Assalamualaikum…
Membilang hari menanti detik-detik kematian dalan hidupku. Allahu...
Ya Rabb, andai sampai masa nyawaku terpisah dari jasad, Kau tutup lah aibku, matikan aku dalam keadaan husnul khatimah. Aamiin
Dalam hidup, terkadang rasa kecewa itu pasti ada. Ia bukanlah kemahuan fikiran untuk mengingatinya tetapi lumrah kehidupan, bila sepi itu menjenguk pintu hati, macam-macam yang terlintas difikiran. Astaghfirullahalazim...
Kenapa aku boleh bertindak sejauh itu?
Kenapa aku sanggup melukakan hati?
Kenapa aku tidak memikirkan apa yang akan berlaku?
Kenapa aku tergamak melakukan sedemikian?
Kenapa aku?
Kenapa dan mengapa?
😭😭😭😭😭
Di mana letaknya kesetiaan andai hati berubah?
Ya Allah...aku bermohon keampunan dari Mu.
Lindungilah aku, sayangilah aku...
Aku hamba Mu yang selalu alpa dalam kehidupan ini. Berilah aku jalan keluar dalam setiap masalahku.
Aku bukan tidak menyayangi tapi diri ini merasa bahagia bersama dengannya. Melihat foto keluarganya, tergamakkah aku? Adakah aku terlalu mementingkan diri? Bahagia untuk meruntuhkan kebahagia orang lain? Aku bukanlah manusia yang begitu. Aku tidak mahu mengambil hak yang bukan kepunyaanku. Aku hanya ingin merasa secebis kasih sebelum mata ini tertutup rapat. Salahkah aku?
Bukan aku tidak bahagia, malah Allah telah berikan semuanya kepada keluargaku. Aku ingin berkongsi rezeki dengan orang-orang yang aku sayang. Aku ingin membantu mereka, bukan untuk diriku sendiri tetapi untuk generasi akan datang. Walaupun terkadang aku rasa tertekan, tapi demi mereka, aku akan tetap kuat berdiri untuk membentuk sebuah empayar yang aku yakin satu hari nanti ia akan berjaya menjadi sebuah nama yang gah di mata orang-orang yang pernah menghina, orang-orang yang mengata. Biarlah aku hanya berdiri dibelakangmu, aku ingin melihat kau berjaya pada tahap tertinggi di masa akan datang. Ia bukan omongan kosong, kerana setahun yang lalu kita telah pun bermula. Aku tidak akan membiarkan ia jatuh dan aku tidak mahu melihatmu jatuh. Aku ingin kau berdiri di puncak kerana aku tahu dirimu tidak akan terbuai dengan kemewahan dunia. Itu aku pasti...
Tapi andai satu masa, kita tidak ditakdirkan bersama, aku redha dengan ketentuan ilahi. Kira merancang, Allah jua yang menetukan. Andai 10 tahun lagi...aku akan tetap berdiri dibelakangmu. Melihat detik-detik kejayaanmu bersama teman-temanmu yang setia. Moga Allah melindungimu dan menjagamu. Namamu sentiasa ada dalam doaku. Aku yakin, diaku pasti Allah kabulkan.
Saat ini, hatiku berasa sangat kecil...saat aku menulis tulisan ini, airmataku tumpah tidak dapat kutahankan. Aku pun tidak mengerti mengapa diri ini rasa sangat kosong. Aku harap ada sinar yang menanti...
Jumpa lagi, sayonara !!
betway login betway login 카지노 카지노 カジノ シークレット カジノ シークレット 188bet 188bet dafabet dafabet クイーンカジノ クイーンカジノ bk8 bk8 864
BalasPadam