Isnin, 8 Ogos 2016

Sambungan - Rumah Kasih Harmoni (Sosial Entreprenuership)

Assalamualaikum & Selamat pagi...

Tengah buat ape tu? Sudi2 lah jenguk blog mama ayu ni, agak lama tak menulis...so ari ni mama ayu nak sambung kisah projek nak transform kolam/taman Rumah Kasih Harmoni (rumah anak yatim) di Paya Jaras, Selangor. Hasil jualan amal di Taman Puncak Jalil ari tu, group kami sumbangkan ke Rumah Kasih Harmoni, as request by...kami dimaklumkan untuk mencantikkan kawasan kolam @ tempat menunggu anak2 di hujung minggu. Kolam ni berada di hadapan pintu masuk dan terletak di bawah pokok nan rimbun. Sejuk lah sikit masa progres2 nk buat keje kan...hehe

Gambar sebelum kerja-kerja dijalankan. Focus utama pada hari tu ialah cat batu & tanam pokok bunga. Kita tengok sejauh mana boleh transformkan kolam sediada ni kepada kolam yg baru

Sebelum memulakan kerja, kena lah buat sesi pembahagian tugas, team laki-laki g cari barang utk proses mengecat dan team perempuan cari pokok bunga utk di tanam. Masa tengah buat kerja tu, anak2 yg sekolah petang baru balik dari mengaji (sesi pagi), dorang pun nak tolong sekali...rajin betul dorang ni

Dah beli barang, ape lagi...proses mengecat pun berlangsung dengan jayanya. Tu dia, abg2 sado mengecat kolam...caiyokkk
 
Sementara menunggu abg2 sado tu mengecat, kami2 yg perempuan ni menaman pokok bunga.  Aduhaiiii...first time mencari pokok bunga di Sungai Buloh, memang rambang mata dibuatnya. Cantik2 ko...rasa macam nak beli semua  
Dah namanya perempuan kan..bergambar itu satu kemestian haha 

Tadaaa....cantik tak?????
Mestilah cantikkan hehe...masuk bakul angkat sendiri  

 Wajah2 kegembiraan, dalam masa 1 hari kami dapat menyelesaikan tugasan yg diberi. Start seawal kul 930 pagi sehinggalah pukul 530 petang. Alhamdulillah, niat baik pasti Allah permudahkan. Terima kasih Allah

 Taman/Kolam pun dah siap...ape lagi, sesi bergambarlah pulak kan...hihihi

Bergambar kenangan bersama anak2 yatim di situ dan salah seorang pekerja.

Muka2 kelegaan sebab dah siap keje.....

 

Yes!!!! akhirnya siap semua
ok ok....korang nampak tak perubahannya...group kami hanya menggunakan dana yang diperolehi semasa sesi carbooth sales di Taman Puncak Jalil hari tu...terima kasih pada yg membeli barangan yg kami jual pada hari tersebut serta yang memberi sumbangan kepada dana kumpulan kami. Tidak tergambar dek kata-kata sebab dorang kata cantik & sangat berterima kasih di atas hasil kerja kami semua.

Memang seronok bila dapat membantu walaupun sedikit. So member2 yang ada amek subjek ni, projek kami ni bolehlah dijadikan idea utk projek korang pulak...

Jumpa lagi...sayonara !! 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan