Kisah ari ahad lepas pulak @ rumah mak
Adik yang no 5 buat majlis cukur jambul untuk anaknya yang no 3. Majlis disertakan dengan kenduri doa selamat sempena mak & en suami balik umrah. Kira sekali jalan lah buat kenduri ni, 2 in1 lah katakan...senang keje hehe
Majlis cukur jambul anak buah - Mikael. Nama penuh tak ingat pulak...huhu
Group marhaban & baca yasin di Apartment Putra Ria. Ada group qasidah jugak. Banyak aktiviti kalau duduk berkelompok ni kan. Sebab mak memang orang kenal kat sini, ramai lah kengkawan mak yang datang meraikan.
Its' makan time...anak-anak tuan rumah rasmikan dulu ek
Bila anak-anak dah besor ni, i pegang anak adik-adiklah ye. Bagi can mak pak dorang makan pulak
The family makan-makan
Lepak santai kat rumah mak lepas habis group marhaban...bukan senang kan nak lepak ramai-ramai cenggini, so ape lagi...jom gosip hahaha
The 3 of us, satu-satunye adik perempuan ku, my lovely mak and me
Rendang - air tangan mak
Alhamdulillah, selesai sudah majlis kesyukuran & cukur jambul anak buah. Semalam sempat lagi suh mak masak rendang daging (permintaan en suami). Lepas abis kelas, suh abah jemput & terus ke pasar Chow Kit untuk beli barang2 nak buat rendang. Malam pulak, mama ayu tido ngan my mak...dah besar2 pun tido ngan mak lagi kan...hehe
Anyway, thanks pada en suami yang memahami diriku ini...luv u
ok, bye...sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan