Jom jengah blog mama ayu...ari ni nak cite sikit cara nak buat sup tulang noxxa hehe
Sangat mudah, ringkas dan menjimatkan masa !!
Sediakan bahan-bahan : bawang putih & bawang merah (diricik halus), halia (ditumbuk) dan perencah sup tulang adabi ( perencah ni dah ada sekali bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih bagai...) dan jangan lupa pulak ye, menu utama kite tulang & daging tetel yang siap di basuh
Itu dia...#noxxapressurecooker yang solid molid - korang tekan button 'stir fry' dan masukkan sedikit minyak untuk menumis
Dah panas piuk, masukkanlah segala rencah yang dah siap tu ye...tumis sampai naik bau, hmmm aromanya sedap sungguh
Masukkan tulang & daging tadi dan kacau sebati
Masukkan air paras-paras tulang & daging ye...masa ni tak perlu letak banyak air sebab nanti lambat pulak masak nye...hehe
Tekan button 'high pressure' selama 40 kali...tutup piuk dan tombol atas tu pastikan berada dikedudukan pressure jugak...angka 40 tu bukannya 40 minit ye...nombor tu sebagai penunjuk aras, ada orang suka letak 30 - 45...terpulang pada masing-masing, agak-agak kalau nak lembut lagi tulang & daging tu, leh anjakkan masa lama sikit
once masa dah tunjukkan 0 - mama ayu biarkan dulu dalam 3 minit dan baru buang wap...ini supaya wap yang keluar tu tak delah berasap sangat kan, maklumlah letak air dalam tu
Tadaaa...siap sudah sup tulang yang yummy
masa korang dah buka tutup piuk tu, leh tambahkan air dan letak garam untuk tambah perasa...masa ni button tekan semula kat 'stir fry' yek sebab dah tambah air kan, nak bagi mendidih pulak..mama ayu tambah rempah sup untuk sedapkan lagi masakan ni
siap dah...jangan lupa tutup suis pulak...haha
Sup letak dalam mangkuk dan hias dengan daup sup & bawang goreng
So korang, ape tunggu lagi...grab cepat piuk ni, pm @ whatsapp mama ayu 0133424800
Sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan