambil 1 jug air daripada beli asing-asing.

Oh ye....restoran ni buka daripada pukul 7.30 pagi hingga 3.30 petang ye...jangan pulak korang sampai kul 4.00, kang kedai dah tutup, melepas pulak nak makan Nasi kambing 40 hari...muahaha

Sebelum keluar ke highway balik, singgah sekejap di Air Hitam. Banyak barang perkahwinan dan kraftangan di jual di sini. Syurga membeli belah bagi bakal pengantin. yang tak pengantin pun boleh je beli...kahkahkah


Sampai dah ke destinasi dalam pukul 530 petang


Check in di Schoolar Inn UTM JB. Kami ambil deluxe room apartment. Harga RM 160/malam. Ada dua bilik tidur, ruang tamu, dapur, balkoni. Sangat-sangat selesa.


View dari balkoni tingkat 7. Rehatkan badan dulu. Pas maghrib kita keluar makan.


Makan malam kat area Taman Universiti. Tak ingat pulak nama kedainya. Roti tu kan, cara makan dia kena cicah dengan kuah ikan tu ye. Roti tu sangatlah lembut tapi sebab kami dah kenyang, tak habis makan pun. Ni sebab kami dah melantak sotong kangkong, sampai ada yang makan nasi pun tak habis 😅

Sampai sini dulu...tunggu episod dua pulak perjalanan viva kami @ JB.

Jumpa lagi, sayonara !!



Rabu, 2 Januari 2019

Viva @ UTM JB

Assalamualaikum semua



Permulaan 2019 yang baik. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan oleh Nya. Kita throwback balik lah kejadian hujung tahun 2018. Meh sini mama ayu nak cerita mengenai pengalaman viva ku di JB. VIVA ni bukan kereta viva eh...tapi presentation untuk penulisan akhir di universiti aka subjek PSM2 Penulisan. 





Kami sampai sehari sebelum nak buat presentation tu. Tarikh presentation adalah Rabu 19/12/2018, so 18/12 tu pagi-pagi dah gerak ke JB. Kami pergi berempat, kalau diikutkan yang nak present tu mama ayu & azean je..tapi yang lagi dua tu nak ikut sekali menemani hakak-hakak nak buat pembentangan. Sesambil tu boleh lah kita jjcm kan...haha (perkara wajib bila jalan-jalan dengan kawan-kawan)

Menunggu tarikh keramat 19/12....seawall pukul 815 pagi kami dah tiba destinasi. Semangat ko sebab dalam email tulis kat situ kul 8.00 pagi kena ada di bilik pembentangan tapi rupanya pukul 9.00 baru start 😌. Kalau tahu start kul 9, bersenang lenanglah mama ayu minum kat café tadi. Hahaha

Ok, saat yang ditunggu-tunggu pun tiba. Debaran terasa, dup dap dup dap jantung ni. Terasa malam tadi tidurku lebih lena di ulit intan...haaa ko. Rasa lama nya lah hai waktu tidur itu, nak katakana sejam dua terbangun ntah berapa kali. Ntah tak nyenyak tidur ke @ perasaan yang bercampur baur sebab takotttt nak present. hahaha

UTM Space dah bagi siap-siap turn nama kita. So mama ayu yang ke dua kena present. Setiap kumpulan tu ada lima orang di mana setiap pelajar akan masuk mengikut turn. Tapi ada jugak yang penilai yang minta semua pelajar masuk sekali dan tengok pelajar lain present. Kumpulan kami di minta masuk sorang demi sorang. Kali ini mama dapat penilai iaitu Dr Tan dan En Lokman. Kedua-dua pensyarah ini tidak pernah pun mengajar mama so memang tak de pengalaman pun dengan kedua pensyarah ini. Tapi ada jugaklah dengar cakap-cakap belakang kan....lecturer ni...gitu gitu lah (biasalah makcik pakcik bawang kan ramai)...tapi mama buat kesimpulan, apa pun yang akan di tanya, kita jawab je sehabis baik. First impression tu penting, jangan bagi emosi mengganggu tumpuan kita.

Sesambil tunggu tu, sempatlah mama borak-borak ngan pelajar full time. Saje je ambil ilmu sikit-sikit walaupun dia masih muda. Student ni dah buat viva, so kita korek sikit info pasal nak berdepan dengan penilai. (sebenarnya nervous jugak masa menunggu tu, student first yang masuk tu nak masuk 40 minit dah kat dalam). Await lah dia tak keluar-keluar lagi ni. Rupa-rupanya, pembentangan ni akan mengambil masa lebih kurang 1 jam seorang student. Ada sesi pembentangan dan sesi soal jawab. Dalam hari, mama berdoa lah supaya cepat-cepat keluar, tidak di tanya soalan yang merapu-rapu & moga Allah permudahkan. 

Tu dia, student pertama dah keluar...turn mama pulak masuk ke bilik pembentangan. Bismillahirahmanirrahim. Dengan lafaz bismillah, mama melangkah masuk. Buka laptop dan buka slide untuk present. Macam biasa kata-kata aluan tu penting. Ucapkan selamat pagi & assalamualaikum..sebut nama penilai satu satu. Jangan ko lupa pulak nama penilai ye...dua orang je tak kan tak boleh ingat kan...hahaha. Tujuan saya pada hari ini adalah untuk membentangkan PSM saya bertajuk….bla bla bla. Membebellah ko sorang-sorang kat depan tu. Owh ye...setiap penilai tu kehendak mereka tak sama ye. Penilai mama hari tu kata, kita buat present secara santai, mama terangkan apa yang ada kat slide dan mereka akan bertanya dan bersoal jawab terus, then mama pun ok jek lah kan.

Sedikit tips kat sini, pastikan slide yang nak di presentkan itu ambil yang penting-penting aje ye..contohnya Pengenalan, objektif dan soalan kajian, kajian menggunakan model apa...etc TAM model, TRA model dll. dan dapatan kajian. Dapatan kajian ni sangat penting masa korang nak present sebab penilai akan tanya banyak pada bahagian ini. Pastu pastikan setiap yang korang perkatakan ada hubung kait dan mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Biar nampak logik dan yang penting hasilnya adalah dari air tangan sendiri. Kita perlu faham apa yang kita buat walaupun kita banyak refer dari jurnal-jurnal lain dan senior kita. Slide mama hari tu hanya 15 muka surat sahaja, maka memang tak banyaklah yang ditanya oleh penilai. Lagipun mereka dah dapat report yang kita buat dan telah buat semakan terlebih dahulu.

Mama terkesan dengan cakap salah seorang penilai mama. Pensyarah tu cakap "kita di sini bukan untuk mencari kesalahan student, tapi kita di sini ingin membetulkan dan memberi pendapat jika ada tambahan yang boleh student buat supaya mereka boleh menghasilkan output yang lebih baik". Haaaa...lega ko. Mama rasa tak sampai 30 minit, mama dah selesai membuat pembentangan. Maka keluarlah mama dari bilik dengan senang hati. Wah...lega sangat rasanya bila dah habis present. 😄😄

Tunggu azean pulak keluar dari bilik dia. Dia dari kumpulan lain dan semua student di minta masuk sekali dalam bilik semasa presentation tu. Menunggulah mama kat luar sesambil borak-borak dengan kawan-kawan kat sana. Maklum lah, orang yang dah habis present ni, dia punya seronok lain machiam….hahaha, dah selesai hazab katanya. hihi

Masa borak-borak tu macam-macam lah cerita yang keluar dari mulut student. Biasa lah kan, setiap penilai tu tak sama kriteria yang dorang nak tengok. Ada satu group tu, penilai siap minta soalan kajian. Haaa, ambik ko, mana nak cari printer nak print soalan kajian tu pulak kan. Sib baiklah mama dapat penilai yang humble dan simple-simple aje. Yang mana ado je lah kan.

Begitu lah kisahnya viva mama ayu. So korang-korang yang belum buat lagi tu, bersedialah dari sekarang. Hendaklah kita sentiasa berbaik sangka dengan penilai kita walaupun mungkin ada yang mengatakan " abislah ko dapat Dr....En ni….siap sedia lah". Kita berserah pada Allah semoga dilembutkan hati penilai kita dan berasa tenang je bila menjawab soalan tu. hehe. Tak perlu rasa gusar dan resah...kita ada DOA yang boleh di titipkan untuk diri kita sendiri.

My best friends - UTM TM


Sampai sini aje, nanti mama cerita kisah dua hari mama pergi viva @ JB (JJCM pulak).

Jumpa lagi, sayonara !!

Selasa, 1 Januari 2019

Welcome 2019

Assalamualaikum semua..

Dah masuk tahun baru 2019 kalau ikut kalender omputih. Kalau ikut calendar Islam belum lagi lah ye...dikesempatan ini mama ayu nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2019. Semoga tahun ini membawa kebahagian, kegembiraan, ketenangan, kesenangan, dan pelbagai bentuk lah anugerah yang Allah berikan kepada kita sebagai makhlukNya.



Ok, banyak betul nak cerita ni tapi siaran tergendala sebentar. Nampak sangat mama sibuk kan...hujung-hujung tahun memang camtu lah. Mana ngan aktiviti taman, aktiviti belajar, aktiviti anak-anak dan yang paling penting tu, final exam untuk semester ini merangkap final year mama. Maka dengan ini, tamatlah satu bab bagi mama - habis dah pengajian di UTM selama 5 tahun. Mengharungi 5 tahun yang penuh suka duka, tawa ria, pening lalat pun ado...hahaha.

Nanti mama cerita eh...nak masuk keje dah ni. Hari ni rileks-rileks sikit uruskan anak-anak sekolah. Anak-anak dah besar, boleh berdikari sendiri. Kepada mak-mak, bapa-bapa yang anak mereka baru nak masuk sekolah darjah 1 tu...mama doakan urusan kalian dipermudahkan. 

Jumpa lagi...sayonara !!