Selasa, 9 Oktober 2018

Ikhlas..

Assalamualaikum semua..

Berpagian hari ini mama ayu update blog. Bila masa ko nak menulis tu...maka tulislah supaya apa yang ditulis itu mendapat manfaat bagi orang lain.

Renungan pagi ini mama nak utarakan tentang IKHLAS. IKHLAS adalah salah satu daripada amalan hati. Ia membawa maksud, melakukan sesuatu semata-mata mencari keredhaan Allah tanpa dicampuri dengan tujuan lain seperti mengikut keinginan hawa nafsu, mendapatkan keuntungan, pangkat, harta,kedudukan dan kemasyuran, meminta pujian dan sanjungan atau sesuatu yang lain bukan kerana Allah SWT. Orang yang ikhlas melakukan kerja semata-mata untuk taqarrub iaitu mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Dalam dunia ini, ramai orang yang baik-baik. Tetapi belum tentu orang yang baik itu betul-betul ikhlas. Camne tu? Ikhlas adalah sesuatu perkara yang sangat subjektif. Bila keikhlasan melibatkan hati, sedangkan kita pun tahu hati kita macam manakan? Hati yang sering berkata-kata, hati yang kadang-kadang penuh resah dan gelisah, hati yang kadang-kadang mengikut hawa nafsu dan sebagainya. Bila bercakap soal hati, setiap orang mempunya pendirian dan tingkah laku berbeza. Apa jua tindakan yang kita buat, yang kita lakukan datangnnya dari hati kita sendiri.

Beruntunglah seseorang mukmin itu jika dia memperolehi tahap keimanan sesuai dengan tahap keikhlasan yang diberi. Manusia amat mudah mengatakan ikhlas tetapi sejauh mana keikhlasan yang di ucapkan itu mencapai tahap yang betul-betul ikhlas kerana Allah. Sama-sama lah kita berdoa supaya Allah memberikan rasa syukur, rasa berterima kasih , rasa bahawa kita ini sangat dekat dengan Allah. Betapa Allah itu Maha Agong dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Petikan diambil dari SINI

Amalan tanpa niat adalah kebodohan. Niat tanpa ikhlas adalah riya’ dan sia-sia. Allah Subhanahuwata’ala berfirman tentang amal yang dimaksudkan selain daripada-Nya akan menjadi sia-sia:
وَقَدِمۡنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُواْ مِنۡ عَمَلٖ فَجَعَلۡنَٰهُ هَبَآءٗ مَّنثُورًا ٢٣
Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu sebagai debu berterbangan
(Surah Al-Furqan:23)
Allah Subhanahuwata’ala tidak menerima amal tanpa keikhlasan sebagaimana yang dikatakan oleh Sulaiman Alaihissalam dalam al-Quran:
رَبِّ أَوۡزِعۡنِيٓ أَنۡ أَشۡكُرَ نِعۡمَتَكَ ٱلَّتِيٓ أَنۡعَمۡتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَيَّ وَأَنۡ أَعۡمَلَ صَٰلِحٗا تَرۡضَىٰهُ وَأَدۡخِلۡنِي بِرَحۡمَتِكَ فِي عِبَادِكَ ٱلصَّٰلِحِينَ ١٩
Ya Rab-ku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh
(Surah An-Naml:19)
Keikhlasan tidak akan sempurna kecuali dengan niat yang tulus semata-mata kerana Allah Subhanahuwata‘ala dan terlepas daripada kecenderungan individu atau duniawi. Dalam erti kata lain manusia mestilah bergantung kepada Rab-nya. Hanya dengan cara itu Allah Subhanahuwata‘ala akan memberinya kekuatan sebagai ganti kelemahan, keamanan sebagai ganti ketakutan dan kecukupan sebagai ganti kemiskinan.
Hanya keikhlasan dapat membantu manusia mengawal diri dan syahwat yang tersembunyi, kerana sesungguhnya keinginan yang tersembunyi itu lebih merbahaya daripada apa-apa yang kelihatan. Hendaklah setiap muslim melakukan sesuatu perkara tulus ikhlas kerana Allah Subhanahuwata‘ala. Semua yang ada pada dirinya hanya untuk Allah Subhanahuwata‘ala. Firman-Nya:
۞وَمَن يُسۡلِمۡ وَجۡهَهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِ وَهُوَ مُحۡسِنٞ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰۗ وَإِلَى ٱللَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٢٢
Dan, barangsiapa menyerahkan diri kepada Allah, sedang dia adalah orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang pada tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala sesuatu.
(Surah Luqman:22)

Semoga hati kita tergolong dikalangan hati yang IKHLAS. In Shaa Allah.

Jumpa lagi, sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan