Selamat pagi dan moga perjalanan hidup kita semua dilimpahi rahmat kasih sayang Allah.
Apapun yang berlaku dalam hidup kita, semuanya telah tertulis semasa kita masih dalam kandungan lagi. Allah telah menetapkan ajal, maut, rezeki, jodoh semasa kita masih di dalam perut ibu lagi. Ada perjanjian yang kita buat dihadapan Allah tetapi selepas kita lahir, kita lupa dengan perjanjian itu. Alangkah beruntungnya jika kita masih ingat apa yang telah kita ikrarkan tetapi ia menjadi rahsia Allah supaya kita dapat melayari kehidupan ini dengan penuh liku-liku kebahagiaan, kesedihan, kegembiraan, ketakutan, keberaniaan, ketabahan dan bermacam-macam lagi.
Setiap manusia akan diuji dan ujian yang Allah berikan sangat sesuai dengan kemampuan manusia itu sendiri. Itulah janji Allah. Allah tidak akan menguji seseorang melampaui tahap batasan kemampuannya. Ini kerana setiap orang diberi ujian yang berbeza-beza. Ada yang merasakan ujian itu berat, ada yang merasakan ujian itu ringan. Ini semua terpulang kepada penerimaan manusia itu sendiri. Yang mana hati cekal tu, mereka merasakan ujian itu sebagai bukti kasih sayang Allah kepadanya. Soalnya, andai kita berpegang pada jalan Allah, pasti kita merasakan setiap yang berlaku ada HIKMAH nya. Allah merahsiakan supaya kita terus berDOA dan meMINTA kepada Nya.
Alangkah masa kita baby pun, bila nak minum susu, kita menangis supaya ibu memberi susu kepada kita. Bila kenyang kita senyap dan tertidur. Begitu juga bila kita hendak mendapat REDHA Allah. Hendaklah kita meminta kepada Allah dan akan Allah kabulkan satu persatu mengikut masa yang sesuai. Jangan pernah kita berhenti berharap. Bila kita minta pengampunan, minta lah dengan sesungguhnya. Ustaz pesan, kalau kita perlu menangis, maka menangislah tanda kita menyesali DOSA-DOSA yang telah kita lakukan. Sesungguhnya manusia itu PENDOSA. Setiap hari kita akan melakukan DOSA samada sedar atau tidak. Jangan letakkan EGO terlalu tinggi kerana dengan KUASA Allah, Allah dapat membolak balikkan hati manusia.
Semoga Allah memberi kita PETUNJUK dan HIDAYAH kepada kita semua. Marilah sama-sama kita menjadi HAMBA Allah yang sejati.
Sesungguhnya JANJI Allah itu benar.
Allah tuhanku,
Islam agamaku,
Quran kitabku,
Nabi Muhammad itu nabiku.
Jumpa lagi, sayonara !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan