Ahad, 26 Jun 2016

Corat Coret sebelum Ramadan

Assalamualaikum

Jenjalan lagi sebelum menyambut Ramadan Kareem. Niat di hati nak main bowling tapi apakan daya pusat bowling di Mid Valley Megamall di tutup. Sebenarnya bukan tutup pun tp sebab dorang dh upgrade ke ape ntah, ada lane jugak cuma tak ramailah yang boleh main. Sebelum singgah umah nenek dorang ni, kita jenjalan dulu. Punyalah ramai orang kat sini mungkin nak menghabiskan masa/shopping dsb, maklumlah esok lusa nak pose dah...


Masa jenjalan tu ada pulak replika 'angry bird' kat concourse area ni, haruslah bergambar kan. Masa ni cite angry bird tengah pemes kt panggun. Bebudak ni pun dah tengok cite ni, memang best lah...


Sorang muka happy, sorang muka ketat je...huhu

_________________________________________________________________

Ni kisah lain pulak, seperti biasa minggu rollcall bersama staff. Diadakan sekali jamuan & sambutan birthday staff bg bulan 5/6-2016. 


Biasanya rollcall mcmni di buat bila ada isu timbul. Kalau x de, masing2 buat kt unit masing2 


Khusyuk mendengar...


Menu sarapan pagi ini. Sate tu di sponsor oleh staff yg dapat kenaikan grade. Naik gajilah katakan...so dorg sponsor lah sate ni


Sessi makan-makan


Suka nau kalau bab makan2 ni...dorg ni semua sporting bila nak tangkap gambar


Yang ni pun sama...yg bestnye time rollcall ni, semua staff dari BRA,KA,STA,MRU berkumpul. Riuh jadinya


Our bos...


6 mama gorgeous...dh kenyang kena posing sikit hehe

Muka2 staff yang sambut birthday bulan 5/6. untuk bulan 7/8 nnt kita buat time raya lah...meriah sikit makanannya...hahaha

Itu je pun nak cerita. Seminggu lagi nak sambut raya dah. Korang dah siap ke persiapan raya. Mama ayu tahun ni ala kadar je, mood raya ke laut. Time2 mcm ni biasanya anak2 lah yg seronokkan. Kita dah berumur ni, macam tu je lah....tp vouge tetap vouge kan, hehe

Jumpa lagi. Sayonara !!

Khamis, 23 Jun 2016

Seoul Garden lagi....

Assalamualaikum

Tengah buat ape tu, bulan2 puasa ni aktiviti kurang (sbb x leh nk makan), bekerjalah kite sekueknye ye..owh ye, ari ni mama ayu nak cerita hal2 yg berlaku sebelum puasa ari tu...sebelum nak delete gambar2 kt dlm phone ni, kena lah letak kt dlm blog kan. Ada gak lah benda nak cerite.

Seminggu sebelum puasa ari ni, dah niat utk belanja mak & adik perempuan makan kt Seoul Garden. Kebetulan adik pun baru abis pantang, memang kena lah kalau nak makan yang bakar2 kan...hehe. Lagipun mak mama ayu memang suka makan kat sini sebab banyak pilihan sayur katanya. Kalau mama ayu ape lagi, i like shushi & sotong bakar


 Makan-makan dgn my luvly mak & adik. Adik bawak anak2 nye & dak tecik Iman. Mama ayu bawak yana je sbb masa ni dak wany ada exam pertengahan tahun. Menangis-nangis dia sebab x dpt ikut...huhu


Budak kecik yana makan nasi goreng, sedap katanya


Dak tecik iman ni bagusnye lahaiiiiii....diam je, senang ibunye nak makan


2 jam kami kat sini, suka tengok mak makan....next time nak bawak mak g makan kt aeon shah alam pulak


Perut pun dah kenyang, kita bergambar dulu sebelum balik. Adikku acik, iesha & iman


Me, yana, luvly mak..yg kt belakang tu eija & eisha


oklah...kebetulan masa makan hari tu ada jualan murah di Padini Concept Store. Ramai betul orang beratur, mama ayu pun join sekali lah dgn adikku. Anak2 semua tunggu kat luar dengan neneknya...hehe

Memang murah giler lah baju kat sini, mama ayu grab baju untuk anak2 je, tak de satu pun yg mama ayu beli untuk diri sendiri...huhu. Dapat 3 helai baju utk liyana + 2 helai seluar utk liyana & wany, semua tu tak sampai pun rm80 ko. Berbaloi-baloi shopping kt sini.

Sampai sini jek dulu utk ari ni, jumpa lagi. Sayonara !!

Iftar @ Holiday Villa Subang

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Dah lebih 2 minggu berpuasa baru hari ini mama ayu dapat update blog. Macam2 hal kan nak kena uruskan sejak berjauhan dengan en suami. Kena bahagi2 masa, mana nak uruskan exam lagi, anak2, rumah dan segala bagai kerja lah yang perlu dibuat. Maklumlah kan, orang perempuan ni kerja rumah memang takkan abis.

Oklah, tak terlambat lagi untuk mama ayu mengucapkan selamat berpuasa untuk semua. Sekejap je masa berlalu kan, tup tup raya nak menjelma. Seminggu berpuasa ari tu, mama ayu & family berbuka puasa di Holiday Villa Subang Jaya, anjuran opis en suami. Syukur alhamdulillah. Jom layan gambar...
  
 Sampai di hotel dalam pukul 630 ptg. Nampak ada perubahan kat dalam hotel ni, maklumlah dah lama tak pergi kan. Dekorasi dalam pun dah berubah. Kt dalam tu adalah deko rumah nak sambut raya, moh bergambar dulu anak2

 Muka menahan lapar semuanya. Dalam hati tak sabar nak makanlah tu....

 Makanan yang di ambil untuk berbuka. Penuh meja ko tp alhamdulillah...semua habis di makan

Macam biasa, kalau makan kat hotel2 untuk berbuka, akan ada banyak station2 makanan untuk santapan. Pilih aje...gambar kt atas ni station pasembur & rojak buah
 
Aneka jenis buah-buahan dan kurma. Disebabkan anak2 mama ayu suka makan buah tembikai susu, bertambah2 lah dorg makan buah ni
 
 Lauk pauk utk dimakan dengan nasi. Apa yang bestnye, ada sotong,ketam,udang - cukup rasa untuk anak2 mama makan terutama dak awie, penggemar udang...hehe

Aneka jenis salad
 
 Gambar tak clear pulak...rendang tok kat hotel ni memang the best lah...sedap sangat

Aneka ulam-ulaman 
 
Haa ko, jeruk pun ado ! Masa ni bila nak balik baru dak awie nampak sambal belacan kt dalam lesung batu tu...aduiii, kesian dia tak dapat merasa...huhu
 



Gambar2 kat atas ni adalah stall2 yang ada kt luar dari dewan makan ni. Ikutkan memang tak larat lah nak makan semua kan. Kat sini pun ada daging bakar tapi mama lupa nak snap pulak. Station ais krim pun ado. Memang sesuai dengan taraf 5 bintang. So kalau korang dok google tempat utk berbuka puasa, kat sini boleh jadi list korang lah...

Terima kasih pada bos en suami belanja staff & keluarga. Tahun depan belanja lah lagi hehe

Have a nice day, sayonara !!
 

Demo periuk noxxa lagi...

Assalamualaikum


Lama kan tak menulis, banyak sangat komitmen sejak akhir-akhir ni. Maklumlah, final exam untuk semester ni pun nak dekat2 ni. Minggu depan kena buat study group sebab subjek yang mama ayu amik ni ada culcalation. Kena amik cuti sehari bersama rakan-rakan seperjuangan. Minggu ni pun dah cuti gak, bawak mak & adikku achik makan-makan kat Seoul Garden IOI Mall Puchong. Nanti mama update ye...hehe

Hari ahad yang lepas, selepas hantar en suami ke hentian bas shah alam, mama ayu ke rumah ain untuk demo periuk noxxa. Ini kali kedua mama ayu ke sana as request by member-member yang main kutu. Haruslah mama ayu turun mengajar kan, kang tak pasal-pasal dah beli periuk tapi tak tahu macam mane nak guna...tak ke membazir kan

Banyak juga dengar pengguna-pengguna noxxa ni tak tahu cara nak gunakan noxxa. ish ish ish...kesian kan. Periuk beli mahal-mahal tapi tersimpan dalam almari.

Tuan rumah masak laksa hari ni. Sedapp sangat

Hari ni kita ada tetamu istimewa dari Putra Height, upline mama ayu sudi datang ke rumah ain untuk menerangkan pasal bisnes Amway ni dan berkenal-kenalan dengan Ain & jirannya
 
Selesai masak kita makan dulu....
 

Penerangan ringkas mengenai Amway Bisnes dari Dato'Zul & Datin Khairun. Korang nak tahu macamane produk Amway dengan guna sendiri boleh tambah income? Cepat pm mama ayu @ 0133424800. Kita buat bisnes santai-santai tapi tengah bulan duet masyukkk

Bye, sayonara !!