Isnin, 19 Jun 2017

Iftar bersama anak yatim

Assalamualaikum..

Salam ramadhan yg ke-24. Pejam celik pejam celik dah nak sampai penghujung ramadhan. Sekejap nau masa berlalu. Mama ayu nak cerita sikit sekitar aktiviti SAH di bulan yang mulia ini. Seperti biasa tiap2 tahun kita adakan majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim Sg Udang, Klang. Sebelum majlis, kita buat pengagihan bubur lambuk untuk diberikan kepada staff TM Bukit Raja dan pelanggan yang berkunjung di TMPoint.

Aktiviti pas solat Jumaat

 Acara bermula pukul 630 pm

 Hidangan yang disediakan - nasi tomato,ayam masak merah, daging kurma yg ala rendang kot mama ayu rasa...pastu dalca, kuew tiau goreng, kuih muih dan bubur kacang

Tahun ni kurang sikit sibuknye sebab catering semua orang lain yang uruskan...datang2 je dah tersedia semua
 
Ucapan penasihat SAH1 Bukit Raja (SAH tu maksudnya Surau Al Hijrah)

 Gambar di ambil dari group wasap - mama ayu malas nak amek gambar sebab dah tahu akan ada ramai paparazi yang sudi share gambar dalam group...hehe

 Semua dok khusuk mendengar - ni otai2 lama ni

 Group pertengahan...hihi

 Ni pulak group mak2 melayan anak2 nk buka pose
 Majlis penyerahan sumbangan untuk anak2 yatim....syukur alhamdulillah

 Tiba masa berbuka
 
 Berbuka yang ringan2 dulu...pas solat baru makan yang berat2

 Solat terawikh

 Pas terawikh, moreh pulak....alhamdulillah, banyak sungguh rezeki Allah bagi

 Gambar kenangan sebelum balik...masa ni mama dah caloo dulu, bawak anak2 kan, nak tunggu dak wany balik rumah pulak dari berbuka di sekolahnya. Dia tak join sekali sebab sekolah pun ada majlis berbuka, so dengan kawan2 dia & cikgu kat sekolah

Usai sudah, majlis berjalan dengan lancar...semoga ikatan sebegini dapat diteruskan lagi dari tahun2 yang mendatang. In shaa Allah
 
 Jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 14 Jun 2017

10 terakhir ramadhan

Assalamualaikum semua

Bersyukur kepada Allah kerana masih diberikan ruang untuk bernafas di bumi ini. Sekejap je masa berlalu...19 ramadhan hari ini. 

Masak apa hari ni? Tiap-tiap hari mak-mak,ibu-ibu, mama-mama dok pikir nak masak apelah untuk berbuka nanti kan....huhuhu. Sebut soal berbuka puasa semalam, mama ayu suh dak awie g kedai beli kobis bunga dan putik jagung, kononya nak masak paprik ayam. Dok tunggu lah mana budak ni tak balik-balik sampai kul 7, alamatnya masak paprik ayam semata-mata. Tak letak sayur pun...hehe. Tapi yang speechless nya mama ayu rasa, dak awie balik beli murtabak, taufufa dan roti bom. Hohoho...terharu mama ayu rasa. Dia belanjakan duet yang dia dapat masa tolong pok de dia masa kat umah nenek di Bangsar. Alhamdulillah, pandai dia membelanjakan duetnya. Sejuk perut mama mengandungkan. hihi

tak nak cerita panjang dah...untuk renungan bersama (ambil dr group wasap)

Malam Al Qadar

Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. 

Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri. 

Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah?

Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat.

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. 

Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. 

Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah.

Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. 

Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat. 

Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas.

Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”. 

Firman Allah:“Dan beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams 91: 9-10)

Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. 

Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya.

Mujahadahnya akan terbantu. 

Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. 

Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. 

Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar. 

Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. 

Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. 

Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya.

Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. 

Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. 

Ahad, 4 Jun 2017

Iron Philips Amway

Assalamualaikum semua...

Menjenguk kejap blog ni sebelum mama ayu bz dengan final exam semester ni....mulai esok dah bercuti sebab nak fokus lah kan...tp nan ado nye, baca2 buku sikit2..mata nak terlelap, adoiiiii

Impian terlaksana sudah sbb dah dapat memiliki iron philips dari Amway...bak kata orang iron/seterika magik ni memang dalam wishlist lah kan...selain noxxa pressure cooker. Orang kata harga iron philips amway ni mahal kan...tp kalau maen kutu bulan2, memang tak terasa lah kan...dh abis pun kutu bulan ni, senyum lega lah mama ayu


Yeay...akhirnya dapat juga kumiliki #ironphilipsamway
Nak tahu lah jugakkan camne orang2 yang dah pakai tu rasa kan...iron magik ni membuatkan kerja2 gosok baju berjalan lancar dan cepat


Mama ayu g sendiri kedai Amway untuk beli iron ni...balik2 je, dah disambar oleh anak2
Dorg pun teruja sama nak tengok kehebatan iron ni...hehe


Senang keje mama ayu....semua dah siap di pasang oleh anak2. Siap tengok user manual ko macamne nak guna. 


Testing...testing...dak wany tunjuk demo cara nak gosok baju guna iron philips ni...gosok depan je hokey...belakang x yah gosok dah, sebab memang dah tembus sampai bawah...hahaha. senang keje 


Ok, sedikit info mengenai iron magik ni..

Philips Seterika PerfectCare Aqua (GC8625)

Seterika Perfect Care Philips adalah lambang kerja menyeterika yang cukup menyenangkan di mana tiada seting suhu diperlukan. Hanya isikan tangki air, tunggu dua minit dan mula menyeterika. Lepas ni dah tiada alasan malas untuk gosok baju....setakat baju seminggu untuk pergi kerja tu, sepantas kilat je siap...hehe

Hari raya ni wajib lah angkut seterika ni ke mana-mana, nk gosok baju memang senang + especially baju yang ada manik2 bagai kan...sekali zap je dh siap, tak perlu risau manik tercabut ke apa...MUDAH sungguh

Berminat ???? leh je call/wa mama ayu @ 0133424800 

Jumpa lagi, sayonara !!