Isnin, 31 Januari 2022

Pilihan

Assalamualaikum semua... Selamat bercuti, sempena cuti Chinese New Year ni, jom le kita balik kampung. Kalau dulu, masa cuti ni lah boleh bawak mak abah balik Melaka, sekarang ni bawak anak-anak jumpa atuk dan nenek kat sana pulak. 5 hari cuti, esok pulang semula ke Klang. Walaupun cuti, tetapi laptop tetap di bawa kemana saja 😁. Rutin harian di kampung. Bangun seawal jam 4 pagi, moh le tolong mak abah buat kuih. Antara favourite aku adalah menggelek karipap 😉🤭. Alang-alang dah cuti ni kan...inilah masanya dapat berbakti kepada orang tua. Betapa pengorbanan mereka membesarkan, mendidik dan menjaga sewaktu kecil hinggalah dewasa. Jasa dan pengorbanan memang tidak akan terbalas sampai hujung nyawa. Hanya doa tulus dari anakmu untuk keduanya. Moga Allah kurniakan syurga buat mereka, dan himpunkan sekali kami bersama-sama. Aamiin. Dalam hidup, kita mempunyai pilihan. Pilihan samada: 1) Syurga atau neraka 2) Bahagia atau merana 3) Suka atau duka 4) Kaya atau miskin 5) Lapang atau sempit Pilihan yang menjadi titik tolak pada kehidupan kita menuju alam abadi. Setiap perbuatan kita adalah datang dari diri kita sendiri. Pilihan yang terkadangnya kita sedar bahawa kita sendiri telah salah menilainya. Apa yang mampu kita lakukan? Adakah perlu berpatah balik dan menjalani kehidupan seperti dulu kala ataupun teruskan sahaja kehidupan ini mengikut rentak yang telah Allah tentukan? Moga Allah redha akan setiap perjalanan hidupku. Hidup ada masanya kita merasa kosong, sepi dan adakalanya terasa seperti mahu pergi jauh dari sini. Terkadang menghadapi sikap manusia, menjadikan aku malas mengenali mereka. Dan satu perkara yang paling aku tidak suka adalah apabila berjanji, janji itu tidak ditepati. Diriku tidak layak di uji oleh manusia kerana aku tahu siapa aku. Aku bukan tidak tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Kerana aku manusia biasa, yang terkadang melakukan dosa...aku tidak dapat lari dari melakukan kesilapan demi kesilapan. Bagi insan lain, aku adalah orang pertama yang di cari di kala susah, dan aku juga orang terakhir di cari di kala senang. Mungkin kerana sikapku yang tidak sampai hati ini, menjadikan mereka mengambil kesempatan terhadap diriku. Hanya Allah sahaja tempatku berserah kerana aku yakin dan percaya, hanya Allah sahaja yang mendatangkan ujian dan dugaan dalam hidup ini. Allah hadirkan insan-insan disekelilingku sebagai tanda ujian dan daripada mereka aku belajar sesuatu samada sebagai pengalaman hidup ataupun sebagai pengajaran untuk aku terus maju kehadapan. Percaya bahawa Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya yang baik itu daripada Nya, yang buruk itu hasil dari tindakanku sendiri. Sama-sama kita bermuhasabah diri semoga Allah memberikan pengampunanan dan menjadikan kita insan yang disayangi. Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar... Moga Allah redha... Aamiin Ya Rabb... lama tak menulis 😇 sayonara!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan