Ahad, 10 Mac 2019

Sambung Belajar?

Assalamualaikum semua..

Rasa-rasa kalau mama sambung master ok tak? hahaha. Boring pulak hujung minggu tak ada aktiviti. Sebenarnya bukanlah tak ada aktiviti langsung tapi sebab rasa sunyi yang kian melanda. Rasanya dah boleh kot mama menyibukkan diri dengan kelas hujung minggu?

Masih berfikir lagi ni, moga Allah memberi jalan keluar yang sebaiknya.

Jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 6 Mac 2019

Sepi

Semalam dapat email dari UTM pasal convocation. Hmmmm, terasa hati ini bagai dihiris sembilu, tidak tahu kenapa. Mungkin sebab orang yang selalu memberi aku sokongan dan dorongan telah tiada. Tapi itu bukan setakat mungkin, itu adalah pasti. Aku merinduinya sampai kini 😭💔

Sumber dari FB


Lirik lagu Hujan Sepi nyanyian Ippo Hafiz

Hujan terus turun
Mendengar sayu sepinya hati
Menanti kembalinya irama hati
Pengubat mimpi jiwa terisi

Sudah puas sudah
Diri dinanti oh tidak kembali
Terus mendoakannya agar dia tetap ingati
Di sini aku kau menjelmalah

Aku tak bisa
Untuk kenangi masa tika kita bersama
Peritnya rasa hati tiada yang mengerti

Tetaplah di sini teruskan menanti

Tetaplah di sini teruskan menanti
Tetaplah di sini


Nota hati: separuh jiwaku pergi 💕💔

Selasa, 5 Mac 2019

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

Assalamualaikum..

Petikan dari WhatsApp group, mama tepek lah kat sini untuk reference.

Siapa Org pertama menemukan telepon ? Jawab nya : Alexander Graham Bell ..

Nah...kalau org pertama tulis bismillah Sapa ??

Pening kan?

Kasihan kalau anak- anak kita tanya kepada Ibu/Bapa...Boleh jawab tak ?

simpan catatan ini ya.

Mari kita kenali Islam !

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
-----------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhitan : Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan sa'i antara Safa & Marwah : Sayyidatina Hajar

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi Khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan Kalender Hijriyyah : Umar bin Al-Khattab

10. Orang yang pertama meletakkan Jabatan khalifah dalam Islam : Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Haris bin Abi Halah

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan menyerukan adzan: Bilal bin Rabah

17. Orang yang pertama sholat dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib

18. Orang yang pertama membuat mimbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary

19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah : Zubair bin Al-Awwam

20. Orang yang pertama menulis sejarah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama menggagas usul fiqh : Imam Syafi'i RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan umum: Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar bin Khattab

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an setelah Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib

28. Orang yang pertama membangun menara di Masjidil Haram Mekah: Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.              

Sekian, jumpa lagi...sayonara !!