Bersambung lagi..
Langkawi Part 1 ~ 18/11/15 - 20/11/2015
Percutian singkat mama ayu sekeluarga di Langkawi. Sebaik sahaja sampai di Terminal Antarabangsa Langkawi, kereta sewa telah menunggu..terbaik servis yang diberikan. Lupa lak nak amik no phone kete sewa tu sebab percutian ini en suami yang uruskan...mama ayu ikut sahaja...hehe
Singgah makan di gerai laksa ikan sekoq langkawi...gerai ni berada di luar lapangan terbang, kalau on the way ke Pantai Cenang tu, ada beberapa deret gerai laksa sepanjang jalan tu. Trademark gerai ni ada bendera Malaysia ye....ini pun en suami yang perasan, so korang kalau nak ke langkawi tu silalah google dulu mana2 tempat yang best untuk makan dan cuci mata...terus tuju je kat tempat2 yang korang nak pegi
Perut pun dah kenyang...anak-anak berjalan-jalan di pesisiran pantai
Kali ni mama ayu sekeluarga memilih tempat yang dekat dengan pantai....senang anak2 nak mandi laut, motel ni pun dah di book awal 3 minggu. Untuk keluarga besar mama ayu ni, kira AB Motel ni agak selesa lah...so kalau korang nak menginap di sini, kat bawah ni mama ayu letak ctc no ye...leh call sendiri, harga 1 malam amatlah berpatutan sekali...tak rugi tau datang ramai-ramai ni...
AB Motel, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman, Malaysia - Tel: ++604 955 1300 - Fax: ++604 955 1466 - Email: abmotel@hotmail.com
phone: ++604 955 1300
phone: ++604 955 1300
Dalam bilik....ada 2 katil besar...en suami tambah lagi 1 tilam single, hanya perlu tambah harga RM10 je semalam
Bukak je pintu....tadaaaa
Pantai Cenang di hadapan mata....mandi puas-puas ye anak-anak
Dah puas mandi, perut pun dah lapar....kita makan malam sebelum tido. Esok nak g jenjalan lagi...3D Art Museum & Taman Agrotek MARDI
Sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan