Isnin, 29 Ogos 2016

Makan malam @ D Arab Cafe Bukit Raja

Assalamualaikum semua..

Kisah malam tadi...gara2 tak de letrik kt rumah. Semalam balik je dari opis, amek anak2 kt rumah pengasuh..tup2 dapat crite elektrik x de. Macam biasa sampai rumah nak dekat kul 7, masih sama gak nan ado letriknye. Sekarang ni kerap pulak kawasan rumah ni x de letrik, harap2 masalah ini dapat di atas.

Usai solat mghrib, masih x de letrik gak. Anak2 pun dah kepanasan. Kul 8 start kete, kita jjcm kt tempat yg ada lampu...hahaha. Dalam kete dok bincang ngan anak2 nk makan kat mane? macam biasa lah kan...byk nau tempat nk di tuju tp tekak ni teringin pulak nak makan nasi dlm talam ni...maka D Arab Cafe lah menjadi pilihan.


Mama ayu pilih satu set je utk semua makan. Dalam satu talam nasi arab ni ada lauk kambing dan 2 jenis ayam. Sangat sesuai utk seisi keluarga


ok, abaikan baju sekolah yang x bertukar tu..bebudak ni di suruh mandi, takot katanya. Almaklumlah gelap kan, kt rumah x de letrik. Balik nnt harapnye ada lah letrik balik


Dak imin dengan air strawbery nye...sedap sungguh air ni 


Makan sampai lobam


Iman dengan air coklatnya (ice blended)


Yana dgn air birunye (soda ica blended)


Macam biasa, ini budak nk suh tangkap gambar candid...nampak tak teko kt atas meja tu. Tu air teh arab, aromanya memang licious habak hang. Dorg letak daun pudina ke ape ntah dalam tu...tp memang sodap lah


Sesi jjcm dah selesai, kalau balik rumah x de letrik jugak...g tido lah jawabnye sbb tak de ape leh buat kan..

Makan kat sini memang mama ayu rekemen lah. Harganya amat berpatutan. tak de lah mahal sangat kan...sedang2 je

Esok negara kita akak menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 59. Sama-samalah kita menghargai dan menjaga tanahair kita yang tercinta ini.

Jumpa lagi...sayonara !!

Lawatan Mesra Dato Zu @ TM Bukit Raja

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Semoga ceria sentiasa. Kusamnye lah blog mama ayu ni kan, lama nau tak update. G jalan sana sini tapi malasnya nak amek gambar. tak ada gambar alamatnye memang tak terupdate lah blog ye dak..

Ok lah, ni kejadian seminggu yang lalu. Lawatan mesra dari pengurusan TM Selangor ke TM Bukit Raja. Persiapan macam biasa je, dari sehari ke sehari nak datang kek sini tp asyik postpone je kan, so nak datang kami alu-alukan. Tak datang tak de hal punye...huhuhu


Sebelum memulakan acara, kena baca doa dulu..tp sebelum baca doa, dh nyanyi lagu negaraku & lagu kristal...apa cer
tp time ni lah pun dapat nyanyi lagi negaraku kan...kalau tak time sekolah je pun nyanyi lagu tu...


Kira sesi pagi ni sekali dengan sesi rollcall bagi kami2 staff di Bukit Raja. Diselit juga upacara penyampaian hadiah daripada pihak pengurusan.


Antara mereka2 yang terpanggil sebab VOC (Voice of customer) tinggi. Pandai bebenor dorg ni tackle pelanggan kan. Dapat ranking 10 jek


Kami ni macam biasa je pun...bila ada apa2 majlis muka2 ni mesti ada hahaha
Ate, dh kami ni je specis mak2 budak dlm team technical ni, layankan aje ye

 
Antara penerima2 hadiah dan sijil penghargaan daripada pihak pengurusan. Muka semua ada senyum...senyum sampai ke telinga korang ye...bila lah nk dapat merasa lagik macam ni


Sebelum beredar tu, wajiblah amek gambar semua kan....sebagai bukti kehadiran
kikiki

Jumpa lagi...sayonara !!

Rabu, 17 Ogos 2016

Bowling lagi....@ Setia City Mall 13/8/2016

Assalamualaikum & Selamat pagi...

Semoga hari ini urusan kita semua dipermudahkan. Hujan rahmat awal pagi ni...syukur Alhamdulillah

Pejam celik pejam celik dah nak sampai penghujung bulan 8. 59 tahun negara kita telah mencapai kemerdekaan. Semoga negara kita lebih maju kehadapan di masa akan datang dan hidup kita semua lebih sejahtera dan harmoni.

ok lah...hari ni mama ayu nak crite sikit event yang telah berlangsung pada minggu lepas. Macam biasa opis mama ayu @ Kelab KSK mengadakan perlawanan bowling di Setia City Mall, Shah Alam pada 13/8/2016. Event kali ni memang ramai yang hadir, siap bawak anak bini masing2...memang happening sungguh, dh macam family day mama ayu tengok hehe


Sebelum acara bermula, haruslah sesi bergambar ye dak...bukti kehadiran, kahkahkah


Bergambar bersama dak kembar, iman & imin


Sebelum memulakan acara, antara muka-muka yang hadir...ade gak yg lewat tu tp dorg semua sporting


Mak-mak dara....hahaha


Okey...bukan mak pak je nak main, tujuan bwk anak2 pun dorang sama nak main gak...dapat main 1 frame pun jadik lah...sib baik ada bini naim kt situ, dptlah dia layan bebudak ni...hihi

Corat-coret sepanjang perlawanan bowling. Gambar yg kt atas tu pemenang nombor bertuah. Ada 3 pemenang & disapu oleh abang2 sado

Macam2 gaya ado...hahaha

Pemenang2 hadiah, kalau main bowling ni dh tentu dpt kt abg2 sado ni kan...kalau team ggirl ni setakat memeriahkan majlis je lah....hahaha


Tak kisah ape org nak cakap, yg penting mama ayu pun dpt hadiah gak....highest woman scorer hihi

Memandangkan ramai yang bawak family pada event kali ni, ada perancangan utk buat sukan family pada masa akan datang. Tunggu ajk buat perbincangan dulu. Harap2 menjadi sebab nak hujung2 tahun ni, ramai yang x dpt nk commit @ ramai nk abiskan cuti hujung tahun. Lagi pun, nk penghujung tahun tu dgn cuti sekolah bagai...susah nak kumpulkan orang. Nnt kita tengok kalau2 boleh buat acara apa yg sesuai.

Ok lah...bizi pulak, nnt mama ayu sambung lagi. Sayonara !!


Isnin, 8 Ogos 2016

Sambungan - Rumah Kasih Harmoni (Sosial Entreprenuership)

Assalamualaikum & Selamat pagi...

Tengah buat ape tu? Sudi2 lah jenguk blog mama ayu ni, agak lama tak menulis...so ari ni mama ayu nak sambung kisah projek nak transform kolam/taman Rumah Kasih Harmoni (rumah anak yatim) di Paya Jaras, Selangor. Hasil jualan amal di Taman Puncak Jalil ari tu, group kami sumbangkan ke Rumah Kasih Harmoni, as request by...kami dimaklumkan untuk mencantikkan kawasan kolam @ tempat menunggu anak2 di hujung minggu. Kolam ni berada di hadapan pintu masuk dan terletak di bawah pokok nan rimbun. Sejuk lah sikit masa progres2 nk buat keje kan...hehe

Gambar sebelum kerja-kerja dijalankan. Focus utama pada hari tu ialah cat batu & tanam pokok bunga. Kita tengok sejauh mana boleh transformkan kolam sediada ni kepada kolam yg baru

Sebelum memulakan kerja, kena lah buat sesi pembahagian tugas, team laki-laki g cari barang utk proses mengecat dan team perempuan cari pokok bunga utk di tanam. Masa tengah buat kerja tu, anak2 yg sekolah petang baru balik dari mengaji (sesi pagi), dorang pun nak tolong sekali...rajin betul dorang ni

Dah beli barang, ape lagi...proses mengecat pun berlangsung dengan jayanya. Tu dia, abg2 sado mengecat kolam...caiyokkk
 
Sementara menunggu abg2 sado tu mengecat, kami2 yg perempuan ni menaman pokok bunga.  Aduhaiiii...first time mencari pokok bunga di Sungai Buloh, memang rambang mata dibuatnya. Cantik2 ko...rasa macam nak beli semua  
Dah namanya perempuan kan..bergambar itu satu kemestian haha 

Tadaaa....cantik tak?????
Mestilah cantikkan hehe...masuk bakul angkat sendiri  

 Wajah2 kegembiraan, dalam masa 1 hari kami dapat menyelesaikan tugasan yg diberi. Start seawal kul 930 pagi sehinggalah pukul 530 petang. Alhamdulillah, niat baik pasti Allah permudahkan. Terima kasih Allah

 Taman/Kolam pun dah siap...ape lagi, sesi bergambarlah pulak kan...hihihi

Bergambar kenangan bersama anak2 yatim di situ dan salah seorang pekerja.

Muka2 kelegaan sebab dah siap keje.....

 

Yes!!!! akhirnya siap semua
ok ok....korang nampak tak perubahannya...group kami hanya menggunakan dana yang diperolehi semasa sesi carbooth sales di Taman Puncak Jalil hari tu...terima kasih pada yg membeli barangan yg kami jual pada hari tersebut serta yang memberi sumbangan kepada dana kumpulan kami. Tidak tergambar dek kata-kata sebab dorang kata cantik & sangat berterima kasih di atas hasil kerja kami semua.

Memang seronok bila dapat membantu walaupun sedikit. So member2 yang ada amek subjek ni, projek kami ni bolehlah dijadikan idea utk projek korang pulak...

Jumpa lagi...sayonara !!