Bersua lagi minggu ni, korang ape khabar? Diharapkan kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah S.W.T. Semalam mama ayu cuti, ikut anak g rombongan @ Kidzania KL. Ini pun sebab en suami ajak g sekali..konon2 nak tengok anaklah katanya...hehe
So, sape yang dah pernah pergi ke sana bawak the kiddos? This my opinion, kalau nak pergi bawak anak-anak tu, biarlah umur dorang dlm lingkungan 7 tahun ke atas. Sebabnya anak2s yang sekolah tadika ke bawah ni, belum banyak yang dorang boleh explore, nak masuk semua tempat pun tak boleh...ada had umur pulak, tapi kalau sebagai pendedahan ok je lah. Just mama ayu punye pendapat & pandangan yek
Jom layan gambar di bawah ni...
Ini budak tecik pepagi dah bangun...cikgu suh tunggu kt sekolah kul 730 pagi, masa ni en suami hantar sebab mama tak siap2 lagi bersolek kt rumah...hahaha
Kul 830 pagi mama ayu & en suami keluar rumah tp sesaje lalu kt depan sekolah sebab nak jenguk samada rombongan dah bertolak ke belum...tengok ada bas besar kt depan kedai tu, kitorang turun & masa tu tengah baca doa selamat dalam perjalanan
Welcome to Kidzania
Disebabkan mama ayu naik kete sendiri, kami yang sampai dulu dari rombongan Pasti...hehe
snap dulu ape2 gambar yang boleh di snap, pestime datang sini wei, next time nak bawak semua anak2 datang sini
Kaunter @ Kidzania...mama ayu beli tiket guna www.groupon.my, dapatlah harga murah sikit RM33/sorang. Kalau guna online http://www.kidzania.com.my/ pun leh dapat murah gak..terpulang pada masing2. Beli tiket kat kaunter : Dewasa RM39 Kanak2 RM 80. Kekonon fefiling naik kapal terbang...kaunter pun tulis Air Asia kan..hehe
Sebelum masuk tu, kanak2 diberi cek bernilai RM50 untuk di tukar kat CIMB bank yang ada kat dalam Kidzania. Tujuannya sebagai perkenalan bagi bebudaks ni macamana nak gunakan duit yang ada
Adalah dalam 42 orang yang dapat mengikuti rombongan ni, semua anak2 beratur masa nak cashkan cek
Ntah faham ke tidak dak kecik ni pasal duit kan...x pe, yang penting pengalaman tu kan...
Duit ni digunakan untuk masuk ke setiap tempat jenis pekerjaan. Ada jugak tempat masuk yang free, tak perlu bayar malahan majikan yang akan bayar kepada mereka konon2nya telah melakukan kerja, ala-ala praktikal lah ni, dah siap keje dapat duit
Antara jenis pekerjaan yang sempat mama ayu snap..antaranya KPJ Specialist Hospital, Siemens, Bomba, Spritzer, Stesen TV dan banyak lagi...walaubagaimanapun TM tetap di hati, huahuahua
Tak ramai kanak2 yang boleh masuk dalam satu2 masa kat satu tempat, kena pecah2kan bebudak ni pada satu kumpulan kecil dalam 5-6 orang. Tempat pertama yang dilawati oleh liyana & kengkawannya. Nak masuk sini bebudak ni kena bayar RM10, guna duit yang dorang dapat tadi
Tempat ke-2, company computer - kat sini pulak bebudak ni dapat RM8 sebagai gaji dorang selama 20 minit. Tu cikgu hensem yang ajar bebudak ni. Siap pakaikan baju lab lagi...hehe
Hasil tangan Liyana di Stabilo
Tak banyak tempat yang sempat di lawati sebab ramai orang + setiap tempat tu boleh masuk dalam 5-6 orang sahaja. Lagipun masa terhad sebab rombongan pas ni nak ke Muzium Cokelat..kul 130 bebudak ni dah keluar dari Kidzania...lain kali leh g sini tp dengan abang2 nye pulak. Owh ye...kalau g sini haruslah korang bawak air sorang satu ye...nak beli kat dalam ni memang rasanya tak berbaloi, mahal ko...
Tunggu anak naik bas, mama & ayah nak g dating pas ni...
ok, dah nak dekat pukul 2pm...perut pun dah berkeroncong, decide dgn en suami nak makan kt Seoul Garden. Memang melantaklah makan kan, lebih2 lagi en suami yang belanja
Ni kat Seoul Garden Setia City Mall...rasanya macam dorang dah upgrade menu & rasa masakan. Soup tomyam die pun sedapp gilos dan banyak pilihan sushi kali ni
Perut pun dah kenyang....balik rumah tido zzzzz. Jumpa lagi yo, sayonara !!