Selasa, 11 Februari 2020

Rahsia Allah

Assalamualaikum semua…

Selamat pagi dan moga perjalanan hidup kita semua dilimpahi rahmat kasih sayang Allah. 


Apapun yang berlaku dalam hidup kita, semuanya telah tertulis semasa kita masih dalam kandungan lagi. Allah telah menetapkan ajal, maut, rezeki, jodoh semasa kita masih di dalam perut ibu lagi. Ada perjanjian yang kita buat dihadapan Allah tetapi selepas kita lahir, kita lupa dengan perjanjian itu. Alangkah beruntungnya jika kita masih ingat apa yang telah kita ikrarkan tetapi ia menjadi rahsia Allah supaya kita dapat melayari kehidupan ini dengan penuh liku-liku kebahagiaan, kesedihan, kegembiraan, ketakutan, keberaniaan, ketabahan dan bermacam-macam lagi.

Setiap manusia akan diuji dan ujian yang Allah berikan sangat sesuai dengan kemampuan manusia itu sendiri. Itulah janji Allah. Allah tidak akan menguji seseorang melampaui tahap batasan kemampuannya. Ini kerana setiap orang diberi ujian yang berbeza-beza. Ada yang merasakan ujian itu berat, ada yang merasakan ujian itu ringan. Ini semua terpulang kepada penerimaan manusia itu sendiri. Yang mana hati cekal tu, mereka merasakan ujian itu sebagai bukti kasih sayang Allah kepadanya. Soalnya, andai kita berpegang pada jalan Allah, pasti kita merasakan setiap yang berlaku ada HIKMAH nya. Allah merahsiakan supaya kita terus berDOA dan meMINTA kepada Nya.

Alangkah masa kita baby pun, bila nak minum susu, kita menangis supaya ibu memberi susu kepada kita. Bila kenyang kita senyap dan tertidur. Begitu juga bila kita hendak mendapat REDHA Allah. Hendaklah kita meminta kepada Allah dan akan Allah kabulkan satu persatu mengikut masa yang sesuai. Jangan pernah kita berhenti berharap. Bila kita minta pengampunan, minta lah dengan sesungguhnya. Ustaz pesan, kalau kita perlu menangis, maka menangislah tanda kita menyesali DOSA-DOSA yang telah kita lakukan. Sesungguhnya manusia itu PENDOSA. Setiap hari kita akan melakukan DOSA samada sedar atau tidak. Jangan letakkan EGO terlalu tinggi kerana dengan KUASA Allah, Allah dapat membolak balikkan hati manusia.

Semoga Allah memberi kita PETUNJUK dan HIDAYAH kepada kita semua. Marilah sama-sama kita menjadi HAMBA Allah yang sejati.

Sesungguhnya JANJI Allah itu benar. 

Allah tuhanku, 
Islam agamaku, 
Quran kitabku, 
Nabi Muhammad itu nabiku.

Jumpa lagi, sayonara !!

Jumaat, 7 Februari 2020

Fikirkan Bahawa Hidup Ini Indah

Assalamualaikum…

Selamat berhujung minggu. Walau apa pun yang berlaku, ceria-ceriakan hidup anda...hehe. Bila kita rasa tenang, apa saja yang kita hendak lakukan dapat dibuat dengan mudah. Kerana apa? kerana kita berada di dalam keadaan yang gembira. 😃 Apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan dalam keadaan yang gembira, in shaa Allah segala tindak tanduk kita menjadi mudah. Perasaan gembira itu dapat mempengaruhi persekitaran kita.


Mulai dari hari ini, aku akan kurangkan mengeluh. Anggap sahaja hidup ini indah dan kita harus melayari kehidupan ini dengan gembira. Hentikan kata-kata negatif dan kata-kata yang boleh menyentuh hati dan perasaan orang lain. Aku ni bukan apa, ayat yang aku tulis biasanya ada je orang yang terasa...hahaha. Ko rasa? 😅 Walhal ayat yang aku tulis tu aku tujukan untuk diriku sendiri, bukan org lain. Aku menulis sekadar meluahkan rasaku sendiri. Tidak melibatkan sesiapa.

Dan bila masa tiada orang yang akan PUSH ko ke depan, maka ko harus PUSH diri ko sendiri dengan kata-kata motivasi. Itu lah aku...aku akan cipta ayat yang boleh menaikkan motivasi kendiri kerana aku tahu, orang luar tidak akan mengerti apa yang aku rasa. Aku hanya mampu menitipkan DOA dan kerana itu aku benar-benar pasti bahawa Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengasih serta Maha Pengampun. Dia hadirkan orang yang baik-baik disekeliling kita untuk kita merasai manisnya kehidupan ini.

Sebagaimana Allah menutup AIB kita, betapa Allah itu Maha Mengetahui dan Berkuasa. Terima kasih Allah atas segala nikmat yang telah Kau kurniakan. 

Alhamdulillah...
Subhanallah…
Allahuakbar…

Jumpa lagi, sayonara !!