Tanggal 1 November 2018, nenek kesayanganku menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar, Melaka. Kami dapat tahu hal ini selepas Maghrib tak silap. Masa tu aku tengah dalam perjalanan untuk menjemput anakanda wany pulang ke rumah. Wany tengah cuti exam seminggu ni, hari sabtu ni pergi semula ke Politeknik dan akan bercuti lagi selama tiga minggu. Bulan 12 nak masuk semester 2 dah...cepatnya masa berlalu. Aku sebaik je mendengar perkhabaran dari mak, terus mengucapkan innalillahiwainnahirojiun. Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Malam tu jugak bergegaslah adik beradikku pulang ke kampung. Aku tidak pulang pada malam itu, kerana aku tidak berani pulang di waktu malam bersama anak-anak. Agak-agak kalau sampai kampung maunya pukul 12-1 pagi...so aku decide untuk balik esok pagi selepas subuh. Lagipun nenek dikebumikan pada pagi Jumaat sebelum solat Jumaat, dalam pukul 10.00 pagi camtu.
Esoknya, seawal pukul 430 pagi aku dah bangun dan mengejutkan anak-anak untuk bersiap balik ke kampung. Sementara tunggu solat Subuh, semua barang-barang dah masuk dalam kereta. Habis solat kami pun gerak. Masa ni jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Perjalanan kami ke Melaka sangat lancar pagi itu. Pukul 8.30 pagi, kami tiba di kampung. Sebaik sampai je, mayat belum dimandikan lagi. Ku lihat dua orang yang menguruskan jenazah sedang menguruskan persiapan kain kapan. Ku buka selendang yang menutupi muka nenek untuk melihatnya buat kali terakhir. Ntah kenapa, airmata ini tidak mahu mengalir. Aku tidak dapat mengalirkan airmata walaupun hatiku begitu sebak. Aku pun tidak tahu, tetapi yang pastinya aku tidak berasa ralat sebab minggu lepas aku dapat memegang tangan nenek dan mengusap kepalanya. Masa tu pun, keadaan nenek begitu lemah.
Sebaik siap kain kapan, masa untuk memandikan jenazah. Aku mengambil peluang untuk memandikan jenazah buat kali yang terakhir. Ini bukanlah kali pertama aku memandikan jenazah tapi memang aku ingin memandikan dan diberikan kesempatan untuk berbuat demikian. Alhamdulillah, segala perjalanan dipermudahkan. Usai mandi selesai, masa untuk mengkapankan jenazah. Selesai semua kami mengambil peluang terakhir untuk mengucup jenazah. Sebab anak-anak dan cucu-cucu nenek ramai, maka proses itu mengambil masa yang agak lama. Selesai je semua, jenazah di bawa keluar dan disolatkan di depan rumah. Selepas solat, jenazah di hantar ke tanah perkuburan. Masa ni, aku tak pergi. Keluar je dari rumah nenek, ramai nye orang kat dalam dan luar rumah. Penuh pada ruang kat situ. Aku berlalu ke rumah mak untuk sarapan. Masa ni baru terasa perutku kosong.
Alhamdulillah...selesai sudah pengebumian jenazah nenek
Yang pergi telah pun pergi. Yang masih tinggal harus meneruskan kehidupan seperti biasa. Hilang salah satu nikmat keindahan kasih sayang di dunia ini. Sesungguhnya bila kita kehilangan insan tersayang, amat memberikan kesan di hati. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi. Moga Allah melapangkan kubur mereka.
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan