Jumaat, 8 September 2017

Zakat KWSP

Assalamualaikum semua..

Hujan rahmat di waktu petang. Dapat goreng pisang panas pun sodap ni...hehe
Hari ni mama nk cite sikitlah mengenai zakat KWSP. Apa tu zakat KWSP? Ini jawapan yang mama dpt hasil carian di laman sesawang Lembaga Zakat Selangor

WANG KWSP ialah wang daripada pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaannya yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja kerana tertakluk di bawah akta KWSP. KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa.
Wang ini hanya boleh dikeluarkan sebahagiannya oleh pencarum apabila ia mencapai umur tertentu dalam tempoh perkhidmatannya atau mengambil keseluruhannya apabila ia telah mencapai umur pencen atau bersara. Selain daripada pengeluaran berdasarkan faktor umur, ianya juga boleh dikeluarkan setelah memenuhi syarat –syarat dibawah pelbagai Skim Pengeluaran KWSP.

Terdapat dua pandangan berkenaan zakat bagi KWSP.
  • Sebelum mencapai umur 55 tahun (pemilikan belum sempurna)
    2.5% dari jumlah pengeluaran KWSP adalah jumlah wajib zakat.Jumlah pengeluaran tidak mengira samada mencapai nisab.
    Jika jumlah pengeluaran KWSP dibawah nisab,hendaklah dicampurkan bersama pendapatan lain
  • Setelah mencapai umur 55 tahun (pemilikan sempurna
    2.5%  atas keseluruhan wang KWSP dizakatkan seperti kaedah zakat simpanan.
    Dengan itu,tiada lagi tolakan caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP
Contoh Pengiraan Zakat KWSP
Nisab Tahun 2012 : RM13 000.00
Encik Ali berumur 35 tahun mengeluarkan wang caruman KWSP sebanyak RM20,000 daripada Skim Pengeluaran Pendidikan.
Jumlah zakat yang dikenakan : RM20,000 X 2.5% = RM500.00
Setelah mendapat informasi yang diperlukan, mama pun pergi ke Lembaga Zakat Selangor untuk pembayaran zakat bagi arwah suami. Selepas pembayaran tu, ada akad ye di mana kita sebagai wakil mewakili (sebutkan nama arwah) bagi pembayaran zakat kwsp untuk tahun 2017 kerana Allah Taala. Pastu pihak zakat pun ada akadnya sebagai menerima, kemudian ada bacaan doa sikit yang dibacakan oleh wakil daripada pihak zakat. 

Syukur alhamdulillah, selesai jugak satu perkara.  

Cenderahati daripada pihak Zakat Selangor 
 
Usai selesai, mama pun keluar. Sebaik je melangkah ke muka pintu, mama terbau haruman yang selalu arwah pakai. Allahu, terasa dekatnya arwah dengan mama. Bukan sekali je tapi di rumah pun kekadang berbau wangi macam ni. Seolah-olah arwah ada di sebelah mama. 😭😭😭. Haruman tu kekadang ia datang sebab mama tahu semasa arwah hidup, arwah memang suka berwangi-wangian. Sedih lah pulak.

Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Aamiin

Jumpa lagi..
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan