Khamis, 23 Jun 2016

Iftar @ Holiday Villa Subang

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Dah lebih 2 minggu berpuasa baru hari ini mama ayu dapat update blog. Macam2 hal kan nak kena uruskan sejak berjauhan dengan en suami. Kena bahagi2 masa, mana nak uruskan exam lagi, anak2, rumah dan segala bagai kerja lah yang perlu dibuat. Maklumlah kan, orang perempuan ni kerja rumah memang takkan abis.

Oklah, tak terlambat lagi untuk mama ayu mengucapkan selamat berpuasa untuk semua. Sekejap je masa berlalu kan, tup tup raya nak menjelma. Seminggu berpuasa ari tu, mama ayu & family berbuka puasa di Holiday Villa Subang Jaya, anjuran opis en suami. Syukur alhamdulillah. Jom layan gambar...
  
 Sampai di hotel dalam pukul 630 ptg. Nampak ada perubahan kat dalam hotel ni, maklumlah dah lama tak pergi kan. Dekorasi dalam pun dah berubah. Kt dalam tu adalah deko rumah nak sambut raya, moh bergambar dulu anak2

 Muka menahan lapar semuanya. Dalam hati tak sabar nak makanlah tu....

 Makanan yang di ambil untuk berbuka. Penuh meja ko tp alhamdulillah...semua habis di makan

Macam biasa, kalau makan kat hotel2 untuk berbuka, akan ada banyak station2 makanan untuk santapan. Pilih aje...gambar kt atas ni station pasembur & rojak buah
 
Aneka jenis buah-buahan dan kurma. Disebabkan anak2 mama ayu suka makan buah tembikai susu, bertambah2 lah dorg makan buah ni
 
 Lauk pauk utk dimakan dengan nasi. Apa yang bestnye, ada sotong,ketam,udang - cukup rasa untuk anak2 mama makan terutama dak awie, penggemar udang...hehe

Aneka jenis salad
 
 Gambar tak clear pulak...rendang tok kat hotel ni memang the best lah...sedap sangat

Aneka ulam-ulaman 
 
Haa ko, jeruk pun ado ! Masa ni bila nak balik baru dak awie nampak sambal belacan kt dalam lesung batu tu...aduiii, kesian dia tak dapat merasa...huhu
 



Gambar2 kat atas ni adalah stall2 yang ada kt luar dari dewan makan ni. Ikutkan memang tak larat lah nak makan semua kan. Kat sini pun ada daging bakar tapi mama lupa nak snap pulak. Station ais krim pun ado. Memang sesuai dengan taraf 5 bintang. So kalau korang dok google tempat utk berbuka puasa, kat sini boleh jadi list korang lah...

Terima kasih pada bos en suami belanja staff & keluarga. Tahun depan belanja lah lagi hehe

Have a nice day, sayonara !!
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan