Bersangka baik pada Allah
Ada masanya ujian itu pahit pada kita tapi manis pada Allah
Sebab apa?
Ujian itu mengajar kita untuk lebih tabah menghadapi kehidupan ini
Baik penerimaan kita, akan baik juga pengakhirannya
Allah uji sebab Allah rindu nak dengar rintihan kita
Jika kita menganggap ujian itu secara positif, pasti kita akan terus tunduk kepada Nya, bukan berpaling dengan mengatakan kenapa aku yang diuji?
Kita tahu ujian itu pasti ada hikmahnya tapi janganlah kita bersangka-sangka pada takdir Allah
Kehidupan harus diteruskan selagi nyawa dikandung badan
Jadilah hamba yang diredhai, semoga kita semua mendapat rahmat Allah SWT
Mama post kata-kata indah ni kat fb minggu lepas. Bukan apa, untuk peringatan diri sendiri juga. Hari Sabtu yang lalu, pak usu bagitau kt group wasap yang nenek sakit. Almaklumlah nenek mama umurnya dah lebih 100 tahun tapi Allah kurniakan nenek umur yang Panjang. Terkadang kita terfikir, kenapa Allah jadikan kejadian seperti itu? Mungkin Allah nak beri pahala berlipat ganda kepada anak-anak untuk membela ibu mereka. Bayangkan di saat ibu melahirkan kita, bagaimana kudratnya dapat melawan kesakitan bersalin yang dialami. Itu lah ibu, yang perlu kita sanjung dan kita hormati. Ibu tiada galang gantinya. Andainya ibu telah tiada, lihatlah betapa sunyinya hidup kita tanpa ibu.
Abah pulak, bila dapat tahu je nenek tak sihat, mahu segera pulang ke kampung. Nak naik moto katanya, cepat sampai. Hmmm...kami adik beradik runsing betul kalau abah nak naik moto. Mak telefon bagitau nak balik ngan adik yang bongsu tapi belum ada kata putus. Mak tu kan, bagi hint2 je, risau mak kalau-kalau menyusahkan mama ayu. Dan nasib baiklah minggu ni mama free tak de kelas. So apa-apa je planning untuk minggu ni kena cancelkan. Hajat mama nak bawak adik yang dari Sarawak untuk makan di The Captain Steamboat and Grill terpaksa dicancelkan. Kebetulan pulak, larian carnival Masjid Negeri pun dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Nampak tak hebatnya perancangan Allah. Hari sabtu tu, pas habis kerja, mama ke Shah Alam untuk pengambilan t-shirt larian. Dalam hujan lebat, kami redah asalkan dapat t-shirt hari tu jugak. Malas kot nak datang lagi sekali. Selesai pengambilan t-shirt tu, terus call mak, bagitau kejap lagi angah datang ambil mak kt rumah. Balik kampung. Sesampai di rumah, terus suruh anak-anak siap. Kain baju yang belum berbasuh tu tinggalkan dulu. Ada emergency, esok balik dari kampung baru kita buat.
Sampai di Bangsar dalam kul 530 petang, Singgah solat dan makan, dan kul 6 lebih kami gerak balik ke Melaka. Sampai di Melaka lebih kurang pukul 9 malam disebakan jalan jem yang teramat sangat di km220 sebelum tol Simpang Ampat, Alor Gajah. Ada lori terbalik katanya. Allahu...jem sampai tak bergerak ko. 1 jam kami atas jalan yang jem tu...huhu. Once dah melepasi kawasan yang jem tu, kami singgah di RnR Ayer Keroh untuk makan dan selepas itu meneruskan perjalanan. Alhamdulillah sampai juga dikampung dan dapatlah abah dan mak berziarah melihat maknya.
Persoalannya di sini, why me? Kenapa aku yang perlu bersusah payah membawa mak abah ke kampung. Owh...sebenarnya bukan susah pun kan. Allah beri ruang dan waktu untuk aku berbakti kepada ibu bapaku. Bersangka baik dengan apa yang Allah telah tetapkan. Kebetulan, waktu itu aku tiada urusan lain yang lebih penting untuk diuruskan, maka aku telah diberi kesempatan untuk membawa mak abah balik ke kampung. Jangan pernah berkira untuk mak abah sebab mereka tidak pernah berkira untuk menjaga kita sewaktu kita kecil. Jasa mereka tidak mungkin dapat kita balas hingga ke hujung nyawa sekalipun.
Allahu, betapa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bila kau memudahkan urusan orang, maka Allah akan mudahkan urusan dirimu sendiri. Yakin pada Allah, betapa Allah itu Maha Besar.
Sekian, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan