Rabu, 16 November 2016

Lunch Date

Assalamualaikum semua..

Hehe...seminggu menyepi, banyak keje pulak sepanjang minggu lepas. Event sana sini & disebabkan mama ayu pegang jawatan dalam kelas KSK, kena lah uruskan apa yang patut. Sib baik ada teman yang menemani. Tapi ari ni mama ayu nak cerita kisah semalam lah. Lunch date dengan mak & adik kesayangan ditemani oleh anak2ku & anak buah. Lagipun groupon ada buat offer, so haruslah grab cepat2 eh. Untuk korang yang suka makan kat Seoul Garden ni, sometimes groupon ada buat offer murah2...1 kepada dlm RM30 jek tp kali ni dorang offer kat IOI Puchong je.


Kami sampai dalam kul 12pm, memang ngam2 time makan lah tu kan. So, secara sahnya kami yang merasmikan dulu masuk kt Seoul Garden ni...hehe


Aiskrim...kecur air liur ko


Mak mama ayu memang suka makan kat sini sebab mak kata banyak variety sayur. Sampai2 jek terus amek nasi sbb dah lapar kan. Mama ayu makan shushi dulu tapi rasanya kali ni tak banyak pilihan shushi tapi merasalah jugak.


Wany & aliya...sebelum2 ni tak bawak lagi dorang ni makan bersama ngan mak, baru kali ni dapat bawak...tak rugi lah bawak dorang sebab memang jenis kuat makan kan..tambah2 lagi dak Awie tu, mahu 1 kilo udang untuk dia je...hihi


Me & adik kesayanganku. Kami 2 beradik je perempuan, yang lain semua lelaki.


Happy tummy..

.
Bergambar bersama nenek kesayangan..

.

Penuh meja ko...gendang gendut tali kecapi kenyang perut suka hati...hehe


Pas makan ada masa lagi...kita main bowling lah pulak. Bukan selalu pun kan. Lagipun kat IOI Bowling ni dorang bagi main 2 frame tapi bayar utk 1 frame je..kira macam buy 1 free 1 lah ni


Makku yang sporting...terbaik


Us..wahili's family


Haaa...baru nampak muka dak awie kat sini. Dah besar2 ni susah nau nak amek pic dia


Enjoyyy.....next time kita together2 lagi

Masa main bowling tu, kat luar hujan lebat. Sib baik bila dah abis game, hujan pun dah teduh. Usai habis tu, adikku Seha hantar mak balik ke Bangsar. Mama ayu & anak2 terus balik ke Klang. Sib baik jem tak teruk sangat, dalam kul 530 sampai rumah. Satu hari keluar, ibarat macam g kerja pulak...hehe. Apapun semoga ikatan ini terus mekar selamanya. In shaa allah

Jumpa lagi, sayonara !!


Jumaat, 11 November 2016

Kursus Teaming With Passion (TWP)

Assalamualaikum..

Seminggu menyepi, bizi bebenor mama ayu minggu ni. Al maklum lah kursus 2 hari kat SACC. Sekali sekala pergi kursus enjoy jugak lah kan. Asyik terperap jek kt opis tu, kita hirup udara luar pulak...hahaha
Sebenarnya nama mama ayu naik utk kursus ni pun sebab salah bagi ctc no. Mama ayu tak dapat email invitation pun tp tetiba je dapat sms suh pergi kursus. Pastu tup tup ada orang call, tanya nama member kat opis ni..rupa2 nya invitation by sms tu utk orang lain, patutlah mama ayu tak dapat email...hihihi
At last, dorang suh mama ayu pergi gak, and dapatlah email rasmi dari TM...hehe


Tak sempat ice breaking ( sesi perkenalan ) sebab datang lambat...hahaha
Datang2 jek terus dengar taklimat


Sesi coaching bersama team TWP (sori mama ayu kalau tang nama orang tu memang susah nak ingat)


Bersama leader & angel2 team TWP ( orang kuat dalam kursus ni, kalau dorang tak de alamatnye tak berseri lah kursus ni...). Memang happening giler lah 


My team - GREEN
Setiap kumpulan ada dalam 8-10 orang. Ada 6 kumpulan lain yang diwakili oleh kumpulan orange, purple, blue ( i like this colour but dpt green, ok lah jugak kan), pink and grey


Bergambar dalam acara main baling dadu pulak...dah besar2 baru nak main balik permainan ni...hehe
Sekali sekala pergi kursus macam ni memang best kan...release sikit otak ni


Sebelum balik tu, nama kitorang di pilih utk the best buddy - pilihan dibuat berdasarkan pasangan yang terbaik, maknanya kalau pergi mana2 pun berdua jek - g makan ke, g jalan2 ke, pegang tangan buddy ko tu...mesra lah kata kan hihi


Berdua lebih baik..


Sebelum balik, mesti bergambar dulu...

Untuk kursus 2 hari TWP ni, ada macam2 games yang dorang buat. Bukan baling dadu je tau, ada games yg naik kapal terbang lah - pergi dari satu airport ke airport yg lain ( games ni kira macam sesi interview lah, kita kena dapatkan airport yg kosong maksudnya orang yg kita nak tanya tu ada yang kita tak kenal, sbb utk kursus ni ada macam2 unit yang datang, so kita tanye lah so. yang dah disediakan tu). Ada gak nyanyi2..kena joget pun ada. Kitorang kena buat persembahan pendek di SACC Mall selama 3 minit pastu kena terus menghilangkan diri...memang lawak lah time tu tp enjoy gak sebab pengunjung kat SACC Mall tu ada yang terpegun @ terperanjat dengan lakonan kitorang...hahaha
Makanan memang best lah..complete dari sarapan pagi, mkn tengahari sampailah ke minum petang. Rasa pun ok, ada yang sedap bangat. Kenyang perut suka hati..hihihi

So untuk staf2 TM tu, yang mana tak pergi lagi kursus ni, pergi lah korang...sekali sekala kita kena enjoy !!

Jumpa lagi...sayonara !!

Isnin, 31 Oktober 2016

Balik kampung lagi...

Assalamualaikum..


Sejak mak buat rumah kat kampung ni, maka keraplah kami adik beradik balik kekampung. Pantang ada cuti jek..hello2 adik beradik sape2 yg free jom kita balik kg. Cumanya balik kali ni, adik yg bongsu tu bwk kawan2 dia datang rumah. Ada lah nak dekat 15 moto kot. Dorang travel dari KL ke Melaka pagi sabtu cuti Deepavali. Kitorg dah cadang nak buat bbq malam tu. Siap2 tempah kambing kt member adikku Seha. Ayam pulak, geng2 adik yg bongsu dh buat collection utk ayam & siap perap dah.


Di hadapan rumah bonda. Cantik view ni. Credit to adikku achik sbb amek pic ni.
Nampak tak bongkah2 kayu tu, itulah batang pokok manggis. 2 bulan lepas, pokok2 ni tumbang mencecah ke bumi akibat ribut. Pak usu panggil tukang pokok utk belah batang2 pokok ni dan inilah hasilnya setelah di tebang....hihi


Jam kul 10am adik bongsu wasap suh masak asam pedas. Gigihlah kami bwk mak ke pasar sbb nak cari ikan, nak masak asam pedas dan ikan yg paling win kalau masak asam pedas ni ialah ikan pari. Yummy....hasil air tangan adikku achik. Mak kata dia tak nak masak, suh anak masak pulak. Mama ayu tukang potong cili je lah...hihi tanganku x de skill kalau nak masak banyak2...


Lauk of the day...walaupun 3 jenis je tp 2 kali tambah nasik wei...hilang diet


Sesambil masak, the making of kuah asam utk bbq malam nnt. Lagi air tangan acik.


Dalam kul 330 pm, adik bongsuku & kawan2 dia pun sampai...apa lagi, terus serbu kt dapur sebab perut masing2 dah lapar kan. Sib baik tuan tanah dah makan dulu hihi
Bagus sungguh budak2 ni, pas makan basuh pinggan sendiri ko. Time dorg makan mama ayu lupa nak amek gambar sebab tgh sibuk goreng telor kt dapur...haha


Usai maghrib, ready for bbq dinner


Air asam + sos blackpapper + bawang holland + cili sos...kuah kicap jek x de


Untung betul...ramai nau tukang masak


Menunggu ayam & kambing bakar...amboiii, berpeluh-peluh ko dik


hasilnya....yummy
gambar kredit to acik sbb sepanjang kitorng makan tu, gambar makanan satu pun x amek...huhuhu
ni pun gambar pinjam....haha


Kejadian hari ahad sebelum masing2 pulang ke destinasi. Bila dah duk kampung ni, gunakan semua bahan yang ada utk pergi memancing. Asalkan ada kayu + joran, boleh lah kalau setakat nak tangkap ikan puyu...hehe


Aktiviti budak2 bujang....sekali sekala. Dak awie tu tunggu masa je tu. Kang kalau dah dapat moto sebijik, memang tak lekat kt rumah lah. Buat masa ni, en suami bg basikal je lah utk pergi balik sekolah. Tunggu dh 16 thn nnt, baru leh kira2 nk beli moto pulak.

Itu je lah aktiviti kat kampung ni. Anak2 memang tak rasa penat kalau dok sini, tahan pulak tu mata dorg x tido...tp bila masuk kete je, tak sampai separuh jalan dah hanyut...ketidoran semua,hahaha...

Jumpa lagi ye kawan2...sayonara !!