Jumaat, 24 September 2021
Kita milik Allah
Assalamualaikum semua
Lama sangat tak menulis...kekangan masa sungguh bila work from home ni. Jangan kata wfh ni tak sibuk ye...kalau diberi pilihan, mama nak je kerja di pejabat, at least ada masa untuk diri sendiri. Masa makan, masa tidur, masa lepak dengan kawan-kawan. Tapi nak buat camane kan, covid masih ada dan lagi bermaharajalela di dunia ini 😇. Sabar je lah...kadang-kadang kesian kat anak-anak duk terperuk kat dalam rumah. Sib baik ada kucing nak di layan. Dari sekor dah jadi berekor-ekor. Tak pe lah, pembawa rezeki tu semua. Alhamdulillah.
Hari demi hari, kita dihadapkan dengan kematian demi kematian. Area rumah mama ni, hampir setiap minggu ada je berita kematian disebabkan covid. Allahu, terkadang rasa sedih tetapi begitulah ketetapan Allah SWT. Kewujudan virus ini merentap kehidupan kita yang dulunya bebas untuk ke sana ke mari, sekarang tidak lagi. Kita terpaksa berkurung di rumah demi mengelakkan diri menjadi mangsa covid-19 ini. Virus ini mampu membunuh dengan sekelip mata. Hal ini menjadi renungan dan iktibar pada kita yang masih hidup. Dikesempatan yang Allah beri, sama-samalah kita berdoa agar virus ini segera hilang dari muka bumi ini. Terasa sedihnya bila sorang demi sorang dijemput ilahi. Sampai waktu, kita juga akan pergi. Tiada yang kekal hidup di dunia ini. Andai diri pernah merasa kehilangan, kau akan rasa betapa masa depan amat berharga untuk membahagiakan orang-orang yang tersayang. Bersyukur kerana masih ada mak, abah, adik beradik, anak-anak, teman, sahabat baik dan rakan-rakan yang mengambil berat tentang diri ini. Terima kasih Allah atas anugerahMu yang terindah. Kita tidak mungkin dapat menginginkan apa yang kita mahukan.Tapi Allah ada untuk menunaikan apa yang kita inginkan. Percaya pada Allah.
Mama yakin, sampai masanya Allah akan kabulkn satu persatu apa yang kita inginkan. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia tidak akan membiarkan doa hamba Nya tidak berjawab. Akan dikabulkan doa kita mengikut masa yang sesuai. Terima kasih Allah atas segalanya. Lindungilah kami Ya Allah.
Jumpa lagi, sayonara !!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan