Isnin, 1 Oktober 2018

Menunaikan Impian

Assalamualaikum...


Selamat pagi semua, pagi yang didatangkan dengan hujan lebat. Semalam petang hujan ribut dikawasan Klang. Sana sini orang update mengenai pokok tumbang, atap terbang dan macam-macam lagilah. Sape yang merasainya, memang akan terasa. 

Perasan tak..Allah timpakan hujan supaya kita boleh berdoa sebab doa bila hujan ni akan Allah makbulkan. Tetapi jika hujan yang disertakan ribut dan petir, mungkin akan membawa mala petaka. Untuk mereka yang bersangka baik, fenomena ini sebagai peringatan untuk kita semua supaya lebih dekat dengan Allah SWT. Ye ada juga yang mengaggap ini sebagai musibah tetapi ketahuilah, Allah Maha Mengetahui setiap perkara yang ditimpakan kepada umatNya.

Suka nau kan mama ayu lari dari tajuk...haha. Meh sini mama nak ceritakan mengenai menunaikan impian. Setiap orang mempunyai impian masing-masing, tidak kira kecil atau besar impian itu. Apabila seseorang berimpian, mesti mereka ada cara bagaimana untuk menunaikannya kan? Tidak guna seseorang yang berimpian tetapi tidak mahu mencapai impian yang diimpikan.

Ada orang...IMPIAN nya untuk menjadi kaya, ada yang ingin belajar hingga ke peringkat yang lebih tinggi demi mencapai cita-cita, ada yang ingin ada bisnes sendiri dan ada juga yang ingin menjadi pekerja yang cemerlang. Apa pun impian kita, berpaksilah kepada jalan Allah. Antara perkara-perkara yang boleh kita lakukan untuk menunaikan impian kita adalah dengan:

1~ Focus terhadap apa yang kita inginkan, once kita dah decide apa yang kita mahu, kita mesti berusaha untuk mencapai apa yang kita inginkan. Dalam hal ini, kata-kata negatif dari orang lain kita tolak tepi, yang perlu dilakukan hanya FOCUS.

2~ Kerjakan/membuat tindakan terhadap apa sahaja yang telah kita focuskan dengan impian kita itu. Tindakan yang kita buat akan mempengaruhi kecapaian impian yang telah kita focuskan tadi.

3~ Usaha...usaha penting supaya perkara yang kita buat tidak terhenti separuh jalan. Dugaan dalam kehidupan ini pasti ada, begitu juga dugaan dalam mengejar impian kita. Kita perlu berusaha dan terus berusaha sehingga berjaya. Kejayaan tidak akan datang sendiri sebaliknya kita harus berusaha untuk memilikinya.

4~ Berserah dan bertawakal kepada Allah. Setiap usaha yang kita lakukan, kita wajib melakukannya kerana Allah. Berserah dan tawakal membawa maksud kita memohon kepada Allah dan memanjatkan doa agar apa yang kita lakukan mendapat redha Allah dan memohon supaya Allah permudahkan segala yang kita lakukan. Sebab itu, ada  hadis yang mengatakan, "senjata utama seorang mukmin adalah DOA". Berdoalah dan mintalah apa sahaja kepada Allah, nescaya akan Allah kabulkan.

5 ~ Ikhlas...bab ikhlas ni agak susah untuk dipraktikkan. Kenapa mama kata begitu? sebab ada orang yang mengatakan dia ikhlas tetapi di dalam hati masih berkata-kata. Allahu, agak sukar untuk melakukan ikhlas. Sebab tu ada hadis yang menyebut "bila kita bersedekah dengan tangan kanan, tangan kiri tidak tahu pun kebaikan yang telah kita lakukan". Nak mencapai tahap ini bagi mama agak sukar, sebabnya kita sebagai manusia memang suka bercerita. Membawang lah katakan. Dengan medium komunikasi yang tiada sempadan, ye mungkin orang melihat kita nak show off tapi sebenarnya hanya orang tu sendiri yang tahu samada itu untuk ditayangkan atau untuk memberitahu kepada orang supaya mereka juga boleh membuat macam kita. Hal sebegini adalah sesuatu yang sangat subjektif kerana pemikiran setiap manusia tidak sama. Ada yang memandang sebagai positif begitu juga sebaliknya. Yang penting, nawaitu kita kena betul.

6~ Bersyukur dengan setiap apa yang telah ditetapkan. Apa sahaja yang kita impikan, ada masanya cepat je kita dapat. Kadang-kadang, apa yang kita mahu, ada juga yang kita tidak dapat. Cepat atau lambat terkabulnya keinginan kita, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita harus percaya bahawasanya Allah akan memberi kita at "the right time and the right place". Berusahalah selagi kita termampu, bergantung haraplah kepada Allah yang Maha Pencipta.

Itu saja coratan mama buat pagi ini. Musim-musim hujan ni perut asyik lapar je kan. haha. Semoga pengisian ini mendapat manfaat untuk semua.

Jumpa lagi, sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan