Selasa, 12 Julai 2016

Rumah Baru Abah

Assalamualaikum & selamat sejahtera uolls..

Masih mood raya eh...kt key ell ni raya sebulan ko, sana sini rumah/opis terbuka...hahaha
Kat opis mama ayu je ada 3 jemputan hari raya, tu belum masuk lagi jamuan raya last minit...huhu. Hari minggu pun sama gak, jamuan di sana sini...bwk perut je lah kan. Makan, makan dan makan lagi...hehe

Ok lah, nak cerita pasal umah abah kat kampung yang masih dlm pembinaan. Hajat mak untuk beraya di kampung pada tahun ini tak kesampaian. Tunggulah masa raya haji nanti, itu pun kalau dapatlah sebab mak tengah tunggu penggilan haji je tu. Harap2 tahun ni mak dapat menunaikan haji yg diimpikan. In shaa allah


Keadaan depan rumah abah. Camne kan nak beraya sebab memang belum siap sepenuhnya. Kalau dah siap pun, agak sibuk jugak sebab belum ada keperluan kt dalam rumah ni, banyak yang perlu di beli. Lain lah kalau ada nak sponsor kan...lalala


Bahagian depan rumah, sebenar nya rumah ni sebelum ni diduduki oleh sepupu2 mama ayu, ttp sebab tanah ini nenek dah serahkan kepada anaknya aka abah, maka dah jadi hak milik abah sepenuhnya. Keadaan asal rumah ni memang agak teruk, jadi mak pun sanggup keluarkan duet utk renovation rumah. Kira macam buat rumah baru jugaklah...


Meninjau kawasan...yg ni kt ruang tamu. Yang kt bentuk curve tu nanti, dorg akan tutup jadi tak nampaklah sangat tang bhgn bilik air belakang tu kan


Operasi memasang tiles di ruang tamu. Sib baik adik mama ayu kerja kt kedai tiles, dpt lah murah sikit regenya...murah2 pun nak dekat 6k++ gak lah...kalau tidak mau cecah 10k


Kat bahagian ruang tamu. Besi2 kt atas tu nnt bila dh tutup x nampaklah kan...tunggu wiring siap, nnt dorg tutuplah dgn papan. Itu anak2 kecik melawat kawasan...hahaha


Bilik belakang yang dah siap bertiles. Bagi mama ayu, kerja2 yang dilakukan memang cantiklah, puas hati.


Bilik tengah, proses utk meratakan semula simen


Bilik depan yang dah siap jugak...


Bahagian dapur aka tempat makan2...ruang memang besar, nnt cucu2 nenek boleh main kat sini...hehe


Bahagian dapur tempat utk memasak. Ruang besar, so ramai lah yang boleh ada kt dapur kan, x de lah berlanggar pinggul ko...huhu. Anak menantu, rajin2 lah ke dapur pas ni ye...

Itu sahaja cerita pasal rumah abah. Dah siap nnt, hasilnya mama ayu tunjukkan kt korang semua ye....jumpa lagi, sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan