Tak jawab dosa, hahaha...semoga hidup kita ceria selalu hendaknya. Hari ni nak update sikit cerita pasal group kami punye projek untuk subjek Keusahawanan Sosial. Subjek kali ini, group kami diminta untuk mengumpul dana dan dana tersebut akan diserahkan ke rumah anak yatim yang dipilih. Ada dua projek sebenarnya, satu untuk mengumpul dana dan group kami perlu membuat kerja amal untuk badan2 yg terpilih, tak kisah lah samada nak bantu rumah anak yatim ke, ibu tunggal ke, surau2 dan lain2 yg seangkatan dengannya, dan projek yg kedua adalah membuat Bisnes Plan yang mana dapat membantu golongan2 seperti yang disebutkan dalam projek 1 tadi.
Bagi mendapatkan dana, group kami telah memilih untuk membuat carbooth sales di Taman Puncak Jalil. Disebabkan tapak kat sini FOC, kira tempat kat cn siapa dulu dia dapat..seawal 4 pagi member team kami dah bertapa kt cn...takot kalau lewat nnt, x de tempat pulak kang...cumanya masa hari kejadian, hujan pulak di subuh hari. Harap2 semuanya berjalan lancar dan alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami semua.
Iklan yg dipaparkan di fb. Group kami telah memilih untuk Rumah Kasih Harmoni di Paya Jaras, Selangor. Mereka meminta kami untuk membetulkan taman aka Kolam di sane. Cadangan untuk ke sana pada 4/8/2016, hasilnya nanti mama akan update kendian
Set up booth, antara jualan yg dijual adalah kasut, baju, seluar, barang2 perkakasan rumah spt cerek air, cawan, tudung dan lain2. Gambar ni diambil utk diserahkan kpd lecturer tanda kami buat kerja, kikiki...bukti tu kami ade kt sane
Sesi tawar menawar dr customer. Akak ni repeat 2 kali tau kt booth kami. Lagi setengah jam nak tutup, akak ni bwk kawan lain pulak untuk beli baju & tudung, terbaik akak ni. Terima kasih sbb support kami.
Haa...yg ni customer siap try dulu baju, berkenan sungguh cust. dgn baju ni. Memula tu macam tak jadi je sbb baju tu ketat, last2 jadik jugak cust. beli...
Bergambar bersama customer yang membeli. Pandai betul dak Jaa ni cari customer. Terer bab jual2 ni. Mmg banyak lah gambar dia tp mama ayu selit dlm ni sikit2 je...gambar lain ade kt fb
Pasangan suami isteri yg sama2 melanjutkan pengajian. Amek course yg sama, buat aktiviti kelas pun sama2. Senang kan...sekali jalan je.
Tu yg duk berpayung kt belakang tu #kakakcantik...dpt trademark dr team kami UTM-TM Student. Papagi tu memang hujan membasahi bumi, tp nak dekat masuk kul 10 ke atas, bahang matahari dh mula terasa ko...agak2 lah, cmne org2 yg berniaga kt sini ye...tetiap minggu macam ni. Kami yg baru sehari ni pun dah terasa penatnya, tapi memang enjoy lah
All group member yg awesome...u all the best lah
Ini adalah pertama kali group kami berempat (yan,me,jaa & kirin) bergabung dgn group omar & the geng. Memang mantop dorg ni, komitmen yg diberikan memang tip top lah. Walaupun first time, tp collaborasi tu still ada. Kalau dh belajar kan, mane2 group pun sama, mesti ada komitmen, baru dapat hasilnya. Yang penting, memang kena pilih group yg sesuai, x de lah rasa sakit hati, orang ni x buat keje, org tu x buat keje kan. Dah namanya kerja berkumpulan, mesti ada teamwork yang padu utk menjlnkan ape2 aktiviti.
ok lah, nantikan hasilnya minggu depan pulak. So far, jualan kami hari ni dapat mengumpulkan dana sebanyak RM418. Agak baik jugaklah hasilnya. Bolehlah kami membeli cat, pasu bunga dan peralatan lain untuk mengindahkan taman yg ada di Rumah Kasih Harmoni nanti.
Jumpa lagi. Sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan