Isnin, 19 Jun 2017

Iftar bersama anak yatim

Assalamualaikum..

Salam ramadhan yg ke-24. Pejam celik pejam celik dah nak sampai penghujung ramadhan. Sekejap nau masa berlalu. Mama ayu nak cerita sikit sekitar aktiviti SAH di bulan yang mulia ini. Seperti biasa tiap2 tahun kita adakan majlis berbuka puasa bersama anak2 yatim Sg Udang, Klang. Sebelum majlis, kita buat pengagihan bubur lambuk untuk diberikan kepada staff TM Bukit Raja dan pelanggan yang berkunjung di TMPoint.

Aktiviti pas solat Jumaat

 Acara bermula pukul 630 pm

 Hidangan yang disediakan - nasi tomato,ayam masak merah, daging kurma yg ala rendang kot mama ayu rasa...pastu dalca, kuew tiau goreng, kuih muih dan bubur kacang

Tahun ni kurang sikit sibuknye sebab catering semua orang lain yang uruskan...datang2 je dah tersedia semua
 
Ucapan penasihat SAH1 Bukit Raja (SAH tu maksudnya Surau Al Hijrah)

 Gambar di ambil dari group wasap - mama ayu malas nak amek gambar sebab dah tahu akan ada ramai paparazi yang sudi share gambar dalam group...hehe

 Semua dok khusuk mendengar - ni otai2 lama ni

 Group pertengahan...hihi

 Ni pulak group mak2 melayan anak2 nk buka pose
 Majlis penyerahan sumbangan untuk anak2 yatim....syukur alhamdulillah

 Tiba masa berbuka
 
 Berbuka yang ringan2 dulu...pas solat baru makan yang berat2

 Solat terawikh

 Pas terawikh, moreh pulak....alhamdulillah, banyak sungguh rezeki Allah bagi

 Gambar kenangan sebelum balik...masa ni mama dah caloo dulu, bawak anak2 kan, nak tunggu dak wany balik rumah pulak dari berbuka di sekolahnya. Dia tak join sekali sebab sekolah pun ada majlis berbuka, so dengan kawan2 dia & cikgu kat sekolah

Usai sudah, majlis berjalan dengan lancar...semoga ikatan sebegini dapat diteruskan lagi dari tahun2 yang mendatang. In shaa Allah
 
 Jumpa lagi, sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan