Rabu, 22 Mei 2019

Iftar Peyakin Klang

Assalamualaikum..

Hari ini merupakan hari Nuzul Quran, 17 Ramadhan dan juga merupakan hari cuti bagi warga Selangor. Dikesempatan ini, marilah kita bersama-sama memohon keampunan daripada Allah SWT. Terlalu banyak pahala yang boleh kita perolehi terutama di dalam bulan ramdhan ini. Jom rebut pahala banyak-banyak 😍😍😍

Dan buat tahun ini merupakan tahun pertama dak kembar berpuasa di asrama. Terasa sunyi lah jugak sebab selalu ada semua anak-anak bersama-sama berbuka puasa. La ni tinggal bertiga je berbuka. Rindu pulak kat dak kembar.

ok, tak tahu nak cerita apa, jom lah layan gambar yang di kirim dari pihak peyakin dalam wasap group.













Gambar-gambar di atas adalah majlis berbuka puasa di Hotel Istana Kuala Lumpur













Dikesempatan ini, mama nak ucapkan terima kasih kepada pihak Peyakin Klang kerana telah memilih dak kembar untuk duduk di asrama Peyakin. Mama sangat-sangat bersyukur kerana semua ini berlaku atas kehendak Allah jua. Semoga pengurusan Peyakin terus maju jaya dan mendapat rahmah dari Allah SWT.

Jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 8 Mei 2019

Bila rindu itu datang...

Assalamualaikum semua..

Masuk hari ke-4 Ramadhan. Betapa pantasnya masa berlalu. Terasa seperti baru kelmarin aku kehilangan insan tersayang dalam hidup. Masih terbayang diruangan mata betapa hari itu menjadi sejarah dalam hidup di mana aku bergelar seorang balu.

RINDU...

Di kala aku sedang memandu kereta, air mata ini bisa jatuh mengenangkan kembali saat-saat indah bersamamu abang. Ntah lah, satu kenangan yang tidak mungkin aku lupakan dalam hidup. Hanya orang yang mengalaminya sahaja yang tahu bebanan yang di tanggung. Hidup tak semudah yang di jangka. Orang melihat kita dari sudut yang berbeza. Apa yang di tayangkan terkadang tidak serupa dengan apa yang terlihat. Ini adalah kerana manusia mempunyai persepsi dan pandangan yang berbeza. Ada masanya, aku terasa masih belum puas bersamamu menikmati hari-hari tua kita. Tapi itulah, suami adalah pinjaman dari Allah SWT  dan sampai masa, ia perlu dikembalikan. Begitu juga dengan mak, abah, anak-anak yang sangat kukasihi, sampai masa...samada aku atau mereka yang pergi dulu. Betapa sakitnya hati dan perasaan ini. Satu perasaan, satu rasa yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. 😭😭😭

Ya Allah, Kau kasihinilah mereka yang aku sayang. Jadikanlah aku dan mereka, insan yang Kau pilih untuk dikasihi dan disayangi. Kami memerlukan perhatianMu Ya Rabb. Lindungilah kami, jadikanlah kami umat Nabi Muhammad SAW dan berilah pengakhiran yang baik buat kami.

Menjadi ibu tunggal….

Rasa ini, hati ini..hanya Kau yang mengetahui. Bila kami ibu-ibu tunggal bercerita sesama kami, akan ada air mata di tubir mata kami kerana kami memahami perasaan yang sama, melalui pengalaman yang sama. Walaupun ada perbezaan, tetapi status balu itu tetap sama. 💑💔 Itulah ujian yang harus kami terima. Menerima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.

Ya Allah, jadikan kami seorang ibu yang cekal hati dalam membesarkan anak-anak. Kami tahu itu tidak semudah yang disangka tetapi kami mohon agar Kau berikan kami kekuatan dan ketakwaan yang tinggi dalam mendidik anak-anak kami. Jadikan kami, anak-anak kami dan zuriat keturunan kami, dalam golongan yang tetap mendirikan solat. Berilah kami keberkatan hidup di dunia sebagai bekalan kami di akhirat sana.

Semoga kita semua menjadi insan yang patuh akan suruhan Allah dan berpegang teguh atas jalanNya. Dan semoga kita terus istoqamah dalam melakukan kebaikan.

Aamiin ya Rabbal'alamiin.

Isnin, 6 Mei 2019

It's My Day @ Konvokesyen ke-62 UTM

Assalamualaikum semua..


Hari kedua kita berpuasa. Selamat menjalani ibadah puasa semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan dirahmati selalu. Dugaan bagi orang-orang Klang kerana sudah 3 hari tiada air kerana paip air pecah. Bersabarlah dengan dugaan yang diterima. 😇

Hari ni mama bagi layan gambar je lah ...corat coret konvokesyen yg ke-62 UTM. Alhamdulillah selepas berhempas pulas selama 5 tahun, akhirnya dapat mama menggenggam segulung ijazah. Terlalu banyak pengalaman pahit manis sepanjang pengajian yang telah ditempuh. Syukur dengan kasih sayang yang Allah beri pada mama dan keluarga. Alhamdulillah..

Selasa 30/4/2019 ~

































Biarlah gambar berbicara ye....muka banyak senyum hari tu sebab it's my day hehe....tengah cari member nak sambung master pulak...haaaaa, ada sape2 nak join mama meh wasap tepi...hihi 👀👀

Jumpa lagi...sayonara !!