Dikesempatan ini, mama ayu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Sama-samalah kita bermaafan sempena bulan yang mulia ini.
Dah masuk hari ke-9 Syawal...cepatnya masa berlalu. Mama nak cerita lah apa yang kitorang buat di kampung. Raya tahun ni, kami beraya di Melaka. Tahun ni meriah sangat sebab semua keluarga ada. Kami 8 beradik semua ada di malam raya. Kesemua cucu mak abah yang seramai 22 tu berkumpul, in shaa Allah bulan 9 ni tambah lagi 1 anak buah mama ayu.
Our journey to balik kampung. Merasa lah anak2 bukak pose kt R&R. Sebab dah tak sabar2 nak balik kan....sempat lah mama ayu masakkan nasi goreng & samosa buat bekalan. Ada sefamily tu siap bentang tikar ko...seronok rasa. Makan sikit2 jek, pasni singgah R&R Dengkil utk sambung makan. Tetiba tekak ni teringin nk makan sate samuri pulak. Anak mama ayu, dak wany & awie dah balik dulu dengan neneknya...dapat lah dorg tolong neneknya kemas2 rumah
Misi mencari bahan nak buat kueh raya. Satu pekan merlimau tu dok cari kedai menjual bahan kek, sampai kat depan politeknik tapi tak jumpa gak. Akhirnya pergi kt Taman Debunga, ada kedai menjual bahan kek baru bukak...sib baik ada jual, dapatlah buat 4 jenis biskut raya.
Anak buah ramai, senang keje...sekejap jek leh siap hehe
Monster cookies nama diberi...lead by my adik - Achik Seha
Ada macam2 dlm cookies ni, butter + peanut + M&M + nestum +cornflakes + gula perang + gula putih...rasa memang yummy, gigit 1 pasti nak lagi
Ketupat in the making...kalau balik Melaka, raya pertama mesti ada ketupat. Setiap rumah wajib ada ni...nak merebus 4 jam ko, sib baek ada piuk besar, sekali harung je rebus.
Sesambil buat keje tu, ada sesi menggosok baju tp tak amek gambar lah pulak. Guna iron philips dari Amway, keje menggosok sangat mudah. Ipar2 yg pakai kata memang syiok guna iron ni...ape lagi, kalau nak order jangan lupa roger mama ayu. Kita bagi harga kasih sayang lagi....hihi
Bebudak ni dok tunggu air dalam kolam ni penuh, pok de dia beli kolam besar pulak...seronok bebetul dorang ni. Malam raya berkubang main air
Rendang ayam in the making..
Tadaa....dh siap dh ketupat untuk di makan di pagi raya
Sambung next episod pulak...Album Raya 2017
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan