Tengah buat apa tu? hehe. Bekerjalah kita sekuatnya. Mudah-mudahan dengan turunnya hujan di pagi ini membawa rahmat buat kita semua. Kat opis ni sejuk walaupun pasang 1 je aircond. Sesaja mama nak story cuti hari Malaysia. Sebab tahu anak-anak semua ada, dak Wany pun cuti pertengahan sem selama seminggu, mama plan lah awal-awal nak jenjalan ke Lumut, Perak. Mama pilih untuk ke Lumut sebab anak-anak tak pernah pergi lagi ke sini. Yang pernah pergi pun dak Awie masa rombongan sekolah, itu pun dia ke Pulau Pangkor. Kali ni mama menginap di Orient Star Resort, Lumut. Buat booking di Booking.com dua minggu awal. Mula-mula tu dah book kat Marina Cove tapi sehari lepas tu cancel booking sebab baca review customer macam tak berapa best. Tu yang tukar ke Orient Start, sib baik cancellation free sebelum tarikh yang ditetapkan..haha.
Sebelum bertolak, kami menghadiri kenduri kahwin anak jiran taman di Dewan Ahmad Razali Klang. Pastu bertolak dari klang dalam pukul 12 tengahari, singgah Bangsar ambil mak. Haa...camna mak nak ikut pulak kan. Ari tu mama borak-borak ngan mak, cakap nak jenjalan kat Lumut, saje lah tanya..mak nak ikut ke? Nak...mak jawab. Ok ON. Pas kenduri hari ahad, angah amek mak. Perjalanan dari KL ke Lumut mengambil masa selama 2 jam setengah. Mama lalu highway exit tol Sungkai. Bila lalu Sungkai ni kan, biasa lah selalu je tengok Restoran Nasi Bamboo tapi tak pernah pun singgah. Tengok kereta kiri kanan, punyalah banyak. Kami teruskan perjalanan ke Lumut. Sebab ni first time mama bawak kete ke Lumut ni, alahai...rasa jauh bebenor nak masuk ke dalam ye...tengok maps kata dari pekan Telok Intan tu lebih kurang 75km sampai Lumut. hohoho, macam nak hantar Wany balik asrama pulak...haha
Jom lah layan gambar
Sesampai je kami tengok dulu kawasan resort, lepas tu keluar balik cari makan. Mak nak makan ringan-ringan. Tak nak makan nasi katanya. Kami makan kat Lumut Waterfront, betul-betul berdepan dengan laluan keluar masuk orang nak ke Pulau Pangkor.
Mak yang sentiasa menemani
Dak kembar yang selalu buat mamanya pening kepala
Pas makan kami check in hotel. Itu pun dah pukul 430 petang. Bilik ok lah, luas jugak
Ada beranda sekali...masa check in tadi, lupa pulak mama nak minta bilik yang mengadap pool.
View dari tingkat 2
Aktiviti petang anak-anak...mandi kolam dan pantai
↓
↓
↓
↓
↓
↓
Menunggu matahari terbenam
Malamnya, selepas tengok cerekarama TV3, kul 1130 kami keluar ambil angin malam
Foodtruck..macam-macam jenis makanan ado. Kami ke sini jalan kaki je sebab dekat sangat ngan hotel. Bila-bila nanti boleh bawak wahili family, buat family day kat sini
Pekena milo ais kepal...memang sodap bak hang.
Mula-mula tu, mama malas nau nak keluar. Kepala pening dan badan pun rasa letih, tapi mengenang kan anak-anak nak berjalan, ku turutkan jua. Dengan mak sekali ikut...hehe
Esoknya...
Sarapan di hotel. Free untuk 2 orang. Mama dan awie je turun makan, yang lain masih tido. Sebenarnya banyak lagi makanan tapi mama snap yang ni je..ada nasi goreng, mee goreng, puding roti, omelette, roti bakar, bubur...dan macam-macam lagi lah
Sambung mandi sampai kul 1130. Kul 12.15 kami check out. On the way balik, singgah Nasi Bamboo Sg Kelah
Kami singgah masa ni pukul 230 petang. Beratur panjang nak order nasi kukus bamboo. Tapi jangan risau, servis memang cepat...
Dak kembar ni, dapat ikan keli tak pandang yang lain dah...tapi ikan pari bakar dia makan jugak 😋😋 Pelik betul dorang rasa kalau makan nasi atas daun tu..habis diketepikan daun..haha
Masak lemak pucuk paku, daging kambing salai dan ikan masin. Mama ada ambil ayam dua jenis tapi tak rasa lah pulak. Jemu pulak asyik makan ayam je
Request dari dak bongsu, nak makan donut. Dia makan nasi sikit je sebab badan rasa tak berapa sihat. Sampai-sampai rumah je demam dak sulong & dak bongsu mama...adoiii
Haaa...korang jenjalan mana cuti ni? Bulan 10 ni, jadual mama ayu padat...nak meraikan cinta adik bongsuku. Dan minggu depan dak kembar akan menduduki peperiksaan UPSR pada 24-27/9/2018. Mama doakan anak-anak mama buat yang terbaik. Usaha itu penting dan selebihnya kita tawakal pada Allah.
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan