Ahad, 9 September 2018

Tahun Baru Maal Hijrah 1440

Assalamualaikum semua.

Tahun Baru Maal Hijrah 1440 Hijrah @ 11 September 2018

Selamat bercuti kepada mereka yang bercuti. Yang bekerja, bekerjalah sebaik-baiknya. Best kan cuti 4 hari, minggu depan cuti lagi. Dikesempatan ini, mama ucapkan selamat bercuti dan Selamat Menyambut Tahun Baru 1440 Hijrah.


Pic di ambil dari google.

Awal Muharram ataupun dikenali sebagai Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun tahun hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.


Di Malaysia, hari tersebut merupakan hari keagamaan bagi umat Islam dengan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara. Ia merukana hari cuti umum di negara kita. Permulaan tarikh Islam ditetapkan pada permulaan tarikh Islam penghijrahan Nabi SAW. Penetapan ini ialah untuk mengenangkan betapa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi anjakan paradigma dalam sejarah agama Islam yang mana pertama laki dalam sejarah Islam seorang nabi dan rasul membentuk kerajaan dengan segala kesukaran dan berjaya membuat hubungan diplomatik dengan beberapa negara serta menyampaikan Islam secara global secara sehingga Islam tersebar ke merata dunia.

Sedikit penerangan ringkas yang mama ayu ambil dari wiki. Sama-samalah kita menghayati Tahun Baru Maal Hijrah 1440. 

Jumpa lagi, sayonara !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan