Ceritera hari kemerdekaan. Ke mana korang bercuti selama 3 hari. Harapnya semua enjoy the holidays. Mama masa hari merdeka tu pergi bertandang ke rumah bakal besan mak di Bukit Ampang menghantar belanja hantaran. Bulan 10 ni my adik bongsu nak menamatkan zaman bujangnya. Ok tu nanti mama cerita ye. Ni nak cerita mengenai event mengenai Anak-anak Malaysia Walk 2018 anjuran SP Setia dan NST Press dan banyak lagi lah..
Mama g amek t-shirt kat Eco Ardance Setia Alam. Pengambilan ini di buat dari 30 Ogos -1 September 2018.
Macam-macam ado...gambar ni mama amek dari fb Azean Hamzah.
Kami sampai di tempat pickup point di Top Glove Setia Alam jam 7 pagi. Pas ni nak naik shuttle ke Eco Ardance. Kat sini ada dua tempat pick up point iaitu di Top Glove dan Setia Alam Sales Galery
Dak iman yang suka mama amek pic dia
Nampak tak kt bawah khemah tu, amekkaw...ramainya orang beratur tunggu shuttle. Kul 730 nak start dah event, ntah sempat ke tidak. Mama lupa nak amek gambar dalam bus. Kami naik bus yang sangat selesa bak hang.
Disebabkan acara dah bermula, kami diturunkan jauh dari tempat pelepasan. Jauh le nak kena jalan. Tapi sebelum tak ramai orang, kita amek pic dulu...hehe
Muka-muka riang gembira
Dan lagi....#SayangiMalaysiaku
Berjalan dalam 1km, baru lah berjumpa dengan group pejalan kaki. Jom lah kita masuk barisan 😇
Menyelusuri kawasan tasik eco ardance...kalau tengok life, dia punya reflection tu cantik sangat
Bayangkan yang join ni lebih dari 10 ribu peserta...ramai kan
Sesambil jalan kita amek nafas sikit...meh lah amek pic
Hai !!
Yo yo yo...lagi sikit je nak abis
Cepat kak yan...dah macam atlet mama tengok
Sesambil lari, kami disajikan dengan pukulan gendang
Baru nak belajar selfie
Kami bertiga...tetiba serasi bersama haha
😍
Nampak tak yang kat belakang tu...ramai lagi tu peserta
ok, nak habis dah...lega
Akhirnya...dapat jugak menghabiskan walk 3.8km
Ramai pulak orang time ni....huhu.
Kami habis dalam kul 930am. Selesai semua, naik shuttle bus ke Top Glove. Mama kena g UTM ada perjumpaan PSM. Sampai UTM Jalan Semarak dalam pukul 1015 camtu, anak-anak tido dalam kereta. Ingat sekejap je perjumpaan tu, tapi 1 jam lebih jugak lah. Kesian kat anak-anak. Penat kan...
Apa-apapun, mama dah tunaikan permintaan dak kembar nak masuk larian/walk ni...kalau ada lagi, nanti mama bawak korang.
Jumpa lagi, sayonara !!
#Anak-anakMalaysiaWalk2018
#JomKehadapan
#SayangiMalaysiaku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan