Assalamualaikum…
Hujan dipagi hari semoga membawa rahmat ke serata alam.
ANAK...
Anugerah terindah yang Allah beri kepada kita. Walaupun hanya pinjaman di dunia, tetapi membawa manfaat di akhirat kelak.
Anak-anakku
Andai kalian tahu, betapa kasih dan sayang nya mama pada kalian
Andai kalian tahu, betapa kalian itu bukan beban bagi mama tetapi penyejuk hati di kala sepi
Memandang kalian, redup mata mama seakan di buai rasa
Kalianlah yang bertakhta di hati mama
Anak-anakku
Doa mama sentiasa mengiringi agar kalian semua BERJAYA di dunia dan akhirat
Mama tidak akan berhenti berharap agar satu masa nanti kalian memahami hati ini
Mama selalu mengharapkan yang terBAIK buat kalian
Ya Allah,
Jadikan aku, anak-anakku dan zuriat keturunanku dalam golongan yang sentiasa mendirikan solat. Perkenankan doaku Ya Allah....Aamiin
Jumpa lagi, sayonara !!
Rabu, 21 November 2018
Isnin, 19 November 2018
Salam Maulidur Rasul 2018
Assalamualaikum..
Selamat menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW dan selamat bercuti. Meh nak kongsi sikit mengenai biodata nabi junjungan kita Nabi Muhammad yang dirindui. Moga kita mendapat syafaat di akhirat kelak. In shaa Allah.
BIODATA RASULULLAH S.A.W
🖌 Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim.
🖌 Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
🖌 Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
🖌 Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
🖌 Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
🖌 Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
💓 Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
💓 Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
💓 Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
💓Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.
USIA 20 TAHUN
💓Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
💓Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
💓Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
💓Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
💓Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga" (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا Ù…Øمد وعلى آله واصØابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agung
Jom bersalawat.
Jumpa lagi, sayonara !!
Khamis, 15 November 2018
Cerminku Retak Seribu
Assalamualaikum..
Selamat hari Jumaat yang penuh dengan barokah. Semoga kita semua di dalam lindungan Allah SWT. Jom submit doa banyak-banyak pada hari ini, mana lah tahukan, ada di antara doa kita yang dimakbulkan Allah.
Ni mama nak cerita kejadian hari Rabu kelmarin. Balik-balik rumah je tengok cermin sliding door pecah. Banyak betul kejadian hari itu yang tidak terduga. Walaubagaimanapun, masih diberi kesempatan untuk menabur bakti di sekolah anak. Alhamdulillah.
Haaa...camno cermin ni boleh pecah macam ni, mama pun tak boleh nak imagined sebab tak de di tempat kejadian. Sampai-sampai rumah je, anak (kawan dak awie) minta maaf sebab dah pecahkan cermin ni. Allahu, tak boleh nak cakap apa dah, benda dah terjadi kan. Tengok muka kawan tu dah cuak, nampak kerisauan dah di situ. Ye lah, mesti piker camne nak ganti cermin yang pecah tu kan....huhu. Ni semua akibat bergurau lah ni...member tu takut lipas, yang kawan-kawan lain dok usik. Kan tak pasal-pasal cermin ni jadi mangsa. Mama harap kawan dak awie tu tak de lah kecederaan apa-apa. Dah lah tengah menduduki peperiksaan SPM. Dapat tahu je, mama suh dia balik rumah sebab nak Maghrib dah. Usai solat, sempatlah mama baca quran sikit. Dapat jugaklah sejukkan hati ni kan. Benda dah terjadi, nak marah pun tak boleh. Sabar dan redha. Malam tu jugak, mama dok google orang yang buat pintu sliding, so berwasap lah kita. Kos untuk satu pintu tu RM280. Mama tak tahu lah murah ke mahal, yang penting pintu segera dibaiki. So kalau korang nak buat sliding door pintu ke tingkap ke..bolah lah call no ni 017-8720856. Nama mama tak tahu sebab tak tanya pun....hahaha
Hasil
⇓
⇓
⇓
⇓
⇓
⇓
⇓
⇓
⇓
Siap pilih cermin gelap lagi..😎
Dalam duka itu, ada juga terselit kegembiraan. Tengah duduk-duduk layan cerita kat tv, dapat wasap daripada cikgu sekolah Iman. Alhamdulillah, Iman naik pentas tahun ni, periksa dapat no. 3. So hari Khamis ni mama ke sekolah lah nampaknya. Dengan keputusan UPSR nak keluar time tu....moga anak-anak terus berjaya di dunia & akhirat. Doa mama sentiasa mengiringimu duhai anak.
Itu je nak cerita pun. Nanti kita sambung tajuk lain pulak...hihi
Jumpa lagi, sayonara !!
Cuti Deepavali di Hotel Bangi Putrajaya
Assalamualaikum..
Kebek-kebek FB tengok ramai kawan-kawan yang telah melahirkan anak. Tahniah untuk mereka, bertambah seri lah rumah korang dengan kehadiran cahaya mata baru. Mama ni dah tak payah nak pikir lagi...nak kena bangun malam sebab anak meragam, nak beli susu, beli pampaers dan sebagainya. Tapi bila anak-anak dah besar, lain pulak kerenahnya...huhu. Mama ni tak terfikirlah pun nak mengandungi lagi ke apa, nak-nak dah bergelar ibu tunggal kan aka balu...tapi pernah kot termimpi yang mama ni mengandung...apakah? hahaha...mimpi mainan tidur 😱
Malam tadi pun dapat tahu yang adik ipar yang bongsu tu mengandung, bertambah lagi lah ahli keluarga wahili family ye tahun depan. Kena lah mama sediakan duit raya lebih jugak...hahaha
Ok lah, nak cerita kisah kami masa cuti deepavali ari tu. Asal perancangan nak pergi ke Kelantan, kebetulan ada anak kawan opis lama ni menjemput jemputan kahwin anaknya tapi disebabkan kami menerima perkhabaran yang nenek tersayang telah pergi bertemu Ilahi, maka trip ke Kelantan di batalkan. Ke Melaka lah kita minggu lepas. Sebab dah janji ngan anak-anak nak pergi hotel yang ada kolam...mama pun book lah Hotel Bangi-Putrajaya yang dekat tu thru Agoda. Dapatlah harga bawah RM200. Hotel 5 bintang lagi ko...Jom lah tengok gambar
Sebab pergi time cuti Deepavali, dapatlah tengok kolam ( iye ke ejaannya ) 😇
Bergambar dulu selepas check in...kita jelajah kawasan
Tenang je tengok ikan berenang. Banyak sungguh ikan-ikan di dalam kolam ni
Daya tarikan untuk anak-anak bercuti. Pertama, mesti pilih hotel atau resort yang ada kolam...hehe
Mandi lah korang puas-puas ye...dak wany tak dapat mandi sebab tak pakai baju renang. Hahaha, mama kena plan lain lah pulak sebab dia tak dapat mandi kan. Ingatkan kat sini boleh pakai baju biasa tapi tak lepas jugak...huhu
Tunggu next trip masa birthday awie pulak lah...tengah google-google kat laman web www.agoda.com untuk percutian seterusnya. Lagipun cuti sekolah tak lama lagi..kena lah bawak anak-anak berjalan.
Jumpa lagi, sayonara !!
Jumaat, 9 November 2018
Ceritera
Assalamualaikum
Salam Jumaat yang penuh barakah. Malam tadi hujan selebat-lebatnya. Dapatlah submit doa banyak-banyak, moga Allah kabulkan permintaan kita. Bukan nak banyak, tapi berdoa agar diri ini terus berpegang pada tali Allah. Bukan mudah untuk terus istiqomah, setidak-tidaknya kita berusaha untuk ke arah kebaikan. In shaa Allah.
Hari ni nak cerita perihal anak-anak aje lah..
Situasi 1
Yana : Mama, esok boleh tak nak sepuloh ringgit? Nak masuk rumah hantu kat sekolah...kena beli kupon.
Iman : Mama, Iman nak beli kupon ada event kat sekolah, boleh tak mama bagi banyak sikit, dua puluh ke, lima puluh ke... Iman nak dapat cabutan bertuah sebab kalau beli banyak kupon lagi banyak boleh masuk pertandingan cabutan bertuah tu...
Imin : Mama bagi lah imin sepuloh ringgit, imin nak jugak masuk rumah hantu dan tengok wayang. Pastu imin nak lagi sepuloh ringgit sebab nak bayar duit kelas untuk jamuan akhir tahun.
Mama : 👀👪😂
Ini belum masuk lagi hari kejadian yang sepatutnya..Karnival Sekolah pada 17/11 ni...adoiii
Situasi 2
Imin : Mama, esok imin belajar mandi wajib pastu imim masuk pertandingan memasak. Imin kena buat air.
Mama : Aik, kata memasak tapi kenapa buat air pulak…
Imin : Ye lah, kawan imin yang lain tu dah masak, imin kena sediakan air lah. Air yang mama buat masa hari raya tu ada tak?
Mama : Mana ada...mama kena beli jus dia dulu tapi kena beli kat Amway. Mana nak cari malam-malam ni.
Imin : Alaaa...air tu kawan imin kata sedap
Mama : Hmmm...yang mana ade je lah, mama malas lah nak keluar. Imin buat air sirap ye...huhuhu. nanti imin letaklah laici ke..baru best lain sikit...hehe
Mama dah tido, anak-anak sibuk sediakan perkakasan dorang nak mandi wajib kat sekolah. Habis kain pelikat arwah ayah dia, tuala, selipar di bawaknya. Buat lah kerja anak-anak, mama penat ni nak tido dulu. Pesen mama bangun awal tak pe, asalkan jangan tido lewat. Nanti penat oooo…
Situasi 3
Iman : Mama, hari ahad ni kan...convo. Boleh tak iman nak pakai baju hijau masa Kawin poksu.
Imin : A ah...imin pun sama. Baju tu cantik…
Mama : Boleh je...tapi untuk convo je tau. Baju tu mama nak buat baju raya untuk tahun depan…
Kwang..Kwang..Kwang….haaaa, jimat dah di situ. Tahun depan tak payah piker nak warna apa untuk raya. hihihi
Sampai sini je lah...lain kali cerita lagi, sayonara !!
Selasa, 6 November 2018
Pergi Jua
Assalamualaikum..
Tanggal 1 November 2018, nenek kesayanganku menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar, Melaka. Kami dapat tahu hal ini selepas Maghrib tak silap. Masa tu aku tengah dalam perjalanan untuk menjemput anakanda wany pulang ke rumah. Wany tengah cuti exam seminggu ni, hari sabtu ni pergi semula ke Politeknik dan akan bercuti lagi selama tiga minggu. Bulan 12 nak masuk semester 2 dah...cepatnya masa berlalu. Aku sebaik je mendengar perkhabaran dari mak, terus mengucapkan innalillahiwainnahirojiun. Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Malam tu jugak bergegaslah adik beradikku pulang ke kampung. Aku tidak pulang pada malam itu, kerana aku tidak berani pulang di waktu malam bersama anak-anak. Agak-agak kalau sampai kampung maunya pukul 12-1 pagi...so aku decide untuk balik esok pagi selepas subuh. Lagipun nenek dikebumikan pada pagi Jumaat sebelum solat Jumaat, dalam pukul 10.00 pagi camtu.
Esoknya, seawal pukul 430 pagi aku dah bangun dan mengejutkan anak-anak untuk bersiap balik ke kampung. Sementara tunggu solat Subuh, semua barang-barang dah masuk dalam kereta. Habis solat kami pun gerak. Masa ni jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Perjalanan kami ke Melaka sangat lancar pagi itu. Pukul 8.30 pagi, kami tiba di kampung. Sebaik sampai je, mayat belum dimandikan lagi. Ku lihat dua orang yang menguruskan jenazah sedang menguruskan persiapan kain kapan. Ku buka selendang yang menutupi muka nenek untuk melihatnya buat kali terakhir. Ntah kenapa, airmata ini tidak mahu mengalir. Aku tidak dapat mengalirkan airmata walaupun hatiku begitu sebak. Aku pun tidak tahu, tetapi yang pastinya aku tidak berasa ralat sebab minggu lepas aku dapat memegang tangan nenek dan mengusap kepalanya. Masa tu pun, keadaan nenek begitu lemah.
Sebaik siap kain kapan, masa untuk memandikan jenazah. Aku mengambil peluang untuk memandikan jenazah buat kali yang terakhir. Ini bukanlah kali pertama aku memandikan jenazah tapi memang aku ingin memandikan dan diberikan kesempatan untuk berbuat demikian. Alhamdulillah, segala perjalanan dipermudahkan. Usai mandi selesai, masa untuk mengkapankan jenazah. Selesai semua kami mengambil peluang terakhir untuk mengucup jenazah. Sebab anak-anak dan cucu-cucu nenek ramai, maka proses itu mengambil masa yang agak lama. Selesai je semua, jenazah di bawa keluar dan disolatkan di depan rumah. Selepas solat, jenazah di hantar ke tanah perkuburan. Masa ni, aku tak pergi. Keluar je dari rumah nenek, ramai nye orang kat dalam dan luar rumah. Penuh pada ruang kat situ. Aku berlalu ke rumah mak untuk sarapan. Masa ni baru terasa perutku kosong.
Alhamdulillah...selesai sudah pengebumian jenazah nenek
Yang pergi telah pun pergi. Yang masih tinggal harus meneruskan kehidupan seperti biasa. Hilang salah satu nikmat keindahan kasih sayang di dunia ini. Sesungguhnya bila kita kehilangan insan tersayang, amat memberikan kesan di hati. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi. Moga Allah melapangkan kubur mereka.
Jumpa lagi, sayonara !!
Langgan:
Catatan (Atom)