Jumaat, 22 Mac 2024

Serahkan Urusan Pada Allah

 Assalamualaikum semua...

Selamat berpuasa...dah masuk 11 hari, sekejap je masa berlalu. Semoga puasa tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Syukur alhamdulillah, terlalu banyak nikmat yang Allah beri. Walaupun di uji dengan bermacam masalah, semoga Allah jua memberi jalan penyelesaianNya.

Aku serahkan segala urusan kepada Allah, moga kami sekeluarga selalu dalam rahmat kasih sayang dari Nya. Pembukaan tahun 2024 yang indah, hajat untuk menunaikan umrah pertama sebelum umur menginjak ke 45 dikabulkan Allah. Betullah seperti yang di kata, menunaikan umrah ni bukannya mudah tetapi andai masa itu tiba, segalanya menjadi mungkin. Sungguh disaat aku tidak punya apa, Allah lorongkan untuk menunaikan umrah bersama emak tersayang. Betapa perancangan Allah itu Maha Hebat. Berbekalkan duet penjualan saham TM, dapat juga aku ke sana. Tujuanku hanya satu, memohon pengampunan sesungguhnya kepada Allah SWT. Betapa aku insan yang sangat berdosa, mengharapkan pengampunan dari Allah SWT. Sungguh aku harapkan taubatku diterima Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Allahu...betapa besarnya kasih sayang Allah.

Buat emak yang sangat angah sayangi, terima kasih atas segalanya. Emaklah penguat angah untuk meneruskan sisa kehidupan ini.

Buat anak-anak yang mama kasihi, terima kasih kerana menerima baik buruk mama. Mama tetap akan buat yang terbaik untuk semua dan sentiasa mendoakan agar anak-anak mama berjaya di dunia dan akhirat, mendapat pekerjaan yang baik dan mendapat jodoh yang baik. Semoga anak-anak mama sentiasa hidup dalam kasih sayang sesama kalian dan saling hormat menghormati.

Buat adik beradikku, terima kasih atas keprihatinan kalian pada adik & kakakmu ini. Angah doakan semoga kita semua berbahagia dengan kehidupan & keluarga masing-masing, saling bertolak ansur dan sentiasa ingat mengingati.Semoga ukhuwah yang terjalin menjadi semangat kepada anak-anak/anak-anak buah untuk saling bersama di bawah satu bumbung.

Buat rakan-rakan sekerjaku, terima kasih di atas tunjuk ajar dan bimbingan di tempat baru. Walaupun kita di bawah satu bumbung TM, banyak lagi pengalaman dan pengetahuan yang perlu aku pelajari. Honestly, i'm happy di sini bersama rakan-rakan semua.

 Alhamdulillah untuk semuanya...

Dan ada pencapaian lagi di tahun ini. Berkat pergi tengok rumah dengan mak, akhirnya salah satunya dapat di beli juga. Terima kasih Allah kerana memudahkan urusanku. Ya Allah, aku serahkan segalanya kepadaMu, hidupku, matiku, ibadahku, urusanku, anak2ku kepadaMu. Bimbinglah kami ke jalan yang lurus,  matikan kami dalam keadaan husnul khatimah. Tetapkan iman kami...Aamiin Ya Rabbal'alaaminn...

Terima kasih Allah, terlalu banyak yang perlu disyukuri. 

Sayonara!!

Khamis, 21 Disember 2023

Redha Allah

 Asslamualaikum dan Salam Jumaat yang indah...

Untuk sekian kalinya aku menulis menyatakan isi hati ini. 

Ya Allah,

Ajari aku untuk redha terhadap anak-anakku dengan sekikhlasnya. Bantu aku Ya Rahman, sebagaimana Engkau memudahkan jalan buatku, maka Kau permudahkan juga perjalanan anak-anakku menuju akhirat sana. Jadikan aku, anak-anakku dan zuriat keturunanku dalam golongan yang mendirikan solat, Ya Allah...perkenankanlah permintaanku, aamiin.

Ya Allah,

Terlalu banyak kenangan yang tercipta di tahun 2023 ini. Suka duka silih berganti. Terima kasih atas segala kasih sayangMu Ya Allah. Kau hadirkan insan-insan yang memberi pangajaran terhebat buatku. Terima kasih kerana mengingatkan aku tentang segalanyanya. Kasih sayang, pengorbanan, air mata yang telah memberi pengajaran buatku untuk tidak berpaling lagi. Sesungguhnya Ya Allah, aku dapat merasakan kasih sayang Mu terhadapku. Permudahkan segala urusanku Ya Allah. Semoga jihad ini menjadi asbab untuk aku ke syurgaMu. In shaa Allah

Ya Allah,

Aku bersyukur atas segala yang menimpa diri ini. Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk aku bertaubat dan menghiasi dunia ini tanpa perlu kepura-puraan. Betapa cinta dan kasih sayangMu sangat Agung. Terima kasih Allah, semoga hidupku sentiasa di bawah rahmat dan lindunganMu. Jadikan aku tetamuMu yang paling istimewa Ya Allah, sungguh aku rindu untuk ke rumahMu, melihat keindahan dan mengabdikan diri sepenuhNya kepada Mu Ya Rabb, Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kuserahkan segala urusanku, hidupku, matiku, ibadahku hanya kepadaMu Ya Allah. Lindungi dan sayangi aku Ya Allah, aku hambaMu yang lemah mengharapkan ehsanMu dan kasih sayangMu. Aamiin

Semoga tahun 2024 membawa sinar baru dalam keluargaku.

Sayonara!!


Ahad, 1 Januari 2023

Semuanya Kepunyaan Allah...

 Assalamualaikum semua...

Lama nau tak menulis, idea pun tak berapa nak ada tapi bila tengah lapang ni, jari jemari elok je nak menaip cerita.

 


News feed ni tetiba lalu di wall masa scroll fb...ha amek kau...ayat dia tu menarik perhatian aku. Benda yang berlaku pada diriku di saat dulu dan sekarang...tapi aku lebih sukakan ayat yang kat bawah tu, ibaratnya "buat baik berpada-pada" 😇. Kebanyakan orang sekarang hanya menggunakan orang lain di saat susah, di saat memerlukan pertolongan tetapi bila kita dah tolong, sunyi sepi pulak...hahaha, nasib2x. Betullah orang kata, yang meminjam buat lek je, yang kasi pinjam ni bersusah payah nak dapatkan duet dorang tak tahu.

Aku rasa semua sedar, memang duet yang kita dapat, bukan semua hak kita. Ada bahagian untuk ibu bapa, ada bahagian untuk anak-anak, ada bahagian untuk keluarga dan untuk yang lain-lain. Andai kita bersyukur atas nikmat yang Allah berikan, pasti Allah beri kecukupan dalam urusan harian kita. Bagi aku sendiri, andainya tiada orang lain yang datang dalam kehidupan familyku, pasti aku dah bersenang lenang. Tapi Allah tak mendatangkan ujian hidup yang tidak bersesuian dengan kesanggupan kita. Allah uji sebab Allah sayang, Allah uji sebab kita mampu atas setiap ujian yang diberikan. Cara dan bagaimana kita mengatasinya, mengikut pedoman dan pegangan masing-masing. 

Allah is the Best Planner. Dia yang merancang dan Dia yang menentukan. Kita percaya pada Qada' dan Qadar. Doa adalah senjata bagi golongan mukmin, maka berdoalah dan setiap dari doa kita, Allah mendengarnya. Kabul atau tidak adalah rahsia Allah. Andai kita dekat padaNya, kita akan tahu dan kita dapat rasakan bilamana satu-satu doa yang kita mohon dimakbulkan. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Ramai manusia yang baik tetapi nak dapatkan hati yang bersih suci tu mungkin satu dalam 10. Circle aku tak besar, jadi aku ambil 10 je...hehehe. Tapi aku tahu, bff aku tetap yang terbaik dikalangan kawan-kawan yang mendampingi. Mereka adalah sahabat dan teman. Aku salute dengan persahabatan ini. Semoga kita menjadi sahabat di dunia dan akhirat. Aku doakan kalian berbahagia selalu, dilimpahi rezeki, dapat kita bersama2 walaupun sebulan sekali kita berjumpa atau terkadang quarterly baru dapat bersua, tapi ikatan persahabatan itu tetap utuh selamanya. 💙

Untuk anak-anakku, mama doakan semoga kalian sentiasa berada di bawah Rahmat Allah SWT, diberikan kesihatan yang baik, dikurniakan rezeki yang berkah, hidup diberkati dan semoga kalian mendapat jodoh yang baik jua. Moga anak-anakku berbahagia disamping insan2 yang tersayang dimasa kini dan akan datang.

Buat mak, moga mak tabah atas pemergian abah. Perjalanan masih panjang, mak tunggu cucu-cucu mak menikah ye. Angah perlukan mak di sisi. Abah pergi secara mengejut tetapi pemergian abah sangat mudah. Terima kasih Allah kerana memudahkan urusan kami adik beradik dalam pengebumian abah kami yang tersayang. Ramainya yang sayang kat abah. Walaupun tiada air mata ini yang jatuh di hari kematian abah, tetapi setelah semuanya selesai...ia tidak dapat dibendung lagi. Teringat angah diwaktu angah tengah drive seminggu lepas abah pergi, sepanjang jalan air mata ini tidak henti mengalir. Ada kerinduan yang tidak terucapkan.😭 Angah mampu doakan semoga abah tenang di sana, alam yang kekal abadi. Angah akan selalu doakan untuk abah sebagaimana doa yang ada semasa abah masih hidup. Jumpa di syurga nanti abah.

Sampai sini saja coretan buat hari ini. emosi pulak pagi-pagi ni.

Jumpa lagi, sayonara !!