Ahad, 30 Julai 2017

Engkau pergi tanpa pesan

Assalamualaikum..

Ku coretkan coretan ini khas untuk arwah suamiku yg sangat2 aku cintai. Walaupun abang telah pergi dijemput ilahi, ayang doakan abang tergolong dikalangan orang2 yang soleh dan ahli syurga. Dimalam yg hening ini, tidak dapat aku melelapkn mata...sesekali terimbas bayanganmu abang menjadikan aku rindu padamu. Teringat kenangan manis ketika pertemuan kita yg pertama, di saat satu Malaysia bergelap kerana blackout. Kenangan demi kenangan tercipta selepas pertemuan itu. Kurasakan dunia begitu indah sekali dengan kehadiranmu abang. Berbagai onak liku kehidupan yang kita lalui bersama sehingga membawa kita ke pelamin indah. Kau hadir mencipta kenangan, pergimu jua meninggalkan kesan abadi kepada diriku. Allah hanya memberi pinjam dirimu kepadaku selama hampir 18 tahun dan perkenalan kita selama 5 tahun membibit rasa cinta dan rindu sesama.
Ayang teringat saat manis semasa di Politeknik, abang hadiahkan sehelai kain pelekat dan kain itu kujadikan selimut tidorku. Abang banyak mengajar ayang berdikari. Sepanjang ayang belajar, abang memberi semangat dan sanggup datang ke Kota Bharu semata2 untuk menjengukku. Itu lah surprise yang tak disangka2 yg telah abang lakukan.  Betapa kuatnya jodoh kita sehingga Allah satukan. Bersama denganmu, ayang dapat menikmati keindahan alam di awangan. First time naik kapal terbang masa kita honeymoon. Dan bersamamu jua, ayang belajar segala-galanya dan segala susah senang kita hadapi bersama. Kurniaan ilahi 5 orang cahaya mata menjadi pelengkap hidup kita. Tak dapat ayang bayangkan kegembiraan yang terpancar di wajah abang apabila menyambut anak sulong kita yang pertama. Dikala itu, sewaktu mak hadir menjengukku di hospital, berjurai air mata ini kerana tidak lama lagi aku akan menjadi seorang mama. Abang melihat cahaya mata kita yang pertama lahir dan memberi semangat kepadaku untuk terus hidup. Tiga tahun selepas itu, lahir anak kita yg ke dua, dan seterusnya anak kembar kita dan yang terakhir sekali anak kita yg bongsu. Betapa cepatnya masa berlalu abang...
Masa beredar, kehidupan dijalani seperti biasa. Susah senang kehidupan kita, hanya Allah dan kita yang tahu. Biasalah dalam berumahtangga, banyak dugaan dan cabaran yang kita lalui. Walaupun kau pernah menyakiti hatiku, begitu juga aku...kita dapat sama2 mengharungi alam berumahtangga. Tidak sesekali aku akan meninggalkan mu abang, tidak kira diwaktu susah atau senangmu. Aku akan setia menemanimu. Namun abang...kau pergi dulu meninggalkan ku...tanpa pesan. Betapa pilunya hati ini, tetapi aku perlu kuat demi anak2 kita. Allahuakbar...betapa cantiknya perancangan Allah. Setahun abang dirumah, kemudian rezeki abang dapat menunaikan umrah...balik dari umrah, abang mendapat pekerjaan yang agak membanggakan tetapi terpaksa berkorban meninggalkan kami di sini dan abang bekerja di Johor Bharu. Setiap minggu abang akan balik ke sini untuk melihat anak2 dan membawa kami berjalan2. Jarak menjadikan kita semakin jauh dan menjauh dan akhirnya Allah menjemputmu. Kejauhan itu menjadikan kita semakin rindu dan kasih sayang yang amat mendalam di hati.
Tidak dapat aku meneruskan bicara ini kerana terlalu banyak air mata yang mengalir. Cuma yang aku tahu, Allah itu sebaik2 perancangan. Kita tak tahu apa yang tertulis di masa hadapan. Abang...ayang doakan abang sentiasa di bawah rahmat Allah dan damailah abang disana. Kekadang apa yang telah tertulis, Allah sayang pada abang. Allah tidak mahu kita melakukan kemungkaran dimukabumi ini sebab itulah Allah panggil kita kembali kepada-Nya. Ayang bersyukur sangat kerana urusan pengebumian abang dipermudahkan. Terlihat2 di pandangan mata di saat kain kapan dibuka untuk ayang kucup abang untuk kali terakhir. Allahu...hanya tuhan yang tahu perasaan hati ini.
Damailah abang di sana....setiap kali ayang rindu, akan ku cium haruman dibajumu. Sengaja tidak ku basuh untuk memberi semangat kepada diriku sendiri. Allah..Allah..Allah, berilah aku kekuatan untuk menjalani hidup ini. Permudahkan segala urusanku. Tempatkan suamiku dikalangan ahli syurgamu Ya Allah. Peliharalah anak2ku. Kasihanilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihiku di waktu kecil. Peliharalah seluruh kaum keluargaku, rakan2, jiran2ku serta umat muslimin dan muslimat dimuka bumi ini. Tetapkan hati kami dengan islam. dengan sepenuh iman dan ketakwaan. Ya Allah, restuilah perjalanan hidupku. aku mengharapkan perlindungan Mu Ya Allah. aku mengharapkan kasih sayang-Mu. Sayangilah aku dan keluargaku. Aamiin

Rabu, 12 Julai 2017

Open house sana sini !!

Assalamualaikum semua..

Dah balik dari kampung ni, kita serbu pulak orang KL kan...weekend lepas, jalan KL jem gara-gara banyaknya open house sana sini....hihi. Ingat nak sangkut kuali x yah masak tp nan adonya....en suami jenis yang bangun pagi je, mesti nak sarapan dulu. Dan bermulalah rutin mingguan mama ayu, sem pendek utk semester ni. tp yg x bestnya sbb kelas dibuat di UIA, Gombak...jauh pulaklah nak pergi. First class ditemani en suami tercinta bersama anak2. Dapatlah dorang merasa masuk U ni kan...UTM dah, UIA dah...ntah mana lagi lah nnt dorang nak merasa...hehe

Berbalik pada tajuk utama...ecece, melalut dulu sebelum nk tulis entry ni. Kejadian selepas pulang ke rumah di Klang. Jemput adik beradik & ipar duai datang ke rumah hari Jumaat lepas. Maklumlah masing2 tgh cuti lagi kan, merasa lah air tangan mama ayu.

Menu utama nasi minyak + ayam goreng berempah, kari daging + kambing bakar + acar hasil air tangan dak wany, samosa, brownies & buah anggur.

 Tetamu pertama yang tiba dulu...

 Family belah suami..
rata2 dorg kata nasi minyak mama ayu sedap....hihi, senang2 nnt mama ayu share resipi ye
 
Kawan2 dak wany yg hadir petang tu...terima kasih sbb sudi dtg

Ni keesokan harinya pulak...kt rumah adik en suami. Makan western pulak, spagheti + nasi impit & kuah kacang. & ada ice cream jugak

 Makan lagi..

 Beraya di rumah mak usu belah suami di Bangi

Rumah Uncle Din di Keramat

 Bergambar bersama tuan rumah
 
 Kt luar rumah pulak...kami family Keisha
 
 Terselit pulak gambar ni...hihi. En suami dukong Al Khair. Debab betul dak ni, geram tau..nk picit2 jek tengok..ngeee

Ok lah...ade je gambar lagi tp bila carik x jumpa lah pulak...ada 1 rumah lg kami beraya di Sepang, dh terdelete kot gambarnye...

Itu je pun nk cite...jumpa lagi, sayonara !!

Rabu, 5 Julai 2017

Album Raya Aidilfitri 2017 - D'ayuwans Family

Assalamualaikum semua..

Selamat menunaikan puasa 6 bagi mereka2 yang berpuasa. Syukur alhamdulillah dengan kurniaan Allah S.W.T diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang bertambah2. Mudah-mudahan dapat dikongsi bersama keluarga tersayang dan mereka yang memerlukan. Dah masuk 11 Syawal, betapa pantasnya masa berlalu sekarang ni kan. Dah lepas setengah tahun 2017...diam tak diam je kan. So utk sesiapa yang ada wishlist bg tahun 2017, ada hampair 6 bulan jek lg nak kejar...mama ayu tahun ni cm biasa je, focus utama nk abiskan degree..itupun tahun depan baru abis...huwaaa (dugaan sungguh bila2 nk abis ni, kena cekal je lah.

Ok lah, cmane ngan raya korang...mesti banyak gambar di ambil di pagi raya. Family mama ayu pun x ketinggalan juga, tahun ni memang penuhlah rumah mak, semua gambar complete. Jom layan..


Family mama ayu - cantik jek angle nak amek gambar tu, berlatarbelakangkan kehijauan di belakang tabir...hihi 

8 beradik...WAHILI's family 

Family along - dok kebek2 cari gambar ngan mak abah x jumpa pulak...adoiii

Family Uda

Family achik

Family Aman (anak no 5)

Family ajis ( anak no 6)

Family ajak ( anak no 7)

ehhh....gambar adik mana, cari x jumpa pulak...maka amek je lah gambar kt bawah ni

Mak abah bersama cucu-cucunya yg seramai 22 orang  

Bersama menantu2....tahun depan cukup kot total menantu 8, tinggal yang bongsu jek belum ada pasangan...coming soon bulan 3 nanti, in shaa allah

Sessi bersalam dah selesai...sessi bg duet raya pulak

Mak abah dapat wit raya anak2 kasi...

Penuh rumah....kelam kabut dibuatnya masa bagi duet raya tu...x tau anak sape yg dah dapat @ belum...hihi

Me & en suami

fefeling cm pengantin baru pulak....ahaks

Kami dua beradik perempuan

Budak seronok dapat duet raya

di halaman rumah 

 Singgah tepi sawah sbb view cantik...

Peace yo

Wany, nenek,alia & atuknya - bukan main senyum dapat duet raya banyak...
 
Syukur alhamdulillah...semoga bertemu lagi ramadhan akan datang dan dapatlah kita berkumpul macam ni selalu. Semoga mak abah sentiasa sihat dan dilindungi Allah. Kami semua sayang mak & abah. Untuk en suami mama ayu jugak, semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga anak cucu. Dan semoga Allah merahmati kami semua adik beradik dan di dalam peliharaan-Nya. Aamiin

Jumpa lagi, sayonara !!

 
 




 

Ahad, 2 Julai 2017

Corat coret Aidilfitri 2017

Assalamualaikum..

Dikesempatan ini, mama ayu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Sama-samalah kita bermaafan sempena bulan yang mulia ini.


Dah masuk hari ke-9 Syawal...cepatnya masa berlalu. Mama nak cerita lah apa yang kitorang buat di kampung. Raya tahun ni, kami beraya di Melaka. Tahun ni meriah sangat sebab semua keluarga ada. Kami 8 beradik semua ada di malam raya. Kesemua cucu mak abah yang seramai 22 tu berkumpul, in shaa Allah bulan 9 ni tambah lagi 1 anak buah mama ayu.

Our journey to balik kampung. Merasa lah anak2 bukak pose kt R&R. Sebab dah tak sabar2 nak balik kan....sempat lah mama ayu masakkan nasi goreng & samosa buat bekalan. Ada sefamily tu siap bentang tikar ko...seronok rasa. Makan sikit2 jek, pasni singgah R&R Dengkil utk sambung makan. Tetiba tekak ni teringin nk makan sate samuri pulak. Anak mama ayu, dak wany & awie dah balik dulu dengan neneknya...dapat lah dorg tolong neneknya kemas2 rumah

Misi mencari bahan nak buat kueh raya. Satu pekan merlimau tu dok cari kedai menjual bahan kek, sampai kat depan politeknik tapi tak jumpa gak. Akhirnya pergi kt Taman Debunga, ada kedai menjual bahan kek baru bukak...sib baik ada jual, dapatlah buat 4 jenis biskut raya.

Anak buah ramai, senang keje...sekejap jek leh siap hehe

Monster cookies nama diberi...lead by my adik - Achik Seha 
Ada macam2 dlm cookies ni, butter + peanut + M&M + nestum +cornflakes + gula perang + gula putih...rasa memang yummy, gigit 1 pasti nak lagi

Ketupat in the making...kalau balik Melaka, raya pertama mesti ada ketupat. Setiap rumah wajib ada ni...nak merebus 4 jam ko, sib baek ada piuk besar, sekali harung je rebus.
Sesambil buat keje tu, ada sesi menggosok baju tp tak amek gambar lah pulak. Guna iron philips dari Amway, keje menggosok sangat mudah. Ipar2 yg pakai kata memang syiok guna iron ni...ape lagi, kalau nak order jangan lupa roger mama ayu. Kita bagi harga kasih sayang lagi....hihi

Bebudak ni dok tunggu air dalam kolam ni penuh, pok de dia beli kolam besar pulak...seronok bebetul dorang ni. Malam raya berkubang main air


Rendang ayam in the making.. 

Tadaa....dh siap dh ketupat untuk di makan di pagi raya
 
Sambung next episod pulak...Album Raya 2017

Jumpa lagi, sayonara !!