Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua...
Pagi tadi mama ayu masak nasi goreng...anak2 bawak bekal ke sekolah...disebabkan insiden murid2 muntah-muntah sebelum cuti sekolah ari tu....kantin pun di tutup sehingga ???? tak
pasti pulak sampai bila...maka gigih lah mama ayu bangun pagi semata2 nak buat bekal untuk anak2...hehe
ok, mama ayu nak kongsi resipi kt sini...memasak jadi simple & mudah sangat dengan noxxa pressure cooker...tak perlu nak masak-masak nasi...main campak-campak je...
tu dia....nasi goreng simple...mama ayu tak letak bawang goreng sebab ade anak yang suke & ade yang tidak...kalau dorg nak makan baru lah letak sendiri ye....
Cara-cara memasak nasi goreng menggunakan noxxa :
- Beras di basuh terlebih dahulu dan di toskan
- Buka suis (opkos lah kan...haha) , tekan panel to 'stir-fry' then tekan button 'on', masukkan minyak pastu tumislah bawang merah/putih/cili api sehingga garing & naik bau...masukkan perencah nasi goreng + ayam + udang + daging (yg ni optionallah ye...kalau x nak letak pun tak pe...), kemudian masukkan beras yg dah di toskan dan gaul sebati.
- Masukkan air (sukatan air mama ayu ikut pot beras-kalau guna 3 pot beras = 3 pot air) dan tekan button 'off'
- Tutup tudung piuk dan pastikan tombol kat atas tu berada pada kedudukan 'pressure', kemudian tekan panel 'high pressure' sebanyak 9 kali then tekan button 'on'- masa ni paparan led tu tunjuk no 9....so tunggu lah sampai no. tu jadi kosong ye...
- Bila dah no. kosong - tekan button 'off' dan keluarkan wap (alih tombol ke steam)
- Setelah wap dikeluarkan, buka tudung piuk (jangan risau sebab noxxa pc ni sangat selamat untuk digunakan-tudung piuk tak akan boleh dibuka sekiranya wap tak abis keluar)
- Masa ni, korang tgk nasi tu macam berair sikit, tekan panel 'stir-fry' dan tekan 'on' - keringkan nasi goreng yang telah dimasak ( time ni lah mama ayu letak telur & gaulkan bersama nasi goreng)
- Last sekali, tekan button 'off' & nasi goreng sedia untuk dihidangkan.
Amacam, senang tak.....jimat masa & jimat tenaga...tak sampai 10 minit, nasi goreng siap terhidang....