Hujan lebat melanda Klang saat ini. Dan memang kita tahu kan, ramalan kaji cuasa ada mengatakan bahawa hujan akan turun sehingga hujung bulan Disember. Dan ada ura-ura mengatakan bahawa kawasan Klang akan menghadapi banjir. Hujan itu memang membawa rahmat tetapi hujan yang berlebihan boleh menyebabkan musibah seperti banjir dan sebagainya. Sama-sama lah kita berdoa kepada Allah SWT, semoga Allah memelihara kita semua.
Haha, mukadimah kena ada sebelum memulakan bicara. Ni kejadian hari Sabtu lepas, kami semua ke Bukit Ampang kerana meraikan adik bongsuku ber akad nikah. Sampai jodohnya di kala umur 27 tahun. Maka genaplah sudah kesemua adik beradikku telah berumahtangga. Ni kira majlis penutup buat Wahili family...
Jom lah layan gambar
My big family
Family perempuan
Tak banyak nak cerita, biar gambar je yang berbicara ye...tahniah buat adik bongsuku Mohamad Fadhir Bin Wahili dan pasangannya Nur Syafika binti Arip. Angah doakan korang berbahagia selalu dan dilimpahi rezeki serta Berjaya di dunia dan akhirat. Selamat menjalani hidup berumahtangga.
Sekian, jumpa lagi..sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan