Selamat pagi di hari Jumaat yang indah. Jangan lupa submit doa banyak-banyak terutama sekali masa bawak kereta. Bagi mama lah kan...kalau bawak kete ni ibaratnya macam pergi berjuang, antara hidup dan mati….eh?. Ye lah kan, kat tengah-tengah jalan raya tu, kalau bukan salah kita, salah orang lain pulak kan yang boleh menyebabkab accident ke, terbabas ke..nauzubillah, moga dijauhkan dari sebarang musibah.
Ok lah, berbalik pada konsep rezeki pulak. Kelmarin masa my birthday, mama belanja mak, adik dan anak buah makan sushi. Esoknya dah mendarat duit claim LHDN bagi tahun 2018. 😃 Allah bayar cash 10x ganda tau dengan apa yang mama dah belanjakan. Yang penting, niat kita yang paling utama tanpa mengharapkan balasan. Dan yang paling penting adalah KEIKHLASAN serta mendapat redha Allah. Mama tak boleh lupa satu ungkapan yang diberi oleh ustaz masa tengok tv ari tu...
"Buatlah apa yang Allah suka, bukan apa yang kita suka"
Bila dengar je ucapan ustaz tu, membuatkan mama tersedar. Allahu, betapa besar dan kasih sayangnya Allah pada kita sesama manusia.
Bila Allah suka kita berbuat kebaikan, maka berbuatlah baik sesama kita
Bila Allah suka kita berdoa, maka hendaklah kita mendoakan untuk diri kita, keluarga kita, rakan-rakan kita, jiran tetangga kita dan umat muslimin dan muslimat di dunia ini
Bila Allah suka kita tersenyum, maka berikan lah senyuman yang paling manis buat mereka yang bertembung dengan kita (bukankah senyuman itu satu sedekah yang percuma, tak perlu keluar modal pun 😎)
Bila Allah suka kita berkasih sayang, maka berilah kasih sayang itu dengan rasa yang sampai ke hati
Bila Allah suka kita bersedekah, maka berilah dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan
Bila Allah suka kita kemas dan cantik, maka jagalah keperibadian diri kita agar sentiasa kelihatan rapi dan menawan
Bila Allah suka kita hormat menghormati, maka hendaklah kita menjaga adab dan percakapan kita
Bila Allah suka kita bersangka baik, janganlah pulak kita mengutuk atau mengeji orang lain kerana ia adalah sikap yang tercela
Apapun yang kita buat, apapun yang kita lakukan, hanyalah kerana Allah SWT. Jangan mengharap kepada manusia, kerana tiada yang kekal abadi di dunia ini. Semoga kita semua terpelihara dengan kasih sayang dan rahmat dari Nya.
Jumpa lagi, sayonara !!