Haa, amekkaw tajuk hari ni, memang hari Rabu pun kan. Tak tahu nak cerita apa kan. Macam biasa, anak-anak masih menghadap paper UPSR mereka. Esok paper Sains. Pas ni boleh berehat seminggu sebelum bersambung dengan peperiksaan UPSRA. Boleh rehat ke? Eh !...Menjaga anak-anak lelaki memang tak sama dengan anak perempuan.
Oklah, setiap kali mama balik rumah je, mesti tanya dak kembar, macamana peperiksaan hari ini. Semalam paper English.
Mama : Camne periksa, boleh jawab tak?
Imin : emmm, aaaaa...boleh lah tapi imin rasa macam gagal lah
Mama : Aik, kenapa pulak? Baru satu paper dah cakap gagal...esok jawab elok-elok ye
Iman : Iman boleh jawab. Iman rasa macam betul je. Mama tahu tak, Iman main ROBLOX kan, banyak membantu tau..Iman belajar Bahasa Inggeris kat situ.
Mama : Eh ! 😠(dalam hati ada betul jugak, sebab dorang ni masa main ROBLOX, ada jugak tanya apa maksud sesuatu perkataan tu) hmmmmm
Camne tu? Kang dibagi main games ROBLOX, dah tak boleh nak buat keje lain. Tapi at least ada jugaklah bebudak ni belajar bahasa masa permainan tu. Aduhhh...mama dalam dilema.
Apa-apa pun no gadget sepanjang peperiksaan. Focus walaupun mama tahu takat mana kemampuan anak-anak mama. Mama doakan yang terbaik untuk korang. Aamiin
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan