Khamis, 10 Mac 2016

Gerhana Matahari

Assalamualaikum..


Semalam 9/10/2016 terjadinya gerhana matahari di bumi Allah ini. Semua dok standby nak tengok kejadiaan yang jarang sekali berlaku. Rasanya dalam pukul 7.00 - 8.30 pagi. Subhanallah..Allah Maha Besar menunjukkan kehebatan di langit dan di bumi. Terasa kerdilnya kita sebagai hamba, semoga perjalanan hidup kita semua diberkati-Nya. Aamiin


Alhamdulillah...banyak juga masjid-masjid dan surau-surau menganjurkan solat sunat gerhana matahari, termasuklah surau opis tempat keje mama ayu


Dari lensa camera h/phoneku....gambar di ambil saat berhenti di traffic light


View dari tempat parking keretaku..


Gambar ni diberi oleh rakan whatsapp....owh, baru ku tahu kalau nak tengok gerhana matahari ni, kena pakai cermin mata ala2 korang nak tengok cite 3D, kalau tak pun...leh guna negatif filem
ps : ada yang guna filem x ray pun adooo...haha

ok, bye...sayonara !!

Rabu, 9 Mac 2016

Korean Dodo

Assalamualaikum uolls..

Aduh!! Lama betul tak bersiaran ye...bizi lah sangatkan tuan punye blog sampai tak sempat-sempat nak update. Eh korang, kat sini ade peminat korean drama tak? Mesti ada kan...lama jugak mama ayu tak tengok drama korea, melayan drama melayu pulak sekarang ni...hehe

ok lah, nk cite sikit kat sini, sebab dah janji dengan anak-anak nak makan ala-ala korea kan, en suami pun bawaklah kitorang ke Dodo Korean. Ari Sabtu ari tu, sebab en suami antor mama ayu g school & anak-anak pun ikut sekali, meh lah kita makan kt Dodo ni ye..tempatnye kat dalam The Intermark KL, Jalan Tun Razak, berdepan dengan tempat mama ayu belajar ni - UTMSpace.

Kat dalam the Intermark Kl ni, banyak betul restoran yang high class ko..tapi kat bawah sekali ada foodcourt & bermacam variety makanan & minuman. Mama ayu kalau time rehat, mesti datang sini ngan kengkawan. Ada satu mamak stall tu murah dan sedap masakan dia, kot-kot lah korang tersinggah kat sini kan, kena cuba tau...


Dodo Korea, The Intermark KL


The foods - ada nasi, buah, daging masak ala kicap ( seriously memang sedap..), kimchi ( dah namanya masakan korean kan, wajib ada kimci kan ), ayam goreng ala madu ( yang ni pun sedap) , sotong, udang , fish&chip ( yang ni pun sedap gak especially bila dah letak mayonise & salad ) dan ada lagi 2,3 lauk yang akan berubah-ubah tiap kali korang makan kat sini


Memang sedap makan kat sini...satu tray ni RM13 jek, kenyang sampai ke malam ko..haha


Anak-anak tengah menjamu selera, first time dorang makan ni (prepare untuk ke Korea satu hari nanti yek...huhu)


Mak pak melayan anak-anak makan....sebab memang tau dorang tak akan habis punye 1 tray tu...kalau untuk si kakak tu, gerenti abis punye


tadaaa...eh sesat pulak makanan ni...rojak mamak satu, hehe
rojak ni mama ayu punye, sebab tak nak makan nasi...mama ayu order rojak je. satu pinggan ni RM4.50 sahaja. Rasa dia memang marvelous, nyum nyum

Perut pun dah kenyang...mama ayu g school, anak-anak en suami anto umah nenek. Malam ni kite tido umah nenek. Yahoo..

ok bye, sayonara !!

Jumaat, 26 Februari 2016

Rombongan Pasti Al Hikmah @ Kidzania KL

Assalamualaikum...

Bersua lagi minggu ni, korang ape khabar? Diharapkan kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah S.W.T. Semalam mama ayu cuti, ikut anak g rombongan @ Kidzania KL. Ini pun sebab en suami ajak g sekali..konon2 nak tengok anaklah katanya...hehe

So, sape yang dah pernah pergi ke sana bawak the kiddos? This my opinion, kalau nak pergi bawak anak-anak tu, biarlah umur dorang dlm lingkungan 7 tahun ke atas. Sebabnya anak2s yang sekolah tadika ke bawah ni, belum banyak yang dorang boleh explore, nak masuk semua tempat pun tak boleh...ada had umur pulak, tapi kalau sebagai pendedahan ok je lah. Just mama ayu punye pendapat & pandangan yek

Jom layan gambar di bawah ni...


Ini budak tecik pepagi dah bangun...cikgu suh tunggu kt sekolah kul 730 pagi, masa ni en suami hantar sebab mama tak siap2 lagi bersolek kt rumah...hahaha


Kul 830 pagi mama ayu & en suami keluar rumah tp sesaje lalu kt depan sekolah sebab nak jenguk samada rombongan dah bertolak ke belum...tengok ada bas besar kt depan kedai tu, kitorang turun & masa tu tengah baca doa selamat dalam perjalanan


Welcome to Kidzania

Disebabkan mama ayu naik kete sendiri, kami yang sampai dulu dari rombongan Pasti...hehe
snap dulu ape2 gambar yang boleh di snap, pestime datang sini wei, next time nak bawak semua anak2 datang sini


Kaunter @ Kidzania...mama ayu beli tiket guna www.groupon.my, dapatlah harga murah sikit RM33/sorang. Kalau guna online http://www.kidzania.com.my/ pun leh dapat murah gak..terpulang pada masing2. Beli tiket kat kaunter : Dewasa RM39 Kanak2 RM 80. Kekonon fefiling naik kapal terbang...kaunter pun tulis Air Asia kan..hehe
Sebelum masuk tu, kanak2 diberi cek bernilai RM50 untuk di tukar kat CIMB bank yang ada kat dalam Kidzania. Tujuannya sebagai perkenalan bagi bebudaks ni macamana nak gunakan duit yang ada


Adalah dalam 42 orang yang dapat mengikuti rombongan ni, semua anak2 beratur masa nak cashkan cek


Ntah faham ke tidak dak kecik ni pasal duit kan...x pe, yang penting pengalaman tu kan...


Duit ni digunakan untuk masuk ke setiap tempat jenis pekerjaan. Ada jugak tempat masuk yang free, tak perlu bayar malahan majikan yang akan bayar kepada mereka konon2nya telah melakukan kerja, ala-ala praktikal lah ni, dah siap keje dapat duit


Antara jenis pekerjaan yang sempat mama ayu snap..antaranya KPJ Specialist Hospital, Siemens, Bomba, Spritzer, Stesen TV dan banyak lagi...walaubagaimanapun TM tetap di hati, huahuahua


Tak ramai kanak2 yang boleh masuk dalam satu2 masa kat satu tempat, kena pecah2kan bebudak ni pada satu kumpulan kecil dalam 5-6 orang. Tempat pertama yang dilawati oleh liyana & kengkawannya. Nak masuk sini bebudak ni kena bayar RM10, guna duit yang dorang dapat tadi

Tempat ke-2, company computer - kat sini pulak bebudak ni dapat RM8 sebagai gaji dorang selama 20 minit. Tu cikgu hensem yang ajar bebudak ni. Siap pakaikan baju lab lagi...hehe


Hasil tangan Liyana di Stabilo

Tak banyak tempat yang sempat di lawati sebab ramai orang + setiap tempat tu boleh masuk dalam 5-6 orang sahaja. Lagipun masa terhad sebab rombongan pas ni nak ke Muzium Cokelat..kul 130 bebudak ni dah keluar dari Kidzania...lain kali leh g sini tp dengan abang2 nye pulak. Owh ye...kalau g sini haruslah korang bawak air sorang satu ye...nak beli kat dalam ni memang rasanya tak berbaloi, mahal ko...

Tunggu anak naik bas, mama & ayah nak g dating pas ni...


ok, dah nak dekat pukul 2pm...perut pun dah berkeroncong, decide dgn en suami nak makan kt Seoul Garden. Memang melantaklah makan kan, lebih2 lagi en suami yang belanja


Ni kat Seoul Garden Setia City Mall...rasanya macam dorang dah upgrade menu & rasa masakan. Soup tomyam die pun sedapp gilos dan banyak pilihan sushi kali ni

Perut pun dah kenyang....balik rumah tido zzzzz. Jumpa lagi yo, sayonara !!